Friday, January 1, 2010

Misbah Bersalam Dengan Nyonya..???

Jawapan Kepada Pencacai...

Gambar ini keluar dalam sebuah laman, kononnya saya bersalam dengan perempuan yang bukan muhrim. Timbul persepsi pimpinan PAS boleh menghalalkan apa sahaja kalau ia yang melakukannya dan haram kalau UMNO yang melakukan. Dalam blog tersebut turut dipaparkan gambar Mat Sabu yang berpegangan dengan seorang wanita tua yang layak dipanggil nenek atau opah.

Saya nak jelaskan kerana penulis blog dan pengunjung-pengunjungnya dalam ruangan komen memberi persepsi yang negatif terhadap gambar tersebut yang diambil dari blog saya sendiri.

Saya menziarahi keluarga mangsa rompakan dan bunuh di kampung Sungai Tiang Tengah, Bagan Datoh yang tidak jauh dengan kampung saya sendiri Sg. Tiang Darat. Perempuan Cina tersebut adalah isteri mangsa yang dibunuh, tangannya sakit dan sukar untuk diangkat kesan kena pukul oleh perompak. Saya lahirkan rasa simpati dan ucap takziah di atas insiden yang menimpanya.

Atas dasar simpati dan kemanusian saya menghulurkan sumbangan kepada perempuan Cina tersebut. tangannya tidak boleh diangkat untuk menerima sumbangan tersebut. Saya tidak menjamah dan memegang pun tangannya, saya sekadar menghulurkan sebuah sampul surat yang berisi sumbangan ke tangannya.

Saya mendapat maklumat dari rakan-rakan, kunjungan saya bersama pimpinan PAS kawasan yang lain rupanya menjadi buah mulut masyarakat Cina di situ terutama kaum keluarganya, mereka memuji langkah PAS yang menziarahi keluarga mangsa rompakan dan bunuh.

http://misabah.blogspot.com


0 comments:

Post a Comment

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates