Friday, February 26, 2010

Markas Tarbiyyah PAS Taman Melewar Hari Ini

PAS Bangunkan Untuk Markaz Tarbiyah Kepada Sebuah Kolej Universiti



Tapak markas tarbiyyah PAS di Taman Melewar, Gombak akan dibangunkan semula sebagai institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus bagi memenuhi keperluan industri negara, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub.

Beliau berkata penubuhan “Kolej Universiti Prof Dr Zulkifli Mohamad” itu mendapat persetujuan PAS pusat dan boleh membuat pengambilan pertama pelajar pada pertengahan tahun ini selepas kurikulumnya diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).



Pembinaan institut itu menelan belanja hampir RM2 juta dan ditampung oleh wang sumbangan orang ramai dan dermawan, katanya ketika melawat tapak kolej universiti itu yang sedang giat dibina, hari ini.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad berkata Majlis Pendidikan PAS Pusat kini dalam proses mengemas kini kurikulum institut itu.

“Kita mahukan kursus-kursus yang ditawarkan adalah lebih menjurus kepada kursus-kursus keperluan industri dan bukannya kursus tradisi. Mengenai kelayakan, jika kursus kita menepati syarat-syarat saya rasa tiada masalah,” katanya. — Bernama

1 comments:

Shahr Albatnani said...

insya allah di batu 6 akan lahir Kolej University Darul Taqwa. betul dok ketua pemuda?





credit : www.paspengkalanarang.com

Post a Comment

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates