Saturday, December 19, 2009

Aduhai Kampungku....

Inilah Kualiti Gerai MBKT - SPRM kena check ....

Assalamualaikum.....
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) dengan ini memohon SPRM untuk turun dan memeriksa kualiti gerai-gerai yang dibina di Pekan Batu 6. Ada beberapa perkara yang perlu ditekankan oleh MBKT iaitu ;

1. Bagaimana kelulusan pembinaan gerai bernilai hampir RM 1.3 juta ini boleh diluluskan, sedangkan kawasan yang dibina adalah kawasan yang termasuk dalam perancangan Pembangunan yang dijangkan akan dilaksanakan pada tahun 2012(kalau tak silap). Dim mkana kawasan tersebut termasuk di dalam rezef (simpanan) jalan. Berbalaoikan pembinaan menelan kos RM 1.3 juta hanya akan digunakan selama 3 tahun sahaja? Sedangkan Draf Pembangunan Batu 6-Tepoh adalah perancangan MBKT sendiri ....

2. Kualiti banggunan yang dibina sangat mendukacitakan. Kerana arahan untuk penyerahan perlu dilakukan segera kerana "date due' dah "expired", kualiti kaki lima sangat teruk.... dibina tidak mengikuti spek yang sepatutnya..... (lihat gambar)

3. Bagaimana gerai boleh dibina sedangkan SYARAT UTAMA pembinaan mestilah 10 kaki di hadapan dan belakang..... Bagaimana pula para pelanggan boleh parking kenderaan meraka ??? lihat keadaan gambar......



Gambar kaki 5 gerai. Simen hanya dibuat dilapisan atas sahaja. Di bahagian bawah hanya dimasukkan pasir sahaja.... Kalau ketuk.... boleh pecah..... Sepatutnya, dibahagian kaki 5, bancuhan simen dan pasir mestilah dilakukan dengan baik......Nak jimat Kos ke ???




Longkang yang dibina .... sudahlah senget, tohor bahkan dah pecah sebelum digunakan lagi.....



Saluran Air dari atas dah pecah dah.....



Bahagian atas (bumbung) simen yang dah berlubang2.... Apa cerita ni.....


Bahagian Hadapan Gerai..... di mana kereta boleh di parking....? Macamana pelanggan nak membeli..... Ini boleh menyebabkan kesesakan juga kemalangan.... AP cerita ni MBKT..... takkan tak reti nak buat.... JKR lulus ke projek ni ???




Mana bahagian rezef parking depan Si Manja. Semua ini menimbulkan kesesakan lalulintas dan kesukaran parking kepada pelanggan..... APa MBKT ingat pelanggan tak perlu parking kereta untuk membeli ke.... AKta Perumahan lepas ke ni ????

http://mampat.blogspot.com

Tuesday, December 15, 2009

Syabas Malaysia..

Malaysia 3 .... Laos 1



Malaysia menempah tiket ke perlawanan Akhir apabila berjaya menewaskan tuan rumah Laos 3 – 1.Pada perlawanan akhir nanti Malaysia akan bertemu dengan Vietnam bagi menentukan pingat Emas dan Perak .

http://pinkturtle2.wordpress.com

Saturday, December 12, 2009

Al-Fatihah


TAKZIAH : PAS Cwgn Taman Permint Makmur Kehilangan Timbalan Ketua Cawangan


Takziah kepada PAS Cawangan Taman Permint Makmur kerana kehilangan Timbalan Ketua Cawangan yang kembali kerahmatullah pada 12 Disember 2009. Pemergian saudara Solahuddin atau lebih dikenali sebagai Pok Din Kapal sangat2 dirasai kerana sumbangan beliau kepada PAS Cawangan. Pok DIng kena 'angin' pada hari Rabu yang lalu dan mengakhirkan hayatnya pada kira-kira jam 2.20 pagi hari Ahad....

Jasa dan bakti beliau kepada PAS Cawangan Taman Permint Makmur dan Surau Wakaf Tembusu sangat2 besar dan tidak mampu dinyatakan...semoga segala jasa2 baktinya dan kebajikan yang dilakukannya membolehkan ALLAH menempatkan beliau bersama para solehin..... amin....


Gambar terakhir Pok Din sedang menakir tulang lembu korban semasa majlis meraikan mangsa Banjir... Semoga amal bakti Pok Din membantu beliau di alam sana... amin....
Sapa pulak akan menggantikan beliau nanti agaknya? Semoga patah tumbuh hilang berganti....... amin.....


http://tepoh-kebajikan.blogspot.com

Thursday, December 10, 2009

" Orang Mude, Geng Kite "

Majlis Makan Malam Pemuda Batu Enam
Sempena perayaan Eidul Adha

Majlis bermula jam 9.30 malam disempurnakan oleh Y.B Dr. Hj. Alias Razak ( ADUN Bukit Tunggal ) dihadiri lebih 200 orang pemuda dari cawangan Batu Enam dan kawasan sekitarnya.

Persiapan awal, semua tugas diusahakan oleh pemuda sendiri

Persiapan memasak

Antara pelapis masa depan pemuda islam

Memotong daging... Sumbangan orang ramai dari daging korban. dalam lingkungan 60 Kilo daging dapat dikumpulkan.


Satu kawah sop untuk dihidangkan kepada PEMUDA

Pembuka bicara daripada Pengerusi PAS Cawangan Batu Enam
Sdr. Hj. Mustafa Ismail

Ucapan nasihat antara penggerak penting masyarakat Batu Enam
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Rakim An-Nuria

Kata-kata rangsangan daripada Ketua Pemuda DUN Bukit Tunggal
Al-Fadhil Ustaz Adam Ismail

Ucapan nasihat daripada wakil PAS Kawasan Kuala Nerus
Sdr. Hj. Harun Salleh

Ucap utama majlis. Y.B Dr. Hj. Alias Razak

Y.B Dr. Haji Alias Bin Razak
DUN Bukit Tunggal

" Orang Muda Geng Kite "

Selamat menjamu selera
Sop + Roti = Powerrr :)


Tengok motor aku...!! macam-macam ada.. Biasa lah adengan khianat sama-sama pemuda ni.

* Ok, Insya'Allah kita jmpa lagi untuk program akan datang.

* Jangan lupa 18&19-12-2009 " Kem Ibadah " & 25 - 12 - 2009 " Kejohanan Bola Sepak " sempena cuti sekolah.

* Kepada semua tenaga-tenaga penting samada remaja & pemuda, teruskan bersama dengan kerja-kerja jihad ini. Moga-moga kalian mendapat keredhaan dan kejayaan daripada Allah Ta'ala.

Saturday, December 5, 2009

Takut Ke Tidak .... sakit Ke Tak ....


Sekitar Majlis " JAWI" DUN Bukit Tunggal



video : www.buletinonline.net

Tuesday, December 1, 2009

Hujan Pantai Timur : Amaran Berjaga-Jaga


Bah Gelombang Ketiga Mula Melanda
http://buletinonline.net

Amaran Angin Kencang, Ombak Besar Di Perairan Terengganu
www.sinarharian.com.my



Jadual keaadaan cuaca dalam tempoh seminggu yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi menjangkakan, keadaan hujan turun pada setiap hari walaupun tidak pada setiap masa.




Kenyataan Rasmi Presiden PAS


TINDAKAN NIK AZIZ GAMBARKAN IKHLAS JIWA BESAR
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Keputusan yang diambil oleh Tok Guru Mursyidul Am PAS dengan meminta menantu beliau Ir. Abdul Ariffahmi Abd Rahman untuk meletakkan jawatan dari kedudukan sebagai CEO PMBK adalah jelas merupakan satu tanda keikhlasan dan jiwa besar yang ditunjukkan oleh Tok Guru yang bersedia menerima keputusan parti.

Sifat berjiwa besar ini juga ditunjukkan oleh seluruh ahli keluarga beliau yang bersabar dengan ujian yang dan ini sangat berbeza dengan konsep kronisme yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang tidak boleh dirombak dan dirungkaikan.

Kita juga berhadapan dengan undang-undang manusia yang seringkali menjatuhkan hukuman dengan tidak adil – iaitu hukuman telah dijatuhkan sebelum maklumat sepenuhnya diperolehi dari sumber yang amanah dan benar.

Benarlah keadaan yang digambarkan oleh Rasulullah saw “Akan berlaku di akhir zaman keadaan yang celaru, orang amanah dikatakan khianat, orang khianat dikatakan amanah, orang benar dikatakan bohong dan orang bohong dikatakan benar”.

Kita dapati Tok Guru selaku Pengerusi PMBK telah menjalankan pelantikan yang ikhlas.

Apa yang kurangnya ialah mereka yang bertugas di sekeliling yang tidak memberi nasihat perundangan dan politik yang betul kepada Tok Guru.

Kita dapati bahawa selama 19 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, Tok Guru selaku Menteri Besar dan ahli keluarganya tidak pernah mengambil peluang dari jawatan yang diamanahkan ini.

Seluruh ahli PAS menjunjung tinggi keikhlasan Tok Guru dalam menjalankan amanah yang sangat besar dan berat ini.

Kita juga sangat hairan dengan sikap orang yang menyerang Tok Guru ini kerana mereka berdiam diri pula dengan membiarkan kesalahan dan ketidakadilan terhadap rakyat yang dilakukan oleh para pimpinan UMNO dan BN sewenang-wenangnya.

Kita berharap agar Tok Guru dan keluarga bersabar dengan ujian masyarakat yang tidak memahami keadaan sebenar yang berlaku.

Kita mengharapkan agar mereka yang suka menyebarkan api kebencian agar segera bertaubat kerana sabda Rasulullah saw “Barangsiapa yang bermusuh dengan orang-orang yang mentaati perintahku maka aku mengisytiharkan kemurkaan yang sekeras-kerasnya”.

Saya juga menyeru seluruh ahli PAS agar berbangga dengan keputusan Tok Guru beserta ahli keluarganya yang bersedia menerima keputusan parti, dan marilah kita bersama-sama dengan Tok Guru dalam menghadapi ujian fitnah media yang tidak putus-putus dan cubaan musuh untuk meletakkan kerajaan PAS di Kelantan dalam keadaan tidak tenteram.

Marilah kita sama-sama mempertahankan kerajaan yang telah dibina di atas dasar amanah Allah ini dengan seluruh tenaga yang kita ada.

Presiden PAS
Abdul Hadi Awang

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates