Tuesday, April 14, 2009

Krisis UMNO Terengganu

Krisis UMNO Terengganu Berterusan.. Perbualan Telefon Bersama Rasol


Tiga ADUN BN yang telah menerima SMS ugutan bunuh malam semalam




Tidak hadir Dewan perkara biasalah bagi orang politik... saya tidak akan memujuk mereka supaya datang (esok),Saya tidak tahu perkara sebenar berhubung SMS dan tindakan 10 Adun yang tidak menghadiri sidang Dewan hari ini - Mat Said

SIDANG MEDIA ADUN BN… Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid (tiga, kanan) bersama beberapa ADUN ketika mengadakan sidang media berhubung ugutan yang mereka terima melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dipercayai berhubung isu pembetangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada persidangan DUN Terengganu yang memasuki hari kedua, hari ini. Beberapa ADUN dari BN bertindak tidak menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini apabila mendapati keselamatan mereka tidak terjamin berikutan ugutan yang diterima. — fotoBERNAMA

MENTERI Besar, Datuk Ahmad Said (kiri) tiba untuk menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri yang tidak dihadiri oleh sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri BN selepas menerima ugutan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dipercayai berhubung isu pembetangan usul undi tidak percaya terhadap beliau pada persidangan DUN Terengganu yang memasuki hari kedua, hari ini. — fotoBERNAMA

ADUN Permaisuri Abdul Halim Jusoh menunjukkan mesej SMS dan muka depan salinan laporan polis yang dibuat di Kuala Terengganu, tengah malam tadi


Najib Amat Takut … Takut DUN Bubar, Pilihanraya diadakan…BN Confirm Kalah Lagi, Mana lagi nak letak muka… kalau tak letak jawatan

Ahmad perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikan krisis yang wujud antara wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dengan membubarkan DUN bermula esok.kepimpinan Ahmad selaku Menteri Besar bukan sahaja tidak disukai oleh barisan pembangkang di negeri itu malah oleh barisan kepimpinannya sendiri.oleh yang demikian Ahmad perlu menerima hasrat yang disampaikan oleh wakil rakyat BN dengan membubarkan DUN - Syed Azman

0 comments:

Post a Comment

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates