Tuesday, February 10, 2009

KEJOHANAN BOLA SEPAK 5 SEBELAH TRADISIONAL BATU ENAM

Assalamualaikum..lama tak menupdate blog ini memandangkan line tak beberapa ok & banyak kerje untuk di selesaikan..
Alhamdulillah, dalam sesuasa politik mutaakhir ini, ramai merasa keliru dengan kenyataan-kenyataan, artikel-artikel dalam pelbagai bentuk sama ada benar atau tidak benar bermain dalam minda. Ramai yang nampak politik ini terlalu kotor, politik ini untuk kumpul kekayaan dan banyak lagi. begitulah politik jika disukukan dengan agama.

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
" Wahai orang2 yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah ( untuk menentukan ) kebenarannya. supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan " Al-Hujuraat 6

Selidikilah dahulu sesuatu berita, semoga kite tidak tergolong dikalangan orang2 yang jahil.

Alhamdulillah, sekali lagi Pemuda Batu Enam bersama dengan Remaja Batu Enam, menganjurkan kejohanan bola sepak 5 sebelah tradisional yang diadakan di dataran Madrasah Darul Taqwa pada baru2 ini. Penyertaan yang sangat menggalakkan di kalangan Pemuda, Remaja & kanak2. Kejohanan ini berlansung 2 hari bermula pagi jumaat dan berakhir petang sabtu dengan pelbagai iktiviti sampingan di antaranya adalah lumba basikal lambat, lempar belon ( sayang di sayang ), cabutan bertuah dan pelbagai lagi. Antara iktiviti yang paling menarik orang ramai adalah perlawanan khas bagi veteran2 Batu Enam. majlis penutup dirasmikan sendiri oleh YB Dr Alias Bin Razak ( DUN Bukit Tunggal ).


nama2 pasukan yang bertanding

hadiah saguhati dan cabutan bertuah.
jazakallah diucapkan kepada YB Dun Bukit Tunggal.

medla kejohanan, kejohanan telah dimenangi oleh pasukan Al-Qassam







skuad veteran Batu Enam. di tengah tu YB dari DUN Bukit Tunggal


ala-ala kongfu





selesai perlawanan antara veteran. permainan sangat memukau penonton. syabas veteran Batu Enam

wanita turut memeriahkan kejohanan ini
PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates