Thursday, April 9, 2009

Kemenangan Ini Adalah Kurniaan Allah SWT - DS Nizar


Saya akur bahawa kemenangan ini kurniaan Allah SWT yang memerlukan dipikul tanggungjawab dan amanah besar sebagai Ahli Parlimen . Diharapkan doa berterusan agar saya dan keluarga dilindungi Allah SWT dan sentiasa dalam peliharan NYA.

Saya dedikasi kemenangan ini kepada Allah Yarham YB TN Hj Roslan Shahrum dan keluarganya . Pemergian beliau meninggalkan kita dan kemenangan ini adalah isyarat kerja baik beliau yang insyaAllah akan saya teruskan. Mari sama-sama sedekahkan Alfaatihah untuk arwah YB Hj Roslan Shahrum…..alfaatihah.

Jika tiada halangan saya akan mengangkat sumpah didepan speaker Parlimen minggu depan. Kini saya sedang berhadapan dengan YB Dato’ Zambry Kader di mahkamah Tinggi KL dibantu oleh peguam2 saya untuk memohon perisytiharan (judicial review) dari mahkamah tinggi bahawa YB Dato’ Zambri adalah tidah sah menjawat MB Perak dulu kini selalamanya. Doakan keputusan menyebelahi rakyat dan keadilan dapat ditegakan.

Salam hormat. Hidup Rakyat, Salam Reformasi dan Takbeer!

DS Nizar MB Perak

0 comments:

Post a Comment

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates