:: Emelkan Kepada Kami ::

pemudabatuenam@yahoo.com.my
Pesuruhjaya Pas Terengganu
Ketua Pemuda Pas Terengganu

Adun Bukit Tunggal

Y.D.P Kuala Nerus

:: Blogawan Terengganu ::
-
-
-
MUJUR TANGGUH PERBAHASAN7 years ago
-
picture-017.jpg8 years ago
-
-
BAIK BUAT.. YANG JAHAT PUN BUAT JUGA..10 years ago
-
-
-
-
-
2014: Setelah Dua Puluh Tiga Tahun11 years ago
-
Facebook patut disekat atau tidak?11 years ago
-
-
-
-
-
PR mampu pimpin negara12 years ago
-
Konsert Iwan Shahman13 years ago
-
Usah terperangkap polemik Umno-BN13 years ago
-
Lagu barang Naik....13 years ago
-
-
HISHAM CAKAP POLIS BAIK GILER !13 years ago
-
JOM tambah mood ketqwaan14 years ago
-
-
GEMPUR DAFTAR PEMILIH15 years ago
-
-
-
-
-
-
-
:: Link Sana Sini ::
-
-
-
Lawak bodoh Hamzah Zainuddin1 week ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat?9 years ago
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
SELAMAT DATANG KE INTANHIJAU212 years ago
-
janji ditepati.. (kerajaan vs rakyat)12 years ago
-
-
-
Ali Zaidan Cakap Tak Serupa Bikin14 years ago
-
-
-
-
-
-
Wednesday, July 29, 2009
MAMPAT Minta Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat tidak guna Ringkasan MAMPAT

Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) meminta Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat tidak menggunakan ringkasan MAMPAT kerana ianya adalah ringasan kepada Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu. MAMPAT khuatir penggunaan ringkasan MAMPAT oleh Pemuda Pakatan akan disalahertikan oleh masyarakat terutama Parti Politik. Bersama ini di sertakan Sijil Pendaftaran MAMPAT yang asal bersama surat kepada Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * ** * * * * *
Rujukan kami : MAMPAT/PEMUDAPAKATAN /09-11
Rujukan tuan :
Tarikh : 29 JULAI 2009
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS/AMK dan DAPSY,
Kuala Lumpur.
Tuan
BANTAHAN TERHADAP PENGGUNAAN SINGKATAN MAMPAT BAGI MEWAKILI MAJLIS PERMUAFAKATAN PEMUDA PAKATAN
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) merasa terpanggil untuk menyatakan bantahan terhadap penggunaan singkatan MAMPAT bagi mewakili Majlis Permuafakatan Pemuda Pakatan.
3. Untuk makluman pihak tuan, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu adalah sebuah NGO yang telah mendaftar secara rasmi dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan dengan nombor pendaftaran persatuan kami iaitu 2172-08-TRG. Bersama ini, kami sertakan salinan pendaftaran kami sebagai rujukan.
4. Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) dengan ini membantah sebarang cubaan untuk menggunakan nama singkatan kami oleh pihak tuan. Ini adalah kerana sebagai sebuah Gerakan NGO, kami tidak mahu, MAMPAT nanti akan di salah tafsir oleh mana-mana anggota masyarakat terutama parti politik, kerana kami yakin, penggunaan nama MAMPAT oleh pihak tuan akan mencerminkan pendirian politik sedangkan kami adalah sebuah badan bebas (NGO).
5. Untuk itu, MAMPAT menggesa pihak tuan untuk TIDAK lagi menggunakan singkatan MAMPAT kerana kami khuatir, ia akan disalah ertikan. Pihak kami tidak akan teragak-agak untuk memanjangkan kes ini ke hadapan sekiranya singkatan MAMPAT masih lagi digunakan oleh pihak tuan pada masa akan datang.
Sekian, Terima kasih.
“ KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH RAKYAT TERENGGANU “
“BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU RAKYAT TERENGGANU”
Yang menjalankan amanah,
________________________
(MOHAMAD FAUZI BIN HJ ABU SAMAH)
Pengerusi
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
s.k - YAM Tengku Sri Paduka Raja (Penaung MAMPAT)
- Hj Hussin Bin Ismail ( Penasihat MAMPAT )
- Fail
www.mampat.blogspot.com
Tuesday, July 28, 2009
Akhbar Utusan diserbu
Utusan Memohon Maaf Kepada YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Akhbar Utusan Malaysia hari ini diserbu oleh pelbagai pihak khasnya para penyokong Pakatan Rakyat yang selama ini memboikot akhbar milik Umno itu.
Turut diserbu adalah laman web utusan, namun apa yang mereka cari tidak ditemui kerana ia hanya disiarkan dalam akhbar utusan versi cetak sahaja.
Yang dicari adalah permohonan maaf Utusan kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disiarkan di muka depan akhbar itu.
Ia disiarkan di penjuru kanan atas muka depan akhbar itu dengan tajuk "Permohonan Maaf".
http://siasahdaily.blogspot.com
Pemimpin Umno Pening Kepala

”Sehingga tahun 2008 ini, royalti minyak tidak lagi diserah kepada kerajaan negeri Terengganu, sehingga hari ini Ahmad Said (Dato’ Menteri Besar) pening kepala,”Nak (Untuk) mentadbir (negeri), UMNO tak boleh mentadbir (dengan baik), (kerana) dia (UMNO) mentadbir dengan pitih
berbeza semasa PAS memerintah Terengganu dibawah pimpinan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Walaupun wang royalti dirampas, PAS mampu mentadbir sehingga tahun 2004 dan boleh menguruskan negeri sekiranya diberi mandat oleh rakyat. " YB Ustaz Mohd Nor Hamzah (Ketua Pemuda Pas Negeri Terengganu)
Dalam Negeri : PAS Terengganu bersiap hadapi pilihan raya kecil

BESUT, 28 Julai - PAS berkeyakinan pilihan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak dan Terengganu sekarang dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi membolehkan mandat baru rakyat diperolehi.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, krisis politik yang berlanjutan di kedua-dua negeri yang kini diterajui Barisan Nasional (BN) tidak mampu selesai tanpa diadakan pilihan raya.
"Kalau sebelum ini Perak disebut-sebut akan dibubarkan Dun dalam tempoh terdekat, masalah serupa juga berlaku di Terengganu," katanya pada perjumpaan dengan anggota jawatankuasa PAS Besut baru-baru ini.
Hadir sama Yang Dipertua PAS kawasan itu, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.
Menurutnya krisis yang berlaku antara Menteri Besar, Dato' Ahmad Said dengan bekas menteri besar, Dato' Seri Idris Jusoh tidak boleh diselesaikan lagi.
Oleh itu beliau meminta jentera Pilihan raya PAS Terengganu bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya peringkat negeri dalam masa terdekat ini.
"Semua ahli dan penyokong PAS hendaklah mendekati semua lapisan masyarakat bagi menarik mereka menyokong PAS.
"Janganlah kita memusuhi mereka kerana semata-mata mereka menyokong Umno sebaliknya perlu berusaha menarik mereka," tambahnya.
Lawatan presiden merupakan sebahagian program memperkasakan PAS Besut. Program dua hari itu diadakan pada 24 dan 25 Julai lalu.
Hadir sama Timbalan Presiden, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
Tuan Guru Abdul Hadi berkata, berikutan krisis dalaman Umno, PAS Terengganu diberi layan istimewa oleh Menteri Besar terutamanya menyelesaikan hak milik tanah yang telah dilulus kerajaan PAS namun dirampas kerajaan BN di bawah Idris.
"Dato' Mad berjanji akan menyelesaikan masalah pemilikan tanah yang bertindih dengan menyerahkan kembali hak milik berkenaan kepada pemilik asal.
"Menteri Besar bersetuju berbuat demikian sebagai menghargai sokongan Adun PAS Terengganu bagi menyelamatkan daripada undi tidak percaya dibawa Adun BN," ujarnya. PAS sekarang mempunyai lapan daripada 32 kerusi di Dun Terengganu
www.harakahdaily.net
Monday, July 27, 2009
Pakatan Rakyat : Pemuda Pakatan Rakyat tubuhkan MAMPAT
KUALA LUMPUR, 27 Julai - Dewan Pemuda PAS (DPP), Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan pergerakan Pemuda Sosialis (DAPSY) hari ini sepakat menubuhkan Majlis Muafakat Pakatan Rakyat (MAMPAT)bertujuan menguatkan lagi kerjasama politik antara pemuda Pakatan Rakyat.
Berhubung Himpunan Mansuhkan ISA yang bakal di adakan pada 1 Ogos 2009, MAMPAT menyokong himpunan tersebut dan memberi komitmen kehadiran seluruh pimpinan dan ahli pemuda Pakatan Rakyat.
MAMPAT juga percaya himpunan tersebut akan berjalan dengan aman seperti yang dirancangkan dan mengharapkan supaya pihak polis memberi kerjasama yang baik mengawal keselamatan semua pihak.
Berikut kenyataan media MAMPAT:
KENYATAAN MEDIA
27 Julai 2009
Kami Pemuda PAKATAN RAKYAT yang terdiri daripada Dewan Pemuda PAS (DPP), Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) hari ini memutuskan penubuhan Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat dengan penggunaan singkatan nama MAMPAT. Mesyuarat MAMPAT yang pertama pada hari ini (Isnin 27hb Julai 2009) di Tingkat 2, Pejabat Pemuda PAS Pusat bersetuju bahawa ahli-ahli mesyuarat MAMPAT terdiri daripada Ketua, Setiausaha dan 3 pimpinan tertinggi Pemuda yang lain daripada setiap parti dan akan mengadakan mesyuarat bulanan secara tetap.
Pemuda PAS, AMK dan DAP percaya penubuhan MAMPAT ini akan menguatkan lagi hubungan kerjasama politik Pakatan Rakyat dan memberikan kekuatan untuk pemuda Pakatan Rakyat merencana gerak kerja bersama pada setiap masa. Penubuhan MAMPAT ini juga akan dapat membantu Pemuda Pakatan Rakyat menyelesaikan sebarang isu berbangkit yang melibatkan hubungan parti-parti Pakatan Rakyat dengan lebih cepat.
Mengenai Himpunan Mansuhkan ISA yang akan berlangsung pada 1 haribulan Ogos ini, MAMPAT membuat penegasan pada hari ini menyokong penuh Himpunan tersebut dan memberikan komitmen kehadiran pimpinan dan seluruh ahli pemuda Pakatan Rakyat ke Himpunan tersebut. MAMPAT percaya himpunan tersebut akan berlangsung secara aman sepertimana yang dirancangkan dan meminta kerjasama pihak polis untuk membantu mengawal keselamatan semua pihak.
Sekian.
Nasrudin Hassan Shamsul Iskandar Mat Akin Loke Siew Fook
Ketua DPP Ketua AMK Ketua DAPSY
Mansuhkan I.S.A : Tiga trak FRU halang ceramah ISA di Gua Perahu



PULAU PINANG, 27 Julai: Ceramah Mansuhkan ISA yang dijadualkan diadakan di Padang Awam, Taman Guar Perahu, Penanti, baru-baru ini telah dicemari dengan kehadiran tiga trak berwarna merah siap dengan anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) bagi menghalang ceramah yang telah diatur.
Segala persiapan yang telah diatur oleh Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang berjalan seperti yang direncanakan.
Namun begitu setelah sampai waktu untuk memulakan ceramah yang akan disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng maka pihak polis telah memulakan operasi mereka dengan membariskan anggota FRU siap dengan belantan bagi menghalang ceramah diteruskan.
Suasana hiruk-pikuk apabila tindakan pihak FRU itu menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan penduduk tempatan dan orang ramai yang telah membanjiri padang tersebut untuk mendengar ceramah sepertimana yang dijadualkan.
http://siasahdaily.blogspot.com
Sunday, July 26, 2009
Hujjah Umno menyeleweng dari Islam! - Dato' Harun Taib

DALAM satu wawancara di antara Rasulullah SAW dengan setiausaha sulitnya Huzaifah Al-Yamani antara lain, berkata Huzaifah: "Orang selalu bertanya nabi akan kebaikan tetapi aku bertanya baginda tentang keburukan, kerana aku bimbang akan terjerumus kedalamnya. Aku (Huzaifah) bertanya: "Wahai Rasulullah kami dahulu nya berada dalam kejahilan dan keburukan, maka lalu Allah mendatangkan kami kebaikan ini (Islam). Maka apakah selepas kebaikan ini akan berlaku keburukan pula?" Rasulullah saw menjawab: "Ya (berlaku pula keburukan)", Maka aku bertanya lagi: "Apakah selepas keburukan itu ada pula kebaikan?" Rasulullah saw menjawab: "Ya, akan tetapi di dalamnya (kebaikan itu) ada lagi keburukan yang terpendam". Huzaifah bertanya lagi: "Apakah yang dikatakan keburukan yang terpendam itu wahai Rasuluilah?". Rasulullah bersabda: "Terdapatnya suatu kaum yang tidak lagi mengikuti sunnah aku dan tidak pula menerima pakai hidayah dan petunjuk yang aku bawa. Kamu kenal mereka dan kamu mencegahnya", Huzaifah bertanya lagi: "Apakah selepas kebaikan itu berlaku pula keburukan?", Rasulullah saw menjawab: "Ya, Kamu akan dapati para pejuang yang sedang berada diambang pintu neraka jahanam. Sesiapa yang mengikut mereka akan diheret ke dalam neraka", Huzaifah berkata lagi: "Beritahu kami ya Rasulullah apakah sifat sifat mereka itu?". Rasulullah SAW menjawab: "Mereka dari keturunan kita dan bercakap dalam bahasa kita", Huzaifah bertanya lagi: "Apakah arahan kamu kepada kami jika keadaan itu menimpa kami?", Rasulullah saw bersabda: "Kamu wajib bersama-sama jemaah muslimin dan kepimpinan mereka". Huzaifah bertanya lagi: "Jika pada waktu itu tidak ada jemaah muslimin dan tidak ada pula pimpinan mereka?". Rasulullah SAW pula bersabda: "Maka hendaklah kamu mengasingkan diri daripada kumpulan-kumpulan itu semuanya (kumpulan yang tidak menerima pakai sunnah Rasulullah saw dan kumpulan yang sedang berada diambang pintu neraka jahanam) walaupun (dengan sebab itu) kamu terpaksa memakan akar-akar kayu sehingga kamu mati dalam keadaan begitu. - (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Satu pertanyaan, apakah keburukan yang disebut oleh nabi SAW benar benar berlaku pada hari ini? Sebelum saya menjawab soalan ini, ingin saya menarik perhatian bahawa Allah SWT bukan sahaja menjadikan kita, tetapi ia juga menciptakan segala yang diperlukan oleh kita untuk kita hidup di atas dunia ini.
Allah SWT lah yang mencipta udara, matahari, bulan, bintang, air, api, tanah, sumber makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya adalah untuk keperluan hidup jasmani kita.
Sementara itu, Allah SWT juga telah mengariskan panduan bagi kehidupan kita di atas muka bumi ini. la tidak membiarkan kita hidup di bumi ini secara meraba-raba samada cara menghubung diri dengan Allah SWT sebagai pencipta mahupun dalam hubungan sesama makhluk iaitu hubungan dengan manusia, hubungan dengan haiwan, dengan tumbuh tumbuhan dan sekelian makhluk yang lain. Apakah yang wajib kita lakukan, manakah yang wajib kita jauhkan diri daripada melakukan dan apa puia yang hamu kita lakukan.
Dalam perkara wajib, haram, harus dan Iain-lain tidak boleh kita mencari secara meraba raba. Malah Allah SWT telah memberi panduan supaya kita merujuk kepada al-Quran dan Sunnah RasulNya (SAW).
Perkara ini jelas apabila kita rujuk kepada ayat yang pertama daripada surah al-Hujurat yeang bermaksud: "Wahai orang orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya dan bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah itu amat mendengar lagi amat mengetahui". - (Al-Hujarat:1)
Begitu juga keadaannya bila kita merujuk kepada sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud: "Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara di mana kamu tidak akan sesat selama lamanya selagi kamu berpegang kepada kedua-dua nya itu. Iaitu kitab Allah dan Sunnah RasulNya". - (Hadis riwayat Imam Malik)
Di dalam surah Al-Imran ayat 110 antara lain Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Kamu adalah sebaik baik ummat yang diwujudkan oleh Allah dikalangan manusia, kamu menyuruh berbuat yang maaruf, kamu mencegah melakukan yang mungkar dan kamu beriman kepada Allah". - (Ali Imran: 110)
Melalui ayat-ayat tersebut Allah SWT dengan jelasnya menyatakan bahawa kita umat Muhammad saw ini dikira sebaik baik umat atas tiga faktor: Beriman kepada Allah, menegakkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar.
Sementara yang maaruf itu ialah yang dikira baik oleh Allah manakala yang mungkar pula ialah yang dikira mungkar oleh Allah. Tetapi masih terdapat kaum yang tidak menerima pakai lagi sunnah nabi dan pertunjuk yang dibawa oleh baginda.
Sebagai contoh, jelas kepada kita di mana Umno tidak mengambil dan menggunapakai sunnah dan petunjuk yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW dalam bidang ekonomi, pendidikan, undang undang, sosial, pemerintahan dan sebagainya.
Oleh kerana itu jelas sekali perjuangan di dalam UMNO adalah bercanggah dengan arahan Rasulullah SAW. Di dalam Al-Quran Allah swt berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah adalah Islam,..." - (Ali Imran: 19)
Tidak pemah berlaku di dalam sirah perjuangan para Nabi dan para Rasul AS. tindakan seperti yang dilakukan kerajaan hari ini yang diterajui oleh Umno di mana pemimpinya menahan dan memenjarakan sebahagian daripada rakyat Malaysia dengan sewenang wenangnya dibawah akta ISA tanpa sebarang pembicaraan dan pembelaan diri.
Dalam hal ini kerajaan yang dipimpin Umno tidak melaksanakan hukum Allah dalam banyak perkara. Tidak melaksanakan hukum Allah itu adalah sebahagian daripada kezaliman. Firman Allah Yang bermaksud: "dan sesiapa yang tidak menjalankan hukum Allah maka ia adalah tergolong ke dalam golongan orang-orang yang zalim". - (Al-Maidah: 45)
Adapun kenapa kita mesti menolak Umno, berdasarkan hadis yang saya utarakan di awal bicara ini dengan jelas menyatakan "kamu hendaklah memisahkan diri kamu dari kumpulan-kumpulan itu (kumpulan yang tidak lagi menghayati sunnah dan hidayahku). Dalam hadis yang lain nabi juga bersabda yang bermaksud: "Orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah swt". - (Hadis riwayat Imam Abu Daud)
Ditulis Oleh DATO' HARUN TAIB
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat
http://sanggahtoksago.blogspot.com
Mansuhkan I.S.A : 1 Ogos Perhimpunan Menentang ISA
Pemuda Pakatan Dan G.M.I Tetap Adakan Perhimpunan
Ekoran Krisis Melanda Pentadbiran UDM; Kembalikan KUSZA !

KUALA NERUS – PAS menganggap, ketidak hadiran Canselor, Sultanah NurZahirah ke majlis Konvokesyen Kali Pertama Universiti Darul Iman (UDM) adalah satu krisis besar yang melanda Institusi Pengajian Tinggi tersebut.
Pengerusi Lajnah Pelajaran PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata ia adalah isu yang telah berpanjangan semenjak UDM ditubuhkan, empat tahun lalu.
”Sebelum ini tidak diadakan konvokesyen sejak tiga tahun berturut-turut, ini bukan perkara kecil, sebab bagi sebuah pusat pengajian (tinggi) kalau sudah tak dapat diadakan konvokesyen, maknnya ada krisis besar,
”dan bila dibuat konvokesyen, Canselor tidak datang,”katanya ketika ditemui selepas menutup Kursus Kewartawanan Islam 2009 yang diadakan di Maahad Tahidz Wal Tarbiyah disini, semalam.
Oleh itu PAS berharap kerajaan negeri Terengganu pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dapat menyelesaikan perkara tersebut kerana ia merugikan kerajaan dan rakyat.
Menurutnya, akar umbi dari masalah tersebut adalah pengambilalihan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) oleh kerajaan pusat untuk dijadikan sebuah universiti.
Katanya, PAS telah lama menyarankan, sepatutnya didirikan sebuah universiti lain yang baru, sekiranya kerajaan mahu menubuhkan sebuah universiti dan mengekalkan KUSZA.
”Kita (PAS) telah lama mengatakan, kalau nak dibuat Universiti Darul Iman, buat yang lain, kekalkan KUSZA yang bersejarah, datuk kepada Sultan ni (Mizan) dulu pakai nama dia,
”ada Sekolah Menengah Rendah Ugama (Sultan) Zainal Abidin di Ladang, ada Sekolah Menengah (Atas) (Sultan) Zainal Abidin di Batu Burok, dan ada Kolej bertahap Universiti, KUSZA, tiba-tiba dihapuskan,”jelasnya yang juga Bekas Ahli Majlis KUSZA.
Katanya, walaupun UDM masih mengekalkan Kampus KUSZA di Gong Badak sebagai sebuah tempat pengajian, namun ianya adalah bersifat sementara, bagi menutup tindakan pengambilalihan KUSZA sepenuhnya.
Oleh yang demikian, beliau berkata, PAS menggesa kerajaan Pusat mengembalikan KUSZA kepada status asalnya.
”Kembalikan KUSZA kepada status asal dan buat (universiti) yang lain, (di negeri) Kelantan boleh buat yang lain, di (negeri) Pahang boleh buat yang lain, kenapa Trengganu tak boleh buat yang lain,”soal Ustaz Abu Bakar yang juga Bekas Ahli Majlis KUSZA.
Menurutnya, tindakan menyerahkan KUSZA kepada kerajaan Pusat yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh adalah satu tindakan yang tergopoh gapah, tanpa perancangan rapi.
”Dia (Idris) tergopoh gapah, dia nak buat sesuatu (hanya) nak ambil nama, (hanya) tujuan politik, tapi tidak ada perancangan dan persiapan rapid an lengkap,”tegasnya.
Beliau turut mempersoalkan, adakah kerajaan Terengganu pimpinan UMNO dan BN tidak mampu untuk mentadbir sebuah pusat pengajian tinggi sehingga sanggup menyerahkan KUSZA kepada Kementerian Pengajian Tinggi.
”Penyerahan KUSZA itu sendiri (adalah) perkara besar, bakpe (adakah) kerajaan Terengganu tak mampu sangat ?,
”masa kerajaan PAS (mentadbir Terengganu) pun, mampu (untuk mentadbir KUSZA),”katanya yang menegaskan semua kerajaan negeri-negeri lain mempunyai Pusat Pengajian Tinggi sendiri yang ditadbir dibawah kerajaan negeri masing-masing.
www.buletinonline.net
Saturday, July 25, 2009
Sekitar Rehlah Pemuda Cawangan Batu Enam




* Gambar time ceramah waktu malam tak ada.( kebetulan ada kerja ) ceramah disampaikan oleh Alfadhil Ustaz Adam Bin Ismail (Ketua Dun Bukit Tunggal) dan Alfadhil Ustaz Ahmad Roqim An-nuria.




Thursday, July 23, 2009
Mansuh ISA vs Pro-ISA, 1 Ogos adalah hari referendum rakyat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)yang akan mengadakan Himpunan Mansuhkan ISA terbesar pada 1 Ogos minggu hadapan di Ibu Negara.
Kesungguhan GMI ini akhirnya berjaya membuatkan Pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (Pro-ISA) tercabar untuk melakukan Himpunan yang sama pada hari dan waktu yang sama (2 petang).
Mansuhkan I.S.A : Nik Aziz, Anwar sertai demo anti-ISA

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut serta dalam himpunan besar-besaran mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos ini.
Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata perhimpunan itu juga turut disertai pimpinan atasan Pakatan Rakyat, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin lebih 83 NGO dalam gabungan tersebut.
Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas menyerahkan surat pemakluman kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung hasrat GMI menyerahkan “deklarasi rakyat” pada tarikh tersebut.
Surat tersebut diserahkan kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Mohd Khairi Abdul Rahman di pondok pengawal, kira-kira jam 11.50 pagi tadi.
Syed Ibrahim diiringi Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzzaman Mohamad.
www.malaysiakini.com
Saturday, July 18, 2009
Presiden PAS ziarah anggota bomba kemalangan

Sebelum itu, dua Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Abu Bakar Chik dan Haji Mohd Abdul Wahid Endut juga ditemani oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah turut berbuat demikian.
Sehubungan itu, PAS Terengganu merakamkan ucapan takziah serta mendoakan kesejahteraan kepada semua anggota terbabit.
Ustaz Abu Bakar berkata PAS Terengganu turut melahirkan rasa dukacita dengan kejadian yang berlaku serta merakamkan ucapan takziah.
Namun begitu, katanya semua itu merupakan takdir dan orang Islam dikehendaki bersabar serta mendoakan keselamatan.
“Ya, PAS negeri Terengganu mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa kemalangan dan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan,” ujarnya.
Menurutnya, jasa serta pengorbanan anggota bomba sangat besar dan wajar dihargai oleh semua pihak.
www.buletinonline.net
Friday, July 17, 2009
Dulu "Koleh Ugama Sultan Zainal Abidin" Sekarang " Universiti Darul Iman"

http://cikgufauzi.blogspot.com
Thursday, July 16, 2009
SU politik exco mati jatuh bangunan SPRM

Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.
Mayat Teo Beng Hock, 30,

Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.
Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.
(foto: Teo, kanan, bersama Ean Yong berbual dengan pegawai siasatan di pejabat exco itu)
Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.
Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.
Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.
Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.
Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.
Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.
SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.
Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat.
Shukri mengesahkan suruhanjaya itu semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan, lapor laman web Utusan Malaysia.
"(Siasatan) itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka," katanya kepada pemberita di Akademi SPRM hari ini.Sementara itu, peguam M Manoharan, yang menemani Teo ke pejabat SPRM semalam berkata, mendiang kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan.
"Dia nampak gembira dan tenang. Saya menasihatkannya bagaimana hendak mengendalikan soal siasat tersebut kerana saya tidak dibenarkan untuk bersamanya" katanya.
Manoharan, yang juga ADUN Kota Alam Shah kali terakhir melihat Teo pada kira-kira jam 7 petang semalam.
Setakat jam 6 petang ini, mayat Teo masih berada di atas bumbung tempat dia jatuh.
Komputer riba Teo dirampas
Pejabat Ean telah diserbu SPRM semalam di mana sebuah komputer riba milik Teo dan sebuah komputer meja telah dirampas.
SPRM juga menyerbu pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.
Selain Ean dan Lau, lima lagi wakil rakyat Pakatan turut disiasat, iaitu Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama) and Edward Lee (Bukit Gasing).
SPRM sebelum itu telah menyoal siasat beberapa orang, termasuk pembantu lima wakil rakyat - Ean, Lau, Kok, Wong dan Yeoh.
Wakil rakyat Pakatan Selangor masing-masing diberi RM500,000 setahun untuk membiayai program kemasyarakatan di kawasan masing-masing. SPRM mendakwa dana tersebut telah disalahguna.
R Sivarasa, yang juga ahli parlimen Subang berkata, kematian Teo berlaku dalam keadaan yang meragukan.
"Sehingga ini, kita mempertanggungjawab SPRM terhadap kematian tersebut sehingga kita mendapat penjelasan yang memuaskan," katanya.
1 Malaysia : Tambang teksi, bas sekolah naik
Dalam pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz di Kuala Lumpur hari ini, bagi jarak setiap 115 meter, kadarnya adalah 10 sen.
Kadar lama, kenaikan 10 sen untuk setiap 150 kilometer.
Teksi yang menunggu penumpang pula, kadar terbaru 10 sen untuk setiap 21 saat berbanding dahulu untuk 45 saat.
Caj tambahan 50 peratus bagi perkhidmatan selepas 12 tengah malam masih dikekalkan tetapi ia dihitung sewaktu penumpang turun, bukan sewaktu memasuki teksi.
Selain itu, kadar tambang bas sekolah berhawa dingin dibenarkan naik sehingga 30 peratus bermula tarikh yang sama, katanya.
Di kawasan bandar, kenaikan tambang dari RM21.10 ke RM27.43 bagi satu kilometer, dan dari RM1.55 ke RM2.02 bagi setiap satu kilometer tambahan.
Tambang bas ekspres pula dinaikkan 2 sen bagi setiap kilometer, manakala tambang bas henti-henti di Kuala Lumpur akan dinaikkan 25 sen hingga 70 sen mengikut zon-zon tertentu.
www.malaysiakini.com
Wednesday, July 15, 2009
Semua Ahli PAS Diminta Hadir Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos

PAS menyokong penuh langkah Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang bakal mengadakan Himpunan besarnya bagi mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos 2009 di Istana Negara.
Sehubungan dengan itu semua ahli PAS diminta untuk hadir memberikan sokongan terhadap Himpunan ini.
Semua Ketua-ketua Penerangan Negeri dan PAS Kawasan diminta mengadakan siri-siri ceramah dan edaran risalah penerangan berhubung kezaliman Akta ISA serta mengajak lebih ramai rakyat untuk menghadiri Himpunan ini.
PAS turut mengajak semua NGOs dan Individu yang prihatin untuk turut sama menunjukan kebersamaan anda bagi memastikan pihak Kerajaan memansuhkan Akta ISA yang sering dijadikan alat politik segelitir pihak yang berkepentingan untuk menakutkan rakyat.
Mansuhkan ISA!!!, Mansuhkan ISA!!!, Mansuhkan ISA!!!
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Santai : Berniaga Atas Landasan Kereta Api.
Manik Urai : UMNO Terus Berpaut Majoriti Tipis Untuk Tutup Malu
Pengaruh PAS di Kelantan masih utuh dan sukar diganggu gugat oleh UMNO Barisan Nasional walau mereka bermati- matian menabur gula- gula politik untuk meraih sokongan rakyat negeri itu.
Calon Pakatan Rakyat dari PAS, Fauzi Abdullah menepati ramalan dengan memenangi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai semalam dengan kutipan undi sebanyak 5,348 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat dengan 5,283 undi.
Fauzi menang dengan majoriti 65 undi.
Seperti yang dijangka pengamal politik dan orang ramai, bilangan majoriti yang tipis ini akan dijadikan modal oleh UMNO Barisan Nasional bagi menutup satu lagi siri kekalahan mereka untuk kali yang keenam dalam pilihanraya kecil dinegara ini.
"Saya berpandangan setelah berada disepanjang kempen Manek Urai bahawa dakwaan pengaruh PAS terhakis adalah tak benar. Sebab dalam mana- mana pilihanraya kecil dinegara ini, khususnya di Negeri Kelantan yang rakyatnya begitu bijak dan peka dengan politik semasa, bilangan majoriti turun naik adalah perkara biasa. Apa yang penting kejayaan PAS kekalkan kerusi ini dalam keadaan mereka diserang oleh parti UMNO tapi kekuatan kerajaan yang digunakan semaksima mungkin.
Ini membuktikan PAS masih utuh. Apatah lagi keadaan geografi dan politik yang begitu mencabar, Manek Urai adalah kawasan pedalam yang begitu kuat dipengaruh dengan politik wang yang jadi senjata UMNO.
Barisan Nasional. Dengan seluruh kekuatan yang mereka gunakan contohnya janjikan pembangunan dan mereka sering kali bandingkan kekuatan calon mereka yang berpendidikan tinggi dan rendah- rendahkan calon kita. Tetapi apa yang lebih penting, pengaruh peribadi dan perwatakan calon kita yang dekat dengan rakyat.
Beliau dikenali di Manek Urai sebagai seorang yang berpengalaman dalam perniagaan dan seorang usahawan yang berjaya. Ini kejayaan kita walaupun dengan hanya majoriti 65 undi. Tapi apa yang lebih penting PAS berjaya kekalkan pengaruhnya di Manek Urai," kata Sallehddin.
Sallehuddin berkata kekalahan kali keenam UMNO Barisan Nasional telah menunjukkan isyarat yang jelas bahawa rakyat semakin menolak pimpinan korup UMNO Barisan Nasional walaupun parti itu dilihat bersungguh- sungguh mahu menawan hati rakyat Manek Urai.
"Bagi saya itu satu alasan yang hanya mahu hiburkan hati mereka selepas satu siri kekalahan yang memalukan. Apa yang penting isyarat yang jelas di Semenanjung, trend membentuk satu gelombang yang boleh saya sifatkan satu penolakan kearah menyisihkan pengaruh UMNO pada pilhanraya umum akan datang. Apa yang penting walaupun UMNO berusaha keras untuk menang dalam pilihanraya kali ini, dengan kepimpinan baru dengan mereka cuba tonjolkan pengaruh perdana menteri dan timbalan perdana menteri yang berkubu di Manek Urai. Tetapi yang jelas rakyat tetap menolak sepenuhnya UMNO Barisan Nasioanl walaupun mereka digula- gulakan dengan 100 hari kepimpinan najib dengan rakyat diutamakan yang saya lihat rakyat tidak termakan dengan semua ini yang memberikan kemenangan di Manek urai," tambahnya lagi.
Sallehuddin membidas pandangan sinis sesetangah penganalisis politik yang menyimpulkan kemenangan tipis Fauzi di Manek Urai bertitik tolak dari latar belakangnya sebagai pemborong ikan dan tidak berpendidikan tinggi seperti mana calon UMNO Barisan Nasional.
"Disini kita melihat bertapa seni yang poltik. Ia satu backdrop bagi kemenangan calon yang bertanding. Disini saya melihat bahawa seseorang itu mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi tapi politik ini adalah satu yang berlegar antara kekuatan peribadi dengan sentimen dan keadaan semasa pada masa itu. Kalau saya ambil pengalaman politik pada suatu masa dulu, PAS mencari pemimpin yang rapat dengan panduduk iaitu Pak Su Wei. Dia dikenali dengan sikap kekampungannya yang baik hati dan dianggap hero untuk jaga penduduk. Jadi apa yang penting Fauzi adalah seorang usahawan yang begitu lama mereka kenali dengan watak yang begitu mesra dengan rakayat bahawa mereka mahukan seorang calon yang memiliki ciri yang baik dan sesuai mewakili mereka, " katanya.
Tuesday, July 14, 2009
Aneka Ragam
'Patung' curi jam, duit pasar raya

KUALA TERENGGANU - Seorang pencuri dipercayai sanggup menjadi patung tiga jam bagi mengelak dikesan oleh pengawal keselamatan sebuah pasar raya di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini.
Taktik tersebut berhasil apabila kehadirannya di bahagian pakaian lelaki di tingkat dua tidak disedari sehinggalah pasar raya itu ditutup pada pukul 11 malam Ahad lalu.
Suspek kemudian dikatakan 'bermaharajalela' dalam pasar raya itu sebelum mencuri wang dan jam tangan yang kesemua bernilai RM37,000 dari sebuah kedai di situ.
Pencuri itu dipercayai berada di dalam premis sepanjang malam dan hanya keluar dengan selamba apabila pintu pasar raya dibuka keesokan harinya.
Seorang pembantu jualan pasar raya yang mahu dikenali sebagai Aida, 25, berkata, dia menyedari ada satu 'patung' pelik yang kelihatan seperti manusia pada pukul 9.30 malam hari kejadian.
"Ketika itu saya dan seorang lagi pembantu jualan merasa was-was sama ada itu benar-benar patung atau manusia.
"Kami kemudian menghampiri dan memerhatikan patung yang bertubuh kurus itu beberapa minit tapi ia tak bergerak-gerak," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
www.kosmo.com.my
TRAGEDI MANEK URAI - APA YANG KITA TIDAK TAHU
Oleh: WFAUZDIN NS
PILIHANRAYA Kecil Manek Urai baru sahaja selesai dijalankan semalam dengan keputusan Pas berjaya mengekalkan kerusinya di Dun tersebut. Pada awal kempen dan beberapa hari seterusnya dikatakan kempen kali ini paling aman dan bersih yang turut diakui oleh pihak Polis dan SPR yang sentiasa memantau sepanjang kempen dijalankan. Malang sekali keamanan ini tidak dapat dipertahankan sehingga ke hari kemuncak pada saat dan waktu membuang undi. Beberapa kejadian membaling botol dan batu dikatakan berlaku di antara kedua-dua penyokong parti yang bertanding sehingga melibatkan kecederaan yang agak serius kepada beberapa penyokong parti berkenaan.
Apa yang paling mendukacitakan kita ialah laporan pihak media yang kelihatan berat sebelah melaporkan kejadian tersebut. Pihak Pas sering ditonjolkan sebagai pencetus kepada kejadian malang tersebut tanpa menunggu siasatan pihak Polis. Pihak media juga memberi perhatian dan `highlight' mereka kepada mangsa-mangsa yang tercedera dari Puteri Umno sahaja sehinggakan menemubual mereka di katil-katil wad hospital. Ini menggambarkan seolah-olah mangsa hanya terdiri daripada penyokong-penyokong Umno sahaja. Tidakkah kita tahu bahawa penyokong-penyokong Pas juga turut menjadi mangsa kejadian ini?
Saya difahamkan bahawa terdapat dua orang penyokong Pas turut menjadi mangsa kejadian yang tidak diketahui siapa puncanya itu. Mereka yang dilaporkan mengalami kecederaan yang lebih parah dari Puteri Umno tersebut adalah seperti berikut:
1. Sdr Sahruddin bin Yahya (Pemuda Pas Kawasan Merbok) -Mengalami kecederaan di kepala dan Laporan Polis telah dibuat (No Report KK 001811/09).
2. Muslimat Perak - Nadia bte Mohd Kamil (No HP: 013-23701xx) - Mengalami kecederaan di dagu dan masih dirawat di Hospital Kuala Krai , Wad Kenari Katil No 24. (Laporan Report Polis belum diperolehi). Gambar mangsa-mangsa tersebut akan disiarkan kemudian oleh blog Pinkturtle selepas ini.
Amat mendukacitakan pihak media bersikap berat sebelah di dalam melaporkan insiden ini. Daripada awal kempen sememangnya pihak media kerajaan sentiasa dilihat berpihak kepada Umno sehinggalah selesai pilihanraya ini pun mereka masih tidak mampu berlaku adil di dalam laporan dan berita mereka. Inilah media yang kita ada dan inilah yang dikatakan transformasi yang telah dilakukan oleh kerajaan UBN di bawah kepimpinan Najib.
Kita yakin, kemenangan Pas di Manek Urai ini walaupun sekadar mendapat majoriti 65 undi sudah memadai untuk menunjukkan betapa hebatnya Pas di dalam berdepan dengan Umno dengan segala jentera kerajaan yang mereka gunakan termasuk `gula-gula' yang ditawarkan kepada pengundi-pengundi di Manek Urai. Pas masih releven di bumi Kelantan dan Pas pernah mengalami saat yang lebih getir sebelum ini di Dun Negeri di mana Pas hanya mempunyai kelebihan satu kerusi sahaja untuk memerintah. Justeru itu, tiada sebab Pas harus merasa gundah gulana dengan majoriti yang diperolehi baru-baru ini. Kemenangan yang dianugerahkan Allah ini wajib disyukuri dan ini merupakan satu keajaiban buat Pas.
Tahniah dan syabas buat semua pengundi-pengundi di Manek Urai yang telah menolak sebuah jambatan demi maruah mereka. Penghargaan juga buat semua jentera PR dan Pas yang telah bekerja kuat bagi membantu kemenangan ini. Tidak lupa tahniah sesama kita Blogger-Blogger yang sentiasa komited memperjuangkan dasar dan perjuangan PR, ini adalah kejayaan kita bersama. Umno telah selamat ditalkinkan di Manek Urai. TAHNIAH ABE UJI. / wfauzdin.blogspot.com



Tahniah YB Mohd Fauzi b. Abdullah


1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)........ 5,348
2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN).......... 5,283
Jumlah mengundi................... 10,631
Peratus.............................. 87%
Undi rosak.......................... 117
Majoriti............................. 65
Peti Undi PAS kalah dengan majoriti:
1. Temalir – 27 undi
2. laloh – 66 undi
3. Manek Baru – 34 undi
4. manek Urai Lama – 184 undi
5. Manjor – 66 undi
6. Undi pos – 35 undi
Peti Undi PAS menang dengan majoriti:
1. Lata Rek – 258 undi
2. Peria – 86 undi
3. Chuchuh Puteri – 96 undi
4. Sungai sok – 66 undi
Followers
Januari 2009
PENGUMUMAN
Email: masjidmtt@gmail.com
Tel: 09-667 0102
Account no: 563064112631 (Maybank)
....................................
Skim wakaf lantai pembangunan Pusat Tarbiyah PAS Kuala Nerus, Batu Enam, Kuala Terengganu.
Hubungi: Hj. Ahmad Zaini Deraman 019-957 8888
....................................
Pusat Pengajian Pondok AlMadini (Pondok Madinah)
Kampung Lama Terap Batu Rakit, Kuala Terengganu.
Hubungi: 013-939 6402/012-954 6402
Alfadhil Ustaz Ahmad Rakim Abd. Qayom
Accaount No: 11103-41-00011590-1 (BSN)
pemuda batu enam

- pemudabatuenam
- Allah Matlamat Kami, Ar-Rasul Ikutan Kami, Al-Quran Panduan Kami, Jihad Jalan Kami, Mati Di Jalan Allah Cita2 Tertinggi Kami.
Pemuda Batu Enam
:: Pimpinan ::
-
-
-
Catatan Dhuha april 20195 years ago
-
Video:The Dawn of A New Malaysia6 years ago
-
-
Egypt’s Coming Civil War11 years ago
-
menawan puncak kinabalu 1 (politik)11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
BERITA ONLINE
:: Parti Islam Semalaysia ::
-
-
-
普通のおばさん 新潟県 セックス10 years ago
-
-
-
-
SHARAF PAS DUN PAKA 1433H12 years ago
-
-
-
-
-
Menyanggah pandangan NC UiTM13 years ago
-
-
-
Datuk A Samad Said - Unggun BERSIH...13 years ago
-
-
Salam Eidul Adha 1431 Hijrah14 years ago
-
-
Majlis Makan Malam14 years ago
-
Hebaha-Demontrasi Aman Bantah Apco14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog Archive
-
▼
2009
(221)
-
▼
July
(39)
- AMK Report SPRM Kes Pangsapuri Pulau Duyung
- MAMPAT Minta Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat...
- Akhbar Utusan diserbu
- Pemimpin Umno Pening Kepala
- Mansuhkan I.S.A : Nik Aziz seru seluruh rakyat had...
- Dalam Negeri : PAS Terengganu bersiap hadapi pilih...
- Pakatan Rakyat : Pemuda Pakatan Rakyat tubuhkan MA...
- Mansuhkan I.S.A : Tiga trak FRU halang ceramah ISA...
- Hujjah Umno menyeleweng dari Islam! - Dato' Harun ...
- Mansuhkan I.S.A : 1 Ogos Perhimpunan Menentang ISA
- Ekoran Krisis Melanda Pentadbiran UDM; Kembalikan ...
- Sekitar Rehlah Pemuda Cawangan Batu Enam
- Mansuh ISA vs Pro-ISA, 1 Ogos adalah hari referend...
- Mansuhkan I.S.A : Nik Aziz, Anwar sertai demo anti...
- Presiden PAS ziarah anggota bomba kemalangan
- Dulu "Koleh Ugama Sultan Zainal Abidin" Sekarang "...
- PAS Kelantan rakam tahniah atas kekentalan pengund...
- SU politik exco mati jatuh bangunan SPRM
- 1 Malaysia : Tambang teksi, bas sekolah naik
- Semua Ahli PAS Diminta Hadir Himpunan Mansuhkan IS...
- Santai : Berniaga Atas Landasan Kereta Api.
- Manik Urai : UMNO Terus Berpaut Majoriti Tipis Unt...
- Manik Urai : Video Pergaduhan dan Provokasi Pihak ...
- Aneka Ragam
- TRAGEDI MANEK URAI - APA YANG KITA TIDAK TAHU
- Tahniah YB Mohd Fauzi b. Abdullah
- Sarapan Pagi Bersama Pimpinan PAS Negeri Terenggan...
- Pemansuhan PPSMI
- Timbalan Presiden Pas Jalani Perbedahan
- DEBAT PAS – UMNO WAJAR - Ketua Pemuda Pas Terengganu
- Dewan Pemuda Pas Mengutuk Tindakan Pihak Berkuasa ...
- Pakatan Rakyat : Selangor sumbang RM6 juta untuk S...
- Road Show Pelancaran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).
- Rakaman Perdebatan Awal Pemuda PAS vs Pemuda Umno ...
- Senarai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat ikut Kementerian
- Samseng Umno
- MANEK URAI : APA KATA CALON PAS
- PAS Jamin Keadilan, Kebebasan dan Hak Asasi Bukan ...
- Pemimpin Turun Padang
-
▼
July
(39)