Tuesday, June 2, 2009

Lagi Kes Ragut


Kini Dah Masuk Kampung


Kampung Batu Enam, kira-kira jam 10.30am selapas menerima berita runtuhan bumbung "grand-stand" stadium Sultan Mizan Gong Badak, satu lagi berita yang boleh dikatakan hangat jugak di kawasan sekitar sini. 2 orang peragut telah dibelasah oleh pengunjung pasar Pekan Batu Enam.

2 orang peragut kemungkinan berasal dari Setiu ( mengikut I.C ) telah meragut seorang wanita tempatan tumpas dalam melarikan diri dengan motor setelah motornya terjatuh. Orang ramai yang berada kawasan tersebut telah menangkap peragut tersebut dan diberikan kepada pihak berkuasa.



lagi kes ragut....

KUALA TERENGGANU 28 Mei - Seorang wanita nyaris maut apabila beg tangannya diragut ketika menunggang motosikal di Jalan Tengku Omar, Kampung Wakaf Tembesu, Gong Badak di sini pagi ini.

Abdul Jalil Sulong melihat keadaan isterinya Mazlina Nawang yang cedera akibat diragut ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, Mazlina Nawang, 45, yang bekerja di kedai dobi di Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit di sini.

Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dihimpit sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki.


Bagaimanapun, ketika lelaki itu cuba menarik beg tangan mangsa yang berada di dalam raga motosikal, tali beg Mazlina tersangkut pada raga itu menyebabkan dia hilang keseimbangan lalu terbabas.


Berikutan kejadian itu, mangsa yang jatuh tersembam di atas jalan patah dua batang gigi dan cedera di bahagian muka serta lebam pada anggota badan lain.


0 comments:

Post a Comment

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates