Friday, April 16, 2010

Berbadan Besar Tidak Menjadi Alasan


Profesor "Gemuk" Tangkap Perompak Bank


KOMENICH yang berbadan besar memeluk kuat perompak selepas dia merompak sebuah bank.


LOS ANGELES - Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS), Victor Anthony Fernandes gagal merompak sebuah bank di San Jose, California pada Isnin lalu apabila percubaannya digagalkan oleh seorang profesor yang berbadan besar, lapor sebuah akhbar semalam.


Kejadian berlaku semasa penjenayah berusia 45 tahun itu mengugut seorang juruwang bank tersebut sambil diperhatikan profesor berkenaan, Kim Komenich yang mempunyai berat badan 120 kilogram berdiri di belakangnya.


Pada mulanya, Fernandes berbual dengan juruwang itu sebelum meninggi suara: "Berikan saya wang."


Namun, belum sempat dia meninggalkan bank, profesor itu memeluk kuat badan perompak tersebut dari belakang tubuhnya menyebabkan dia gagal bergerak.


Profesor itu yang merupakan bekas jurugambar akhbar San Francisco Chronicle dan kini mengajar di Universiti San Jose State memeluk kuat perompak berkenaan lima minit sebelum polis tiba.


Polis turut menahan dua lagi rakan perompak itu.


Pada 1987, profesor itu memenangi hadiah berprestij kewartawanan AS, Pulitzer ekoran liputannya mengenai revolusi kuasa rakyat Filipina sehingga menyebabkan penyingkiran Ferdinand Marcos sebagai Presiden. - Agensi


www.kosmo.com.my


0 comments:

Post a Comment

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates