Friday, August 14, 2009

Penduduk Batu Burok Kini Boleh Mendapatkan Rawatan Segera


Dr Mohd Hatta Ramli menyempurnakan penyerahan ambulan kepada Pusat Khidmat Mayarakat DUN Batu
Buruk semalam


KUALA TERENGGANU – Penduduk sekitar Batu Burok kini boleh mendapatkan rawatan kecemasan dengan kadar segera apabila perkhidmatan ambulan bagi tujuan tersebut disediakan.

Kenderaan kecemasan tersebut telah diserahkan kepada pengurusan Pusat Khidmat DUN Batu Burok dalam satu majlis yang diadakan disini, semalam.

”Gunakanlah ia (ambulan) sebaik-baiknya, DUN Batu Burok amat bertuah kerana Parlimen saya pun tidak ada ambulan, walaupun ada pusat khidmat kesihatan”kata Dr Mohd Hatta Ramli selepas upacara penyerahannya semalam.

Dr. Syed Azman ketika ditemui berkata ambulan yang bernilai lebih RM100,000 itu adalah wakaf dari seorang penderma untuk digunakan oleh semua penduduk Batu Burok.

”Ia adalah sumbangan penderma yang mewakafkannya bagi kegunaan semua pihak terutamanya penduduk sekitar Batu Burok,

”saya tak pasti nilainya, tapi saya agak ia melebihi RM100,000,”kata Syed Azman.

www.buletinonline.net

0 comments:

Post a Comment

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates