Sunday, August 30, 2009

1 Malaysia : Hadiah Buat Rakyat Sempena Kemerdekaan 52



KUALA LUMPUR 31 Ogos - Harga bagi minyak jenis RON95 dan RON97 dijangka naik berkuat kuasa tengah malam ini.

Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter.

Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.00.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan itu pada petang ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa portal berita seperti Malaysia-instinct.com telah pun mula memaparkan mengenai peningkatan harga minyak itu sejak semalam.

- Utusan

Perutusan Hari Kemerdekaan Negara Ke-52 Presiden PAS






Tuesday, August 25, 2009

PRK N11 : Syabas Dan Tahniah Buat Calon PAS

Takbir !!! Allahuakbar !!!

Syabas dan Tahniah Dari Pemuda Batu Enam Buat YB Mohd Salleh Man


Mohd Salleh Man Parti Islam Semalaysia ( Pas ) 9618
Rohaizat Othman United Malay National Organisation ( Umno ) 5067

Majoriti : 4551

Thursday, August 20, 2009

" Ramadhan Karim "



Pemuda Batu Enam mengucapkan " Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak " kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat,

" Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Baik Dari Tahun-Tahun Sebelumnya "

1 Ramadhan 1430 Hijrah
22 Ogos 2009

PRK N11 : Lagi Pendedahan " Siapa Calon BN ? "


KUBANG SEMANG-20HB Ustaz Nasaruddin Tantawi bersama S/U KM Pulau Pinang Steven dan juga wakil DAPSY serta Ketua AMK Permatang Pauh Sdr Amir Ghazali, telah mengadakan satu sidang akhbar. Dalam sidang akhbar tersebut Ustaz Nasaruddin Tantawi memberi 3 perkara utama dan pendedahan yang agak mengejutkan semua pihak.


1. Pemuda Pakatan Rakyat menghantar satu seruan untuk mengadakan satu debat dengan isu pengkhianat negara dan menyediakan satu kawasan lapang di Permatang Tengah pada 23 hb 2009 malam. Menurut Ustaz Nasaruddin lagi, tujuan diadakan debat ini ialah untuk berhujah dengan pemuda Pakatan Rakyat iaitu "Siapa Pengkhianat Negara". Berhubung dakwaan Muhyiddin Yassin terhadap DSAI sebagai pengkhianat negara. Jika ada bukti dokumen mereka mesti berani berhujah, malah telah 7 kali dijemput agar hadir berhujah malah pemuda Umno tidak pernah menyahut, sama ada MCA atau MIC agar turun pada 23 hb jam 9.00 malam di Permatang Tengah.

2. Meyentuh isu polimek kononnya Tuan Guru Nik Aziz yang ekstrem berkaitan syurga dan neraka. Kenyataan yang diekplotasi dan menggunakan majlis fatwa tanpa memanggil beliau memberikan kenyataan sebenar apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan beliau tidak menyiarkan ucapan TG Nik Aziz tanpa gambar dan suara.

Tuan guru hanya menyebut dasar perjuangan umno yang tidak boleh masuk styurga, tetapi menyebut perbuatan seseorang yang mungkar. Misalnya ibubapa yang memberi didikan kepada anak. Jika umno mahu masuk syurga, jangan rasuah, menahan orang tanpa bicara, dan bukan menentukan siapa yang masuk syurga, tetapi mereka juga berhak perjungan mereka benar, kenapa Khairy Jamaluddin tidak berani menyahut dan benarkan perjuangan umno tidak bertentangan dengan syariat, kita minta ulama umno untuk berhujah dengan kita dan bersedia untuk berhujah dan bukan dengan kekerasan.


3. Isu yang besar ialah berkait dengan calon BN yang saya anggap seorang yang tidak layak untuk menjadi wakil kepada rakyat di Permatang Pasir. Selain dengan isu pecah amanah dan koperasi ,, ada satu perkara mengenai keperibadian beliau dimana beliau mempunyai seorang isteri yang dikahwininya pada 2005 pada peringkat awal hanya di daftarkan pada 2008 dan hanya menjadikan isteri beliau tetapi tidak diberikan nafkah yang adil. Menurut Ustaz Nasaruddin lagi, wanita tersebut yang dikenali rapat dengan keluarga beliau sebagai Fiza atau Hafizah dan berkali-kali menafikannya dan mengahwininya sejak tahun 2005 yang lalu , saya bukan menyentuh soal peribadi , tetapi isteri beliau disembunyikan, pergi dan datang ikut suka hati malah tidak diakui sebagai sisteri, malah isteri beliau menuntut dari Rohaizat agar mengakuinya dan kini berada di Pahang, kawasan Jengka, dan menurut Ustaz Nasaruddin Tantawi lagi, jika ini lah orangnya dan tidak berlaku adil dengan isteri, mana mungkin beliau akan dapat memimpin rakyat di kawasan Permatang Pasir dan bakal di beri mandat di kalangat rakyat."

"Kalau bersama isteri tidak berlaku adil, maka bagaimana beliau akan bertanggungjawab kepada rakyat dengan adil". Kita tahu dijabatan agama mana di daftarkan dan kita punya rekod mengenainya.

Menurut Ustaz Nasaruddin lagi Hafizah adalah kerani di pejabat Rohaizat."Hafizah ketua kerani di pejabat Rohaizat selama 8 tahun dan bekerja dengan Rohaizat, berkahwin tanpa diberitahu keluarga. Kita minta selesai dulu rumahtangga beliau baru selesai masalah rakyat," demikian jelas ustaz nasaruddin lagi.

muslimeen-united

Tuesday, August 18, 2009

PRK N11 : Gobala Atau Polis !!!

Yang biasa diulang-ulang di media TV......katanya " Biadap "



Yang tak pernah kita lihat di media TV..... yang ni nak kata " APA???? "




Nama : Y.B Gobalakrishnan
Parlimen : Padang Serai

Anda bagaimana...>???????

Monday, August 17, 2009

PRK N11 : Pemuda PAS adalah berani dan bersistematik



BUKIT MERTAJAM, 18 Ogos : Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasarudin Mat Isa merayu para Pemuda untuk memberikan tenaga mereka untuk meneruskan perjuangan Islam termasuklah dalam menjalankan kerja pilihan raya.

Beliau yang berucap dalam Program Ijtimak Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang baru-baru ini turut mengingatkan Pemuda mengenai kata-kata Rasulullah s.a.w; " Aku dibantu oleh golongan muda ketika orang tua menentang aku".


Setiap perkara dan usaha yang dilakukan merupakan satu ibadah dan dalam menjalankan tugas, adab dan akhlak Islam haruslah dijaga supaya Pemuda dapat menunjukkan bahawa Pemuda PAS adalah berani dan bersistematik.

Turut berucap dalam majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani.


Dalam ucapannya, beliau mengingatkan dalam menjalankan gerak kerja Islam, niat haruslah dibetulkan. Dalam musim pilihan raya yang sedang berlangsung ini, bukan PAS hanya mahukan kemenangan semata-maya tetapi yang lebih utama ialah untuk mendapat redha ALLAH.

Oleh itu, beliau berpesan supaya setiap diri jentera terutama anak muda jangan ada perasaan sombong, bongkak dan 'over-confident' dan belajar dari sirah yang lalu.Hubungan dengan ALLAH haruslah dijaga terutama dalam ibadah yang wajib.

Majlis kemudian diteruskan dengan pelancaran program Jom Usrah disamping penyerahan Kit Usrah kepada ketua-ketua Pemuda Kawasan oleh Ust. Nasrudin Tantawi.

prkn11penang

PRK N11 : Penempatan Petugas Pakatan Rakyat

Tempat agihan penempatan: Pusat Khidmat DUN N11 Pmtg Pasir
No Telefon : 04-3984226

1.UPU Sama Gagah:
Ketua: Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS)
Negeri Pembantu: Pahang & Sarawak
Kawasan Pembantu: Jelutong & Tanjung


2.UPU Permatang Ara:
Ketua: DS Azizan Abdul Razak (MB Kedah)
Negeri Pembantu: Kedah & Sabah
Kawasan Pembantu: Tasek Gelugor

3.UPU Permatang Pauh:
Ketua: DS Ir Nizar Jamaluddin (MP Bkt Gantang)
Negeri Pembantu: Perak
Kawasan Pembantu: Bayan Baru

4.UPU Bukit Indra Muda:
Ketua: Dato' Dr Hasan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor)
Negeri Pembantu: Selangor
Kawasan Pembantu: Balik Pulau & Bukit Bendera

5.UPU Kampung Pelet:
Ketua: Dr Mahfodz Mohamad (Pesuruhjaya PAS Johor)
Negeri Pembantu: Johor & Melaka
Kawasan Pembantu: Bagan & Bukit Gelugor

6.UPU Kubang Semang:
Ketua: Dato' Ustaz Ahmad Yaacob (Timb. MB Kelantan)
Negeri Pembantu: Kelantan
Kawasan Pembantu: Nibong Tebal

7.UPU Tanah Liat:
Ketua: Hj Mohamad Nor Mohamad
Negeri Pembantu: Wilayah Persekutuan & Perlis
Kawasan Pembantu: Batu Kawan

8.UPU Cross Street:
Ketua: Zulkifli Omar (Pesuruhjaya PAS N Sembilan)
Negeri Pembantu: Negeri Sembilan
Kawasan Pembantu: Bukit Mertajam

9.UPU Permatang Tengah:
Ketua: Dato' Ustaz Harun Taib (Ketua Dwn Ulamak PAS Pusat)
Negeri Pembantu: Terengganu
Kawasan Pembantu: Kepala Batas

Sunday, August 16, 2009

Prk N11: Perang Bermula



Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Calon BN ialah Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, manakala lawannya dari Pas ialah Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Salleh Man, 52.

Calon bebas, Kamarul Ramizu Idris bagaimanapun tidak dapat bertanding kerana tiba selepas waktu bantahan ditutup.

Pengesahan calon bertanding diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya, pada jam 11.25 pagi tadi.

Sebanyak 15 bantahan diterima dalam waktu bantahan selama sejam tetapi ditolak.

Kerusi DUN Permatang Pauh kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, dari Pas yang meninggal dunia pada 31 Julai lalu akibat sakit jantung.



greenboc.blogspot.com


Friday, August 14, 2009

Prk N11 : Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang calon PAS Permatang Pasir


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man dipilih sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Permatang Pasir.


Dengan pengumuman ini, beliau akan bertanding melawan calon BN, Rohaizad Otman, Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh.


Sehingga kini, Kamarul Ramizu, bekas calon bebas Penanti dan Bukit Gantang akan turut serta dalam pilihan raya kecil ini sebagai calon bebas.


Penamaan calon pilihan raya ini akan diadakan pada 17 Ogos ini manakala pilihan raya akan diadakan pada 24 Ogos.

www.harakahdaily.net

Penduduk Batu Burok Kini Boleh Mendapatkan Rawatan Segera


Dr Mohd Hatta Ramli menyempurnakan penyerahan ambulan kepada Pusat Khidmat Mayarakat DUN Batu
Buruk semalam


KUALA TERENGGANU – Penduduk sekitar Batu Burok kini boleh mendapatkan rawatan kecemasan dengan kadar segera apabila perkhidmatan ambulan bagi tujuan tersebut disediakan.

Kenderaan kecemasan tersebut telah diserahkan kepada pengurusan Pusat Khidmat DUN Batu Burok dalam satu majlis yang diadakan disini, semalam.

”Gunakanlah ia (ambulan) sebaik-baiknya, DUN Batu Burok amat bertuah kerana Parlimen saya pun tidak ada ambulan, walaupun ada pusat khidmat kesihatan”kata Dr Mohd Hatta Ramli selepas upacara penyerahannya semalam.

Dr. Syed Azman ketika ditemui berkata ambulan yang bernilai lebih RM100,000 itu adalah wakaf dari seorang penderma untuk digunakan oleh semua penduduk Batu Burok.

”Ia adalah sumbangan penderma yang mewakafkannya bagi kegunaan semua pihak terutamanya penduduk sekitar Batu Burok,

”saya tak pasti nilainya, tapi saya agak ia melebihi RM100,000,”kata Syed Azman.

www.buletinonline.net

Dalam Negeri : Demonstrasi peniaga tuntut janji kerajaan umno BN yang penipu

Wednesday, August 12, 2009

Pergi Tak Kembali

Asri Rabbani jatuh dan meninggal dunia



Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.

Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi.

"Saya tidak tahu apa puncanya,"katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. - mks.

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor

www.harakahdaily.net

Demo Lagi


Pak Samad usul demo anti-PPSMI


" Ya, memang cadangan asalnya dari mulut saya. Saya akan lontarkan saja, Kalau dituntut (berdemo) dan atas sebab-sebab yang munasabah dan luhur, apa salahnya."- Pak Samad

Datuk A Samad Said akan mengutarakan cadangan berdemonstrasi sekali lagi bagi mendesak pemansuhan serta-merta dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam satu mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) hujung minggu ini.

"Ya, memang cadangan asalnya dari mulut saya. Saya akan lontarkan saja," kata sasterawan negara itu kepada Malaysiakini petang ini.

"Kalau dituntut (berdemo) dan atas sebab-sebab yang munasabah dan luhur, apa salahnya."

Beliau, juga popular dengan panggilan Pak Samad, diminta menjelaskan cadangannya agar perhimpunan besar diadakan bagi kali kedua sebaik sahaja pengumuman Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin memansuhkan dasar itu mulai 2012 awal bulan lalu.

Pak Samad menambah, terpulanglah kepada ahli jawatankuasa GMP untuk memutuskannya kerana beliau hanya bertindak sebagai penasihat gabungan NGO dan parti pembangkang itu.

Ditanya tujuan mesyuarat itu diadakan, beliau berkata:

"Mesyuarat ini diadakan ekoran perkembangan baru PPSMI yang pada mulanya dikatakan akan dimansuhkan pada 2012, nampaknya mula ditarik-tarik (dilengahkan) ke 2014, atas alasan untuk menghabiskan apa yang telah dimulakan.

"Saya memang tidak berapa senang atas alasan itu."


Beliau juga berkata, jika kerajaan mahu, dasar itu boleh dimansuhkan dalam tempoh enam bulan sahaja, seperti mula-mula diperkenalkan pada 2003.

Pada 7 Mac lalu, A Samad dan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad mengetuai ribuan penunjuk perasaan bagi menyatakan bantahan mereka terhadap dasar itu.

Walaupun dilarang polis, dengan berpakaian putih, penunjuk perasaan berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong.

Pada hari PPSMI diumumkan bakal dimansuhkan mulai 2012, sasterawan negara itu mencadangkan satu lagi demonstrasi diadakan keputusan disifatkannya "bukan memansuhkan terus PPSMI tetapi menangguhkan PPSMI."

Beliau dipetik berkata "demonstrasi jalan raya perlu diadakan sekali lagi tanda komitmen seluruh rakyat membantah PPSMI dan mendesak kerajaan segera memansuhkannya."

"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam Dewan Rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," A Samad dilaporkan berkata dalam satu wawancara.

www.malaysiakini.com

Tuesday, August 11, 2009

Kadar Kematian H1N1 Di Malaysia Luar Biasa – Dr Alias Razak


"Kerajaan Di Gesa Bertindak Lebih Seri
us"

peta dunia yang telah dijangkiti H1N1 menurut Organisasi Kesihatan Sedunia - WHO

KUALA NERUS – PAS rasa cukup tidak puas hati dengan tindakan kerajaan menangani masalah selsema babi yang kini sudah menjadi satu jangkitan yang cukup merbahaya.

PAS juga memberi ingatan kepada seluruh rakyat Malaysia, selsema babi (H1N1) kini sudah mencapai tahap yang cukup merbahaya.


“Hari ini (semalam) enam orang mati dan (keseluruhannnya) di Malaysia sudah 41 kematian, kadar biasa dunia (dalam) 1000 kes (pengidap), seorang mati,


”tapi di Malaysia (luar biasa) kes tak sampai 2000, sudah 41 orang mati,” kata Dr. Alias Razak, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal,

ketika menyampaikan ucapannya dalam majlis penerangan di Bukit Tunggal, dekat sini, semalam.

Dengan kadar itu, katanya, ia adalah satu kadar kematian yang sangat tinggi dan sangat merbahaya, melebihi wabak demam denggi.

Beliau yang juga seorang doktor perubatan berkata, sehingga hari ini, belum lagi ditemui ubat yang mujarab yang benar-benar dapat membunuh virus tersebut, manakala vaksin untuk mencegah jangkitan virus selsema babi ini juga belum ditemui.

Dr. Alias, marah...geram...dan tak puas hati... dengan cara kerajaan menangani H1N1

Menurutnya, virus H1N1 adalah gabungan tiga jenis virus iaitu virus selsema burung, selsema manusia dan selsema babi.

”Ini selsema burung campur dengan selsema babi pada manusia, campur dengan flu pada babi, ia sudah bercampur dalam babi, bila menjangkit kepada manusia boleh menyebabkan kematian,

”babi tempat prosesnya, tempat percampuran macam mangkuk memasak, (kini) berjangkit antara manusia dengan manusia, (dan) jadi bahaya sekarang ialah ia berjangkit bukan melalui makanan, tetapi melalui udara,”jelasnya.

Katanya, kanak-kanak dan mereka yang kurang imuniti adalah golongan yang berisiko menyebabkan kematian, namun tidak ada sebarang jaminan selamat, walaupun kepada orang-orang yang sihat.

Jelasnya, kematian akibat serangan selsema babi ini adalah kerana serangan sesak nafas dan paru-paru berair.

Oleh yang demikian, beliau menasihatkan supaya mereka yang mengalami demam atau selsema biasa mendapat rawatan segera, kerana menurutnya ubat selsema babi yang ada masakini sudah tidak memberikan sebarang kesan, sekiranya seseorang itu telah diserang selama empat hari.

Dalam pada itu, beliau kesal dengan sikap dan tindakan yang diambil oleh kerajaan yang sambil lewa menangani wabak selsema babi.

Katanya, sejak peringkat awal, kerajaan tidak meletakkan kawalan maksima menyebabkan virus yang berasal dari Amerika Selatan itu merebak ke Negara ini.

”Yang malangnya kita melihat pada hari ini, kerajaan tidak bersungguh atas perkara ini, tidak ada kesungguhan pada peringkat awal lagi,

”ini yang kita rasa cukup geram, marah dan tidak puas hati, ke (atau) kena buat demonstrasi nak tunjuk tidak puas hati kerana H1N1 pula, baru kerajaan nak bersungguh,”katanya

Menurutnya peringkat awal Negara kita adalah bebas dari selsema ini kerana Negara kita bukanlah Negara yang asal dimana wabak ini berlaku.

Katanya, selsema babi ini bermula di Mexico, menjangkit ke Amerika dan Eropah

”Tetapi kerajaan ketika itu mengambil sikap tidak apa, kesilapan pemimpin peringkat awal yang menyebabkan kita menghadapi masalah seperti yang dihadapi pada hari ini,”tegasnya.

Katanya, antara Negara yang berjaya mengawal penularan wabak selsema burung adalah Negara Arab Saudi, dimana kerajaan itu telah menggunakan kuasanya secara maksima, dengan mengurung (kuarantin) mereka-mereka yang disyakki mengidap selsema babi selama tujuh hari
.



www.buletinonline.net

Sunday, August 9, 2009

PRK N11 : P'raya Kecil Pmtg Pasir Bulan Puasa



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Pilihanraya kecil kelapan ini diadakan ekoran kematian ADUN tunggal di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir adalah satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.

Awak Ramadhan dijangka jatuhnya pada 21 Ogos.

Bercakap dalam sidang akhbar pagi ini, Pengerusi SPR Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan kerusi DUN Pematang Pasir kosong, berkuatakuasa 1 0gos lalu.

Berikutan itu, katanya, SPR melantik pegawai daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil tersebut.

Abdul Aziz berkata, senarai pemilih induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 yang telah dikemaskini sehingga 31 Julai 2009, akan digunakan dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

DUN ini mempunyai 20,290 pemimilih berdaftar yang terdiri daripada 20,289 pemilih biasa dan seorang pemilih pos.

Abdul Aziz berkata, SPR akan menggunakan Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam sebagai pusat penamaan calon dan penjumlahan undi.

Terdapat lapan pusat mengundikan disediakan melibatkan 39 saluran. Daftar pemilih akan mula dijual pada 14 Ogos, tambahnya.

Menurut Abdul Aziz, keputusan dijangka dapat diumumkan pada jam 8 malam.

"Tepat 8 malam SPR akan umumkan keputusan walaupun calon yang menang tidak hadir.

"Apabila keputusan sudah muktamad ia boleh diumumkan. Kita tidak mahu lewat," katanya Abdul Aziz.

www.malaysiakini.com

Rayuan Derma Untuk Mangsa Kebakaran


Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
" Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Surah al-Baqarah:261)

Ustaz Zakaria ketika melawat tempat kebakaran

SEBERANG TAKIR:
Sebuah rumah di Taman Perumahan Telaga Daing dekat sini musnah dalam satu kebakaran yang berlaku pada pagi kelmarin. Kerugian dianggarkan RM100,000.

Rumah pusaka yang didiami oleh Sharifah Azura Syed Sobian bersama suami dan dua anak yang masih kecil musnah sama sekali menyebabkan beliau sekeluarga tinggal sehelai sepinggang dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 9 pagi itu.

Pihak PAS Kawasan Kuala Nerus dan Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir telah turun menziarahi mangsa kebakaran itu dan menyampaikan sumbangan berupa wang, pakaian dan makanan. Selain itu MTD Seberang Takir telah berusaha untuk mendapatkan rumah bagi penempatan sementara keluarga mangsa. PAS Cawangan Telaga Daing dan PAS Cawangan Teluk Ketapang melalui Jawatankuasa Muslimat juga turut membantu menyediakan masakan bagi keluarga malang itu.

Antara pemimpin PAS yang menziarahi mangsa ialah Cikgu M. Shukrimun Shamsudin, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus; Ustaz Ridzuan Hashim, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Zakaria Dagang, Ketua Penerangan PAS Kawasan dan Syed Ibrahim Syed Hussin, Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan. Turut sama dalam lawatan itu ialah anggota jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan, Dewan Muslimat PAS Kawasan dan MTD Seberang Takir.


Zakaria yang juga Pengarah MTD Seberang Takir menyeru kepada semua pihak untuk turut sama menyumbang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa kebakaran itu.


Beliau memohon supaya sumbangan-sumbangan berkenaan dapat dikumpulkan melalui MTD atau Badan Amal dan Kebajikan Islam Seberang Takir (BALKIS) bagi disalurkan kepada mangsa berkenaan.


Sumbangan bolehlah disampaikan kepada:


Bendahari MTD Seberang Takir

d/a Pusat Tarbiyah Islamiyyah

Kg Duyung Jalan Lapangan Terbang

Seberang Takir

21300 Kuala Terengganu

Telefon: 012-9831183 (Mohd Nordin Mahmood)

Akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad: 1301 0003 5817 10

atas nama ZAKARIA DAGANG / PAUZAI HUSAIN / MOHD NORDIN MAHMOOD


atau kepada:


Bendahari BALKIS

d/a Pusat Tarbiyah Islamiyyah

Kg Duyung Jalan Lapangan Terbang

Seberang Takir

21300 Kuala Terengganu

Telefon: 013-9344929 (Mohd Azmi Tahir)

http://ibnugharib.blogspot.com

Saturday, August 8, 2009

Kejohanan Futsal Piala Mudir 09

Friday, August 7, 2009

Pemuda Bersamamu " Majlis Makan Pagi Bersama Timb. Presiden "


" Orang Muda Geng Kite "

Majlis makan pagi bersama Al-Fadhil Ustaz Nasaruddin Mat Isa ( Timb. Presiden PAS ).
Dari kiri : Hj. Tuan Chik Tuan Muda ( S.U Pas Kaw. K. Nerus ), YB Dr Hj. Alias Razak ( YB DUN Bukit Tunggal ), Cikgu M Shukrimun Shamsudin ( Timb. YDP K. Nerus ), YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa ( Timb. Presiden PAS ), Ustaz Ridhuan Hashim ( Ketua Pemuda K. Nerus )

Majlis dimulakan dengan sarapan pagi, Orang ramai memenuhi setiap ruang yang ada


" Orang Muda, Geng Kite " Pemuda dari Batu Enam sedang menikmati hidangan

Majlis diteruskan lagi dengan " Dialog Bersama Timb. Presiden ". Ucapan aluan disampaikan Ustaz Ridhuan Hashim ( Ketua Pemuda Kuala Nerus ). " Ucapan jazakallah kepada Al-Fadhil kepada Timb. Presiden, semua pimpinan peringkat kaw. dan sahabat-sahabat dermawan sekalian. Kita hadir bukan sebarang hadir, tetapi kita hadir dengan memberi sumbangan kita untuk perjuangan. Semoga kita mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat"

Al-Fadhil Ustaz Nasaruddin menyampaikan ucapannya. Banyak isu-isu yang di sentuh untuk tatapan hadirin terutamanya berkenaan isu penjualan arak bagi negeri Selangor dan pergolakan politik Terengganu sendiri. " Tiada seorang pun patut dari kita bagi alasan tiada kerja perjuangan untuk dilakukan, kita perlulah bersiap sedia setiap masa "

Al-Fadhil Y.B Ustaz Nasaruddin Mat Isa ( Timbalan Presiden PAS / Parlimen Bachok )


Turut menyerikan lagi majlis dengan sebuah nasyid yang disampaikan oleh Nazri Johani ( ex-Raihan ). Tunggukan aksi beliau pada malam ini bersama Azhan Atan dan ex-Gitaris kumpulan Visa di padang bola Batu Enam 08 08 2009 jam 9.30 malam

Nazri Johani ( ex-Raihan )

Majlis di akhiri dengan pembahagian cenderamata oleh Ketua Pemuda PAS kawasan Kuala Nerus Ustaz Ridhuan Hashim.

Kenangan bersama Timbalan Presiden PAS

Pelancaran " Alternative Riding Club " A.R.C Peringkat Kawasan Kuala Nerus


" Orang Muda Geng Kite "


Pelancaran Kelab Penunggang Altenatif ( A.R.C ) Peringkat Kaw. Kuala Nerus bersempena program " Pemuda Bersamamu "

Dirasmikan Oleh Ustaz Ridhuan Hashim ( Ketua Pemuda Kuala Nerus )


Peserta dari DUN Bukit Tunggal Berkumpul Di Pejabat DUN sebelum berarak ke destinasi

Ustaz Adam Ismail ( Ketua Pemuda DUN Bukit Tunggal ) membacakan doa sebelum berlepas

Walaupun dalam suasana hujan, penyertaan sangat menggalakkan..Jazakallah kepada semua peserta dari DUN Bukit Tunggal

Empat DUN dari kawasan Kuala Nerus berkumpul di padang bola Batu Enam. Alhamdulillah penyertaan dari keempat-empat DUN sangat memberansangkan walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. SYABAS dan TAHNIAH...

Peserta mendaftarkan diri untuk menjadi ahli kelab A.R.C

Insy'Allah kita akan berjumpa lagi di litar Sepang nanti.

Thursday, August 6, 2009

Jom Bersama Pemuda " orang muda geng kite "



Khamis 07 08 2009

Kejohanan futsal Peringkat Kawasan Kuala Nerus
9.00 malam
Padang Futsal Tok Jembal
..................................................................................
Jumaat 08 08 2009

Gotong Royong & Edaran Risalah
8.00 Pagi
Sekitar Pasar Batu Enam

Khutbah Jumaat & Kempen Jom Sertai PAS
Di Masjid Terpilih

Pelancaran Kelab Penunggang Altenatif ( A.R.C )
Peringkat Kawasan Kuala Nerus
2.30 Petang
padang Bola Batu Enam

Ceramah Perdana
* Y.Bhg Ust. Azman Syafawi Abdul Ghani : Timb. Ketua Pemuda Pusat
* Y.B V Sivakumar : Speaker Perak
* Y.Bhg. Kapt. (B) Dato' Abu Zahar Hashim
* Y.Bhg Ust. Ridhuan Hashim : Ketua Pemuda Kaw. K Nerus
9.30 Malam
Padang Bola Batu Enam
........................................................................
Sabtu 09 08 2009

Sarapan Pagi Bersama
* Y.B Ust. Nasaruddin Mat Isa : Timb. Presiden PAS
9.00 pagi
BB Seafood Garden, Gong Badak

Motivasi Pelajar
2.30 Petang
Surau Dar At-Taqwa Batu Enam

Pemuda Bersamamu
* Ziarah Pemuda Di Dun-Dun
* Agihan Sumbangan
Dun Tepoh, Bukit Tunggal, Teluk Pasu, Seberang Takir

Konsert Hiburan Altenatif
* Nazrey Johani ( ex-Raihan )
* Azhan Atan ( Juara Akademi Nasyid )
* Zulkarnaen ( Bekas gitaris Visa )
9.30 Malam
Padang Bola Batu Enam

Bersama-sama Kita Memeriahkan......

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates