Saturday, April 18, 2009

Sivakumar Gantung Tugas Setiausaha DUN Buat Kali Kedua


IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, N. Sivakumar hari ini menggantung tugas Setiausaha Dewan Abdullah Abdullah Antong Sabri - buat kali kedua sejak Mac lalu kerana mengeluarkan notis panggil mesyuarat Dewan tanpa pengetahuan beliau.

Semalam, Abdullah berkata, DUN Perak akan bersidang pada 7 Mei ini,

Abdullah turut mengesahkan bahawa beliau telah mengeluarkan notis untuk bersidang pada tarikh itu kepada semua anggota DUN mulai hari ini.

“Itu (mengeluarkan notis) adalah tugas saya dan ia dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ada,” katanya semalam.

Beliau juga berkata, pihaknya telah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung persidangan DUN itu kelmarin dan baginda berkenan menandatangani surat pengisytiharan berhubung persidangan itu.

Kali terakhir DUN Perak bersidang adalah pada 13 November 2008 dan sekiranya dewan berkenaan tidak bersidang dalam tempoh enam bulan dari tarikh akhir itu maka DUN Perak akan bubar secara automatik dan pilihan raya bagi DUN perlu diadakan.


http://mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates