Monday, April 13, 2009

ADUN BN Diugut, 10 boikot DUN T'ganu

Apr 14, 09 10:39am.
Sepuluh ADUN Barisan Nasional (BN) memulaukan DUN Terengganu pada hari kedua persidangan hari ini selepas beberapa orang daripada mereka menerima ugutan "YB tak sayang nyawa?" malam tadi.

Mereka kini berada di beberapa tempat di negeri itu kerana bimbang keselamatan mereka tidak terjamin, kata ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tiga ADUN penyokong kerajaan membuat laporan polis tengah malam tadi setelah menerima mesej SMS berbentuk ugutan - dispekulasikan berhubung usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu.

Rosol bagaimanapun menafikan ketidakhadiran 10 ADUN tersebut termasuk beliau sendiri, sebagai langkah menjatuhkan Datuk Ahmad Said seperti diura-urakan sejak minggu lalu.

Selain beliau sendiri, ADUN Paka, Zakaria Abdullah dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh turut membuat laporan polis selepas mendapat mesej SMS ugutan pada jam 11.20 malam tadi.

Mesej yang didakwa dikirim oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri itu antaranya berbunyi "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?".

Selain mereka bertiga, turut tidak hadir di sidang DUN pagi ini ialah
Muhammad Ramli Noh (Tepoh), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).

Dipercayai, beberapa ADUN BN akan ke Putrajaya untuk mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin berhubung krisis terbaru di negeri itu.

Krisis kepemimpinan menteri besar Terengganu kali ini tercetus genap setahun selepas berlaku perebutan kuasa antara Ahmad - yang disokong oleh istana - dengan Idris, menteri besar waktu itu.

Minggu lalu, Ahmad memberi amaran keras termasuk memecat ADUN BN terbabit jika usul undi tidak percaya dikemukakan dalam sidang dewan minggu ini.

BN menguasai 24 kerusi DUN, sementara PAS pula lapan kerusi.

http://www.malaysiakini.com

0 comments:

Post a Comment

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates