Monday, August 17, 2009

PRK N11 : Pemuda PAS adalah berani dan bersistematik



BUKIT MERTAJAM, 18 Ogos : Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasarudin Mat Isa merayu para Pemuda untuk memberikan tenaga mereka untuk meneruskan perjuangan Islam termasuklah dalam menjalankan kerja pilihan raya.

Beliau yang berucap dalam Program Ijtimak Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang baru-baru ini turut mengingatkan Pemuda mengenai kata-kata Rasulullah s.a.w; " Aku dibantu oleh golongan muda ketika orang tua menentang aku".


Setiap perkara dan usaha yang dilakukan merupakan satu ibadah dan dalam menjalankan tugas, adab dan akhlak Islam haruslah dijaga supaya Pemuda dapat menunjukkan bahawa Pemuda PAS adalah berani dan bersistematik.

Turut berucap dalam majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani.


Dalam ucapannya, beliau mengingatkan dalam menjalankan gerak kerja Islam, niat haruslah dibetulkan. Dalam musim pilihan raya yang sedang berlangsung ini, bukan PAS hanya mahukan kemenangan semata-maya tetapi yang lebih utama ialah untuk mendapat redha ALLAH.

Oleh itu, beliau berpesan supaya setiap diri jentera terutama anak muda jangan ada perasaan sombong, bongkak dan 'over-confident' dan belajar dari sirah yang lalu.Hubungan dengan ALLAH haruslah dijaga terutama dalam ibadah yang wajib.

Majlis kemudian diteruskan dengan pelancaran program Jom Usrah disamping penyerahan Kit Usrah kepada ketua-ketua Pemuda Kawasan oleh Ust. Nasrudin Tantawi.

prkn11penang

0 comments:

Post a Comment

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates