Thursday, April 23, 2009

Rupanya BN ketandusan” penyokong di dalam setiap kali pilihanraya

100% kata SPR Tidak Wajar Hadkan Jumlah penyokong




Langkah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menghad jumlah penyokong parti dalam pilihan raya yang akan diadakan telah DITOLAK oleh rakyat apabila ujian SMS menunjukkan 100% responden menyatakan lngkah SPR itu tidak wajar sama sekali.


Sikap SPR dengan cadangan-cadangan baru mereka memperlihatkan bahawa ada agenda tersembunyi SPR bagi membantu parti pemerintah yang sekarang ini “ketandusan” penyokong di dalam setiap kali pilihanraya umum dan pilihanraya kecil diadakan.


Sehubungan itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah sebulat suara tidak bersetuju dengan cadangan yang disyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai perkara tersebut hari ini, demikian lapor MSTAR.

“Kita semua tidak setuju sebab kalau orang tak ramai… tak meriah, kita pun tak langar apa-apa undang-undang.

“Jadi nampaknya dah kita tak setuju, pilihan raya akan dijalankan seperti biasalah,” kata beliau ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan antara wakil-wakil Pakatan Rakyat dengan SPR di sini hari ini.

SPR mengadakan pertemuan itu bagi mencari penyelesaian bagi mengelakkan kehadiran ramai penyokong di pusat penamaan calon dan pengundian sehingga menyukarkan pihak polis mengawal keadaan ketika pilihan raya khususnya semasa pilihan raya kecil diadakan.

Justeru, hari ini SPR telah mengadakan pertemuan secara berasingan dengan wakil Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat bagi membincangkan mengenai kaedah bagi memperbaiki kelancaran proses pilihan raya.

Wakil BN mengadakan pertemuan dengan SPR pada sebelah pagi manakala komponen Pakatan Rakyat pula mulai 2.30 petang tadi.

Tambah Mustafa, Pakatan Rakyat melihat kehadiran penyokong dengan jumlah yang ramai tidak akan mencetuskan masalah besar hingga mengganggu proses pilihan raya. Greenboc

0 comments:

Post a Comment

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates