Monday, April 19, 2010

Exco Terengganu Yang Tak Tahu Apa-Apa


KUALA TERENGGANU – Tindakan Kerajaan Terengganu meningkatkan ganjaran kepada RM20,000, menunjukkan kebimbangan tentang kewujudan ikan ‘gergasi’ itu.

Pemancing yang berjaya menangkap ikan naga atau nama saintifiknya, Arapaima Gigas, ditambah habuan dari RM10,000 kepada RM20,000, membuktikan Menteri Besar percaya ikan tersebut memang ada.

Namun begitu, dalam Sidang DUN Terengganu, 8 April lalu, Exco Pertanian yang juga ADUN Telemung, Rozi Mamat, dengan sombong menafikannya.

Apabila ADUN Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak, membangkitkan persoalan ikan yang semakin kurang di Tasik Kenyir, Speaker DUN pula menyampuk, mempersendakan dakwaan Dr Alias.

Dato’ Tengku Putera Tengku Awang berkata, bukan tidak ada ikan, tetapi ikan di Tasik Kenyir pandai-pandai belaka, kenal mata kail.

”Tiba-tiba pada 18 April, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said menaikkan habuan kepada RM20,000, bermakna dia (MB) percaya ikan itu ada, sedang Exco pertanian kata tak ada, Mana satu betul?,”soal Dr. Alias ketika dihubungi Buletinonline.

Beliau menyifatkan dua kenyataan yang berbeza oleh Menteri Besar dan Exco menunjukkan pentadbiran kerajaan Terengganu dibawah Umno dan Barisan Nasional adalah bercelaru.

”Dakwaan saya berkenaan ikan itu, ternyata benar, Exco pertanian tak tahu apa-apa,”tegas Dr. Alias.

Justeru, beliau berharap pihak berkenaan dapat menjalankan siasatan, siapakah yang melepaskan ikan tersebut di Tasik Kenyir.

”Patut siasat siapa bawa masuk spesis ikan yang boleh menjejaskan jumlah ikan di Tasik Kenyir yang nak dipromosikan sebagai ecotourism,yang mana memancing merupakan tarikan utama,

”tindakan perlu diambil untuk mengelakan kes seperti ini berulang.”jelas Dr. Alias.



Julai tahun lalu, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said sendiri yang berkata, tawaran RM10,000 dibuat kerana kerajaan negeri khuatir kehadiran ikan naga akan menyebabkan spesies ikan kecil lain di Tasik Kenyir pupus.

''Ikan naga merupakan spesies ikan besar dikatakan berasal dari Sungai Amazon dan menjadikan ikan lain di dalam tasik sebagai makanan.

''Adalah dikhuatiri ikan ini akan membiak di Tasik Kenyir yang dibangunkan sebagai destinasi pelancongan utama di Terengganu,"kata Ahmad.

Manakala pada 18 April, Ahad, Ahmad mengumumkan tambahan habuan kepada mana-mana pemancing yang dpat menaikkan ikan tersebut.

"Saya juga ingin mengumumkan, sesiapa yang dapat menangkap ikan naga ini, hadiah wang tunai RM10,000 yang ditawarkan sebelum ini dinaikkan kepada RM20,000," kata Ahmad



www.buletinonline.net


1 comments:

Unknown said...

Kalau betul ada ikan naga di tasik kenyir,
habislah semua ikan di tasik kenyir jd makanan ikan naga tu.

Post a Comment

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates