Sunday, October 4, 2009

Ketua Pemuda Cawangan Batu enam Kemalangan

Ketua Pemuda Cawangan Batu Enam, Nasruddin cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan di kilometer 31 Gambang - Muadzam 5 hari yang lepas.

Dalam Kemalangan kira-kira jam 1.50 pagi itu, Nasruddin bersama seorang rakannya Adnan Alias ( AJK Pemuda ) sedang dalam perjalanan menuju ke Batu Pahat, Johor dalam urusan bisnes.

Setiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandunya terbabas jatuh dari kaki lima jalan selepas mengelak dari sebuah lori yang bertentangan yang tiba-tiba masuk kearah jalannya. Kenderaan yang dipandunya tiba-tiba melayang selapas cuba untuk memperbetulkan kembali kenderaan beliua lalu merempuh sebuah lori yang berhenti ditepi jalan. Kenderaan turut mengalami sedikit kebakaran di hadapan.

" Alhamdulillah, saya dalam keadaan setabil. saya masih ingat satu persatu dalam kejadian hari itu. Perkara yang paling saya ingati, kereta tiba-tiba terbang lalu merempuh sebuah lori yang parking di sebelah jalan sana, apabila kereta berhenti dari berpusing, naik api dengan marak. Alhamdulillah saya dan rakan dapat keluar dengan cepat. Saya sangat-sangat bersyukur kepada Allah. Terima kasih kepada mana-mana individu yang membantu saya. " Nasruddin

Nasruddin yang dibawa ke klinik Kesihatan Gambang turut mengalami kecederaan ringan di bahagian badan. Manakala rakannya turut mengalami sedikit kecederaan.

Keadaan kereta. boleh tahan jugak.. apa-apa pun Alhamdulillah,semuanya selamat

0 comments:

Post a Comment

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates