Monday, March 30, 2009

Sekitar Penamaan Calon Bukit Gantang -3-

Taiping Menjadi Saksi...












Sekitar Penamaan Calon Bukit Gantang -2-

Taiping menjadi saksi...







Sekitar Penamaan Calon Bukit Gantang -1-


Taiping menjadi saksi...


























Thursday, March 26, 2009

Siapa Kata Khairy Rasuah..?

Layanzz.....

Tuduhan terhadap TPM:PAS cabar kerajaan saman media asing

Azamin Amin,
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh)
- Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencabar kepimpinan negara ini untuk mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan menyaman media-media cetak dan internet antarabangsa berhubung tuduhan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan pelbagai kes rasuah dan jenayah.

Katanya tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan.

"Sekiranya tindakan saman ini tidak diambil, maka sebenarnya maruah dan masa depan negara akanmenjadi bahan momokan masyarakat dunia," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Antara media asing yang menyiarkan berita berkaitan salah laku Dato' Seri Najib Tun Razak yang dikatakan bakal mengambil alih tampuk kepimpinan negara ialah akhbar Liberation yang berpangkalan di Perancis, The New York Times, International Herald Tribune, Times Online, The Times of India (India), The Australian (Australia), Kompas (Indonesia), The Nation (Thailand) dan NineMSN (berita internet antarabangsa).

Kata Ustaz Hadi penyiaran berita seperti demikian adalah sangat memalukan seluruh rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat ini.

PAS katanya berpendapat bahawa kepimpinan adalah merupakan satu amanah yang sangat besar, dan ianya wajib dipikul oleh orang atau pemimpin yang bukan sahaja layak dan adil tetapi juga perlu dilihat bersih amal perbuatannya.

Risiko mempunyai kepimpinan yang rosak akhlak dan mempunyai seribu satu macam bebanan fitnah adalah sangat tinggi, di mana maruah negara adalah menjadi taruhannya, kata Ustaz Hadi

Hal ini menjadi lebih buruk apabila media cetak dan internet antarabangsa mula menyiarkan berita kaitan kes rasuah dan jenayah ini dengan Timbalan Perdana Menteri yang bakal mengambil alih kuasa.

"Ucapan saya di Dewan Rakyat pada 18 Februari lalu adalah terang dan jelas, bahawa seseorang pemimpin terutamanya bakal Perdana Menteri Malaysia yang baru mestilah dibersihkan terlebih dahulu dari sebarang fitnah sebelum layak memegang tampuk pemerintahan yang sangat berat ini,"katanya. - azm _

Tuesday, March 24, 2009

Saya restui Nizar tanding di Bukit Gantang - Mursyidul Am PAS


KOTA BAHARU:
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau merestui pemilihan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak pada 7 April ini.

“Saya sudah hubungi Nizar dan merestui pencalonan beliau untuk bertanding,” katanya kepada pemberita selepas dikunjungi Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Ashok K. Kantha di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan agar Mohammad Nizar bertanding bagi kerusi itu berdasarkan pengalaman bekas Presiden PAS, Allahyarham Tan Sri Mohd Asri Muda, yang pernah memegang satu kerusi Dewan Undangan Negeri dan satu kerusi Parlimen secara serentak menyebabkan pengaruh Allahyarham dan PAS semakin menurun kerana tidak mampu memberi khidmat dengan baik.

“Tetapi bila memikirkan suasana sudah berbeza pada zaman Datuk Asri dan sekarang, jadi tidak ada masalah untuk saya merestui Nizar,” katanya.

Mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan dua akhbar parti pembangkang, Harakah dan Suara Keadilan, selama tiga bulan berkuatkuasa sertamerta, Nik Aziz mengajak rakyat supaya memulau semua akhbar arus perdana sebagai satu tindak balas.

“Kalau dia gantung akhbar pembangkang, kita pun gantunglah akhbar dia.

“Kerajaan kena ingat gantung akhbar pun kita ada Internet dan SMS yang boleh membantu kita,” katanya.

http://www.bernama.com

Sekitar Perisyhtiharan Calon Parlimen Bukit Gantang

Oleh : Al-Banjari


Barisan pimpinan yang hadir malam tadi


TGHH diapit oleh Ustaz Ahmad Awang dan YB Azmin di pentas utama. Majlis untuk pengumuman calon mula mahu diisytiharkan ketika ini



Rakan-rakan Media mula menyerbu ke depan pentas untuk mendapatkan visual yg lebih baik, mana tahu ada insiden yang boleh bakar jualan akhbar esok hari



Kebanjiran krew Media dari berbagai aliran, termasuklah bloggers-pejuang rakyat, kelihatan dalam foto, blogger Anak Sengat tengah layan ganti bateri kamera dia yg dah 3 kali kong ! (kopiah putih, duduk tunduk)..mana dia ? cari sendiri !


Hujah awal penuh berapi oleh Ustaz Misbahul Munir adalah mukadimah permulaan majlis. Bravo ustaz ! Ayat-ayat yang keluar dari mulut beliau benar-benar menjadi ayat-ayat cinta
yang sebenar kepada wadah perjuangan rakyat menentang kezaliman. 10 minit pertama suasana sudah jadi panas. Panas kerana terbakar dengan hujah-hujah padat dari ustaz. Ustaz..lu memang bravooo..

Ketika minit yang ke 25, ucapan AZMIN mula diganggu. Ucapan berapi beb ! Dari sini pihak FRU dan Polis dah mula gian nak panjat tangga ayam pentas

Sebelum calon diumumkan..sedikit alu-aluan dari TGHH, 3 minit selepas itu calon yang dinanti oleh sekelian rakyat diumumkan iatu Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin ( MB yang dirompak).

Kehadiran rakyat yang ribu riban, dapat disaksikan dari foto di bawah dan atas, sori tiada bas sewa khas yang bawak mereka kemari. Jauh sekali duit poket. Kena sedekah lagi. Demi perjuangan, inilah mesej jelas dari rakyat

Wak teruja bila melihat ramai penyokong dari bukan melayu khususnya cina dan india tidak segan silu memakai baju dan menggunakan jata berlambangkan PAS. Petanda buruk buat Umno lagi ! MCA, Gerakan ? boleh gerak ka lagi ??

Apek, Maniam dan tok aji duduk bersila layan majlis malam tadi. Hangpa boleh tengok kaa..sifat majmuk macam ni kat majlis Umno...habaq maii ! Duduk ataih rumput aja..langsung tak dah khemah bumbung, yang ada itu laa...bumbung Allah swt bagi..berbumbungkan langit ! Water Cannon dok tunggu saja kat tepi padang, tunggu nak semboq..kalau semboq juga malam tadi..boleh tau laa..

Sokongan berterusan dan sorakan semangat yang diberikan oleh penyokong Pakatan dari Kelab Penyokong PAS. Dianggarkan lebih 5 ribu bukan melayu membanjiri majlis malam tadi. Hebat bukan ?

Brader dari PDRM ni cuba mempirrahhh...kan majlis, kerana katanya syarat permit tidak membenarkan ceramah politik. Peliknyer? Majlis isytihar calon tak boleh ceramah politik...wakakaka..! Apa dia ingat lelong kapal selam buruk ke ?

Foto Dr. Mujahid Rawa, yang menjadi pengantara untuk meneutralkan suasana kecoh di tepi pentas, bawah pentas dan beliau minta kerjasama baik dari Polis agar lebih kompromi dan profesional serta adil memberi ruang yang terhad ini, agar tiada insiden yg kita tak mahu berlaku. Keadaan tegang kembali kendur

Tahniah Dato' Seri, jika petang kelmarin Dato' Seri dah menang 5-0 di Mahkamah Federal, malam ni wak bagi Dato' Seri menang 15,000 - 0 plak. Tiada yang kecewa, tetapi semuanya tersenyum puas. Sepuas-puasnya ! Tunggu komen BN esok? kita nantikan..itupun kalau depa berani komen..wakakaka !! Klimaks majlis lihat himpunan foto dibawah..layann !!

Dato' Seri Muhamaad Nizar jamaluddin, Calon PAS PRK Bukit Gantang.

Presiden PAS Isyhtihar Calon Parlimen Bukit Gantang



Ucapan Nizar Selepas Diumum Calun PAS Bukit Gantang

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates