Wednesday, April 15, 2009

Boikot Sidang DUN Perkara Sia-Sia, Memalukan Dan Macam Budak-Budak

14 - 04 - 2009

15 - 04 - 2009
PENUH…
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu kembali penuh hari ini (gambar bawah) berbanding semalam (gambar atas) berikutan kehadiran semula 10 Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. ADUN BN yang tidak menghadiri semalam mendakwa telah menerima ugutan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ancaman berhubung kemelut politik di negeri ini, dua hari lepas. Hari ini adalah hari terakhir persidangan tiga hari yang bermula Isnin lepas. –fotoBERNAMA


Kuala Terengganu – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini menyaksikan kehadiran ‘semula’ 10 orang ADUN BN yang dikatakan ‘memboikot’ Sidang tersebut semalam.

Tindakan ADUN kerajaan BN itu dilihat sebagai perkara yang sia-sia, memalukan dan ‘kebudak-budakan’.

Ahli Dewan Undangan Negeri Terenggan Kawasan Bukit Tunggal berkata tujuan 10 ADUN BN memboikot Sidang DUN adalah untuk memberi tekanan kepada Menteri Besar (MB), Dato’ Ahmad Said supaya meletakkan jawatan.

10 orang ADUN BN yang memboikot Sidang DUN Terengganu semalam,merupakan pertama kali dalam sejarah negeri

Namun katanya tindakan itu hanyalah sia-sia kerana Dato’ Ahmad Said tidak memberikan apa-apa respon kepada tindakan yang diambil oleh mereka.

“Saya rasa ianya tindakan sia-sia, sebab MB tidak pun melayan malah MB mengatakan tidak akan memujuk mereka datang semula ke Sidang DUN semalam,

“ia juga satu perkara yang memalukan kerana DUN adalah satu institusi penting tempat mebincangkan dasar-dasar pembangunan dan kemajuan negeri, bukannya seperti pasar yang boleh di boikot tak mahu jual hari ini, esok pergi jual pula,”katanya ketika ditemui ketika Sidang DUN Terengganu berehat pagi ini.

Dr. Alias Razak yang juga Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu menyifatkan tindakan ADUN BN yang tanpa memikir panjang itu adalah satu tindakan yang kebudak-budakan.

0 comments:

Post a Comment

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates