Friday, April 24, 2009

Mohd Sabu TKM Pulau Pinang ?

Sekarang ini, Lim Guang Eng Ketua Menteri Pulau Pinang dilaporkan kurang gembira dengan tindakan perletakkan jawatan ADUN Penanti, Mohamad Fairus Kamaruddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

DAP nampaknya kurang senang dengan permainan politik PKR yang membelakangkan Ketua Menteri kerana perletakkan jawatan fairuz ini hanya diketahui beliau melalui media dan lelbih-lebih lagi bila Ketua Menteri diminta tutup mulut berhubung isu ini.

Disebabkan isu ini, pergesaran kerajaan campuran DAP-PKR mula kelihatan. Gerakan cubna masuk campur dengan memperlekehkan Ketua Menteri DAP yang tidak mampu menyelesaikan perkara ini segera tanpa campurtangan PKR.

Selepas perang mulut DAP dengan PKR berhubung peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti, kini semua 115 perwakilan PAS dalam mesyuarat agung PAS Permatang Pauh pula sebulat suara menyokong usul agar PAS bertanding di DUN tersebut.

Dengan perkembangan terbaru ini, nama Mohd Sabu telah disebut-sebut sebagai calon yang sesuai mewakili PAS di DUN Penanti dan layak untuk dipertimbangkan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang bagi memperkukuhkan kerajaan campuran DAP-PKR menjadi kerajaan Pakatan Rakyat dengan penyertaan ADUN dari PAS.

Sementara Ketua UMNO Permatang Pauh, Dtuk Abdul Jalil Abdul majid yang juga bekas calon DUN Penanti dalam pilihanraya umum lepas dilaporkan berkata adalah tidak wajar bagi PKR untuk meminta pengundi di Penanti memberikan peluang kedua kepada parti itu kerana selama ini, PKR telah mensia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat di Penanti.

Tindakan mencalonkan wakil PAS di kerusi DUN Penanti boleh meredakan pergolakan politik di Pulau Pinang termasuk dikalangan orang Melayu yang lebih menerima PAS mewakili mereka berbanding dengan parti berbilang kaum seperti PKR.

Sebagai ganti kepada kehilangan kerusi DUN ini, kerajaan Pulau Pinang wajar mencadangkan satu kerusi Senator di Dewan Negara kepada wakil Pulau Pinang. Manakala satu lagi kerusi senator wajar diberikan kepada Tengku Aziz, Naib Pengerusi DAP yang menjadi ‘simbol’ orang Melayu dalam parti DAP ketika ini. - Kalam Perantau

0 comments:

Post a Comment

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates