Tuesday, April 20, 2010

PRK P094 : Tiga Ditahan Edar CD


KUALA KUBU BAHARU 20 April - Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kubu Baharu hari ini menahan tiga orang atas tuduhan mengedar CD yang berkaitan dokumentari tentang penyelewengan Umno-Barisan Nasional kepada orang ramai di pekan Kuala Kubu Baharu.


Ketiga individu terbabit itu yang dikenali sebagai ialah Anu Kalippan, Usha dan Allen Tan ditahan pihak polis ketika mereka sedang bergerak untuk mengedar CD tersebut kepada orang ramai.


Pihak polis juga telah mengambil satu salinan CD untuk dibuat pemeriksaan bagi mengetahui isi kandungannya.


Setelah pemeriksaan di buat ketiga-tiga mereka telah dibawa ke IPD Kuala Kubu Baharu untuk diambil keterangan selain merampas lima puluh keping CD yang berjudul "BN,BN, Kuburkan BN" juga turut dirampas.


Moderator blog 'The People's Parliment', Haris Ibrahim yangyang juga seorang peguam menjelaskan beliau mendapat panggilan dari rakannya mengatakan tiga individu itu telah ditahan atas sebab mengedar CD.


"Saya mendapat panggilan mengatakan tiga orang telah ditahan atas mengedar CD yang kandungannya membongkar apa yang telah Umno-Barisan Nasional lakukan. Ini perkara biasa yang dilakukan dalam mana-mana pilihan raya, tidak ada apa luar biasa dan kesalahan yang dilakukan oleh rakyat prihatin yang ingin menyebarkan maklumat kepada pengundi.


"Mereka ditahan pada pukul 12 tengahari tadi untuk diambil keterangan. Maklumat yang saya dapat mereka ditahan dibawah Seksyen 4A Akta Jenayah Pilihan raya," jelas Harris ketika ditemui Suara Keadilan di perkarangan IPD Hulu Selangor.


Ketiga mereka dibebaskan pihak polis sekitar pukul 5 petang setelah diambil keterangan.


Sumber-suara-keadilan


0 comments:

Post a Comment

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates