Saturday, July 18, 2009

Presiden PAS ziarah anggota bomba kemalangan

KUALA TERENGGANU - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditemani oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah di Hospital menziarahi anggota bomba yang terlibat dengan kemalangan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.


Sebelum itu, dua Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Abu Bakar Chik dan Haji Mohd Abdul Wahid Endut juga ditemani oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah turut berbuat demikian.

Sehubungan itu, PAS Terengganu merakamkan ucapan takziah serta mendoakan kesejahteraan kepada semua anggota terbabit.

Ustaz Abu Bakar berkata PAS Terengganu turut melahirkan rasa dukacita dengan kejadian yang berlaku serta merakamkan ucapan takziah.


Namun begitu, katanya semua itu merupakan takdir dan orang Islam dikehendaki bersabar serta mendoakan keselamatan.

“Ya, PAS negeri Terengganu mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa kemalangan dan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan,” ujarnya.

Menurutnya, jasa serta pengorbanan anggota bomba sangat besar dan wajar dihargai oleh semua pihak.

www.buletinonline.net

2 comments:

penawarrindu said...

Pemuda Bt6 dah buat persiapan ke untuk turun kl 1 Ogos nanti? selalunya pemuda bt6 mendahului pemuda lain.

Akak doakan moga success semuanya.
http://penawarrinduku.blogspot.com

pemudabatuenam said...

Insyallah kak..Pemuda bt6 pergi seramai mgkin. permntaan untuk prgi sgt2 mmbrsangkn.cumanya kndraan tak mncukupi.sewa bas tak mgkin dah,sbb prstwa bersih 2 buah dari cawangan bt6 tak boleh masuk.

puteri dari K.B jgn lupa tuh bawak ramai2.('_')

Post a Comment

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates