Sunday, November 22, 2009

TAUN di Terengganu


Produk keropok masih selamat dimakan

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Semua produk keropok termasuk keropok lekor yang dipasarkan di negeri ini masih selamat untuk dimakan, namun pengguna perlu memastikan ia dimasak sepe-nuhnya terlebih dahulu dan dimakan semasa masih panas.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Nordiyanah Hassan berkata, pengguna tidak digalakkan memakan keropok yang sudah sejuk walaupun telah digoreng atau direbus di kedai sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak jangkitan penyakit taun.

“Keropok lekor dan keropok keping di negeri ini masih selamat untuk dimakan, tetapi bagi keropok lekor yang dibeli bungkus, sebaik-nya apabila pulang ke rumah, ia hendaklah dimasak semula dan dimakan semasa ia masih panas.

“Ini sebab kita bimbang semasa proses pembungkusan ia juga terdedah dengan pencemaran terutama jangkitan kuman yang menyebabkan taun,” katanya di sini, semalam.

Kata Dr Nordiyanah, pihaknya juga tidak menge-luarkan sebarang arahan melarang atau menarik balik bahan makanan kegemaran ramai itu yang telah diedarkan di pasar kerana ia bukan tidak boleh dimakan, cuma perlu dimasak semula de-ngan sempurna.

Beliau diminta mengulas kebimbangan sesetengah pihak untuk makan keropok terutamanya keropok lekor setelah produk itu dikenal pasti sebagai salah satu punca penularan wabak taun di negeri ini sekarang.

Persatuan Pengguna Terengganu juga dilaporkan menyarankan orang ramai tidak membeli keropok lekor atau keropok berasaskan ikan buat sementara waktu bagi mengelak jangkitan taun.

www.sinarharian.com.my

0 comments:

Post a Comment

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates