Sunday, October 4, 2009

Bencana Alam


Pemuda PAS lancar tabung bantuan mangsa gempa


Lajnah Antarabangsa, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) melahirkan rasa simpati ke atas bencana yang berlaku di Sumatera, Indonesia.

Menurut Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad, pihak DPPP turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga kepada mangsa kejadian gempa dan tsunami tersebut.

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh oleh DPPP daripada Kedutaan Indonesia, jumlah korban dijangka mencecah hampir 1000 orang keseluruhannya. Gegaran yang berlaku di Sumatera itu turut dirasai di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia.

"Atas dasar keprihatinan ini, DPPP komited untuk menghulurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa kejadian gempa dan tsunami tersebut,"jelasnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tambahnya,berdasarkan semangat serumpun Malaysia-Indonesia, DPPP turut menyeru rakyat Malaysia untuk meringankan bebanan rakyat Sumatera yang terlibat di dalam kejadian yang tidak diingini itu.

"Maka, dengan ini DPPP melancarkan 'Tabung Bencana Alam Keprihatinan Sumatera' bagi membantu mendapatkan sumbangan daripada rakyat Malaysia untuk disalurkan ke sana.

"Justeru, sebarang sumbangan daripada rakyat Malaysia yang prihatin, bolehlah disalurkan ke akaun MICFF DPP PUSAT, AKAUN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bernombor 14014010026320,"katanya. _

Permandangan Kampung Di Pariaman yang Ditelan Bumi







Lebih Daripada 600 penduduk Kampung Tertimbus




Add Image


Mayat-Mayat Dibawah Runtuhan















0 comments:

Post a Comment

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates