Saturday, April 18, 2009

Eksklusif: Program Najib Di Kuantan Dan Pekan


Program Najib Kecoh Makanan Tak Cukup

Sebahagian daripada rakyat yang marah tidak diberikan makanan

PEKAN - Satu kejadian yang tidak diingi telah berlaku tengahari tadi selepas Najib selesai menyampaikan ucapan beliau. Orang ramai yang hadir begitu kecewa dan marah bila makanan yang disediakan kepada mereka tidak mencukupi. Ini berikutan tindakan pihak penganjur yang menyediakan makanan sekadar melepaskan batuk ditangga semata-mata. Walhal mereka sudah tahu bahawa yang akan diraikan atau disambut itu adalah pemimpin besar negara, namun mungkin akibat "bajet" yang tidak mencukupi ia telah menyebabkan ramai rakyat yang hadir tidak dapat makan tengahari. Sudahlah mereka terpaksa berubut-rebut untuk mendapatkan makanan, bila tiba ke kaunter makanan dijawab "nasi sudah habis". Bayangkan ada ramai dikalangan mereka yang datang dari jauh semata-mata untuk memberi sokongan kepada Najib Razak. Kekecewaan itu jelas terasa bila ada sesetengah daripada mereka yang emosi dan hampir meuwujudkan pergaduhan sesama mereka. Kami difahamkan, penyediaan makanan dibuat oleh wanita UMNO.

Pelajar sekolah Di Punggah Secara Paksa

Sebahagian daripada para pelajar sekolah yang dipunggah

PEKAN - Bagi meramaikan rakyat hadir ke program Najib di Pekan siang tadi, kami difahamkan pelajar-pelajar sekolah sekitar kawasan Pekan telah dipaksa hadir beramai-ramai. Ini menyebabkan pihak sekolah terpaksa menyediakan banyak bas untuk membawa para pelajar mereka hadir ke program itu. Ini begitu mengecewakan para guru dan ibubapa yang ditemui. Mereka kecewa kerana anak-anak mereka dibiarkan berjemur ditengah panas semata-mata untuk menyambut kehadiran Perdana Menteri Malaysia itu. Bahkan mereka terpaksa menunggu berjam-jam lamanya kerana pagi itu Najib dikatakan berada di Padang MPK1, Kuantan. Para pelajar terbabit diarahkan berada di sepanjang jalanraya dari simpang Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah hingga ke Padang Majlis Daerah Pekan

Peneroka Felda Di Bayar Elaun RM50 -RM100

PEKAN - Difahamkan kehadiran ramai rakyat di Pekan hari ini adalah tajaan daripada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sendiri. Ini kerana pihak kami mendapat maklumat bahawa setiap peneroka Felda yang hadir ke program Najib hari ini dibayar antara RM50 hingga RM100 seorang untuk dipaksa hadir. Bahkan setiap bas yang membawa mereka pula dibayar sebanyak RM1,000 hingga RM2,000 sebuah.

http://pahangdaily.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates