Saturday, December 19, 2009

Aduhai Kampungku....

Inilah Kualiti Gerai MBKT - SPRM kena check ....

Assalamualaikum.....
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) dengan ini memohon SPRM untuk turun dan memeriksa kualiti gerai-gerai yang dibina di Pekan Batu 6. Ada beberapa perkara yang perlu ditekankan oleh MBKT iaitu ;

1. Bagaimana kelulusan pembinaan gerai bernilai hampir RM 1.3 juta ini boleh diluluskan, sedangkan kawasan yang dibina adalah kawasan yang termasuk dalam perancangan Pembangunan yang dijangkan akan dilaksanakan pada tahun 2012(kalau tak silap). Dim mkana kawasan tersebut termasuk di dalam rezef (simpanan) jalan. Berbalaoikan pembinaan menelan kos RM 1.3 juta hanya akan digunakan selama 3 tahun sahaja? Sedangkan Draf Pembangunan Batu 6-Tepoh adalah perancangan MBKT sendiri ....

2. Kualiti banggunan yang dibina sangat mendukacitakan. Kerana arahan untuk penyerahan perlu dilakukan segera kerana "date due' dah "expired", kualiti kaki lima sangat teruk.... dibina tidak mengikuti spek yang sepatutnya..... (lihat gambar)

3. Bagaimana gerai boleh dibina sedangkan SYARAT UTAMA pembinaan mestilah 10 kaki di hadapan dan belakang..... Bagaimana pula para pelanggan boleh parking kenderaan meraka ??? lihat keadaan gambar......



Gambar kaki 5 gerai. Simen hanya dibuat dilapisan atas sahaja. Di bahagian bawah hanya dimasukkan pasir sahaja.... Kalau ketuk.... boleh pecah..... Sepatutnya, dibahagian kaki 5, bancuhan simen dan pasir mestilah dilakukan dengan baik......Nak jimat Kos ke ???




Longkang yang dibina .... sudahlah senget, tohor bahkan dah pecah sebelum digunakan lagi.....



Saluran Air dari atas dah pecah dah.....



Bahagian atas (bumbung) simen yang dah berlubang2.... Apa cerita ni.....


Bahagian Hadapan Gerai..... di mana kereta boleh di parking....? Macamana pelanggan nak membeli..... Ini boleh menyebabkan kesesakan juga kemalangan.... AP cerita ni MBKT..... takkan tak reti nak buat.... JKR lulus ke projek ni ???




Mana bahagian rezef parking depan Si Manja. Semua ini menimbulkan kesesakan lalulintas dan kesukaran parking kepada pelanggan..... APa MBKT ingat pelanggan tak perlu parking kereta untuk membeli ke.... AKta Perumahan lepas ke ni ????

http://mampat.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates