Friday, March 13, 2009

REHLAH PEMUDA BATU ENAM DI RHU TAPAI

Penyelaras Pemuda Batu Enam dengan kerjasama Kelab Remaja telah mengadakan 1 program rehlah yang bertempat di pantai Rhu Tapai, Merang. Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan tidak kira umur muda atau tua bahkan tidak ubah seperti hari keluarga. Pada mulanya program ini dikhursus kan hanya yang dewasa sahaja memandangkan keselamatan kawasan yang tidak begitu terjamin. Tetapi kesanggupan ibu bapa untuk menjaga anak-anak menyelesaikan masalah ini.

Program bermula petang jumaat dan diakhiri pagi sabtu. Antara agenda-agenda yang dapat kami buat adalah, acara memukat ikan di laut, kuliah atau nasihat dari wakil2 peserta, kursus sembahyang mayat, membakar ikan dan paling meriah sekali program ta'aruf bagi semua peserta. Keberanian peserta-peserta, kegigihan pemuda-pemuda, kehadiran ibu bapa kami ucapkan jazakallah. Dan kita akan berjumpa lagi di masa akan datang insya'Allah.


Makcik!!! Pakcik!!!..jaga molek cucu2 yer

Tolokkk!!! Tolok!!!...

Letih ni bro.ingat senangke nak cari ikan





Lambat lagi ke!!!..lapo perut dah ni...

Bekas AJK Pemuda Batu 6 ( AC Chong ), sedang melayan anak kembarnya

Peserta2 sedang membetulkan pukat

Kutip..kutip ikan tuhh..


Dah besar bapok pun main pasir lagi ke bro? kesiang2..

haAH..tu dia.hasil memukat

Ada sengat dak tow..?

Molek buat kepok toww


ha'ahh..Tu diyerr...ikan sembilang, todak, senangi & banyak lg ikan.
ketam & tukke ada jugak tow




* Peserta dalam lingkungan 150 orang
* Acara memukat ikan sebanyak 6 kali, hari pertama 3 & hari ke2 3.
* Hari pertama dalam sekitar 1-2 kilo ikan yang dapat.." frust bebb"
* Hari ke2, Alhamdulillah...mungkin 100 kilo kot.
* Pic program waktu malam tak ada. sory beb, maaf banyak2, insya'Allah kami akan buat yang terbaik di masa akan datang.
* Segala kesulitan kami sangat2 kesali. Insya'Allah berjumpa lagi masa akan datang.

0 comments:

Post a Comment

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates