Friday, February 26, 2010

Selamat Bermesyuarat kepada PAS Cawangan Batu Enam

Sekitar Mesyuarat Agong Tahunan PAS Cawangan Batu Enam Kali Ke-30

Dirasmikan oleh Y.Bhg Alfadhil Ustaz Hamzah Ngah
( A.J.K Dewan Ulama' PAS Negeri Terengganu )

Ucapan aluan oleh sdra Hj. Mustafa Ismail
(Ketua Cawangan PAS Batu Enam)

Ucapan Wakil DUN oleh Alfadhil Ustaz Muda Che' Ismail
(A.J.K MTD Bukit Tunggal)

Saf Jawatankuasa PAS Cawangan Batu Enam

Sebahagian PEMUDA yang mendaftar untuk memasuki program

Saya ahli baru PAS"ujar PEMUDA kita ni..
anda semua bagaimana??? JOM PAKAT JADI AHLI PAS..

Syabass PEMUDA..anda mendominasikan pada malam tersebut..
hampir 90 orang PEMUDA sama-sama untuk menjayakan program tersebut..

Sebahagian ahli & penyokong PAS Cawangan Batu Enam

Sebahagian daripada Muslimat

Tekun mendengar amanat dan perasmian yang di sampaikan

Alfadhil Ustaz menyampaikan hadiah cabutan bertuah untuk cabutan yang pertama

Jazakallah kepada Alfadhil Ustaz dalam menjayakan Mesyuarat Agong kali ini..
Ketua Cawangan menyampaikan sedikit cenderahati kepada Alfadhil Ustaz.

Rehat seketika sambil menjamu selera sebelum perbahasan diteruskan.

Wakil dari PEMUDA membuat perbahasan

Penuh semangat menyampaikan perbahasan.syabas PEMUDA

Membahas usul.. 2 usul dari PEMUDA telah diterima dengan sedikit pindaan.
Syabass PEMUDA..

menjawab soalan2 yang ditanya dengan penuh semangat :)

Ucapan penangguhan ( Wakil daripada ahli & penyokong )

Alhamdulillah..penuh semangat PEMUDA kita ni. Walaupaun ada sedikit kecacatan (O.K.U) PEMUDA ini tetap penuh semangat dalam menjayakan mensyuarat ini..
Syabas sdra..moga2 sdra tergolong dikalangan mujahidin yang syahid di jalan ALLAH.

Sapa tak kenal dia ni..Mohd Sobri @ lebih di kenali sebagai MAMAT SIAM..pengeusaha kedai makan MAMAT SIAM DAN MALAM.. :)

Antara veteran2 yang hadir.menjadi inspirasi kepada PEMUDA-PEMUDA

Berihat seketika sebelum kerja-kerja menyabut bendera dilakukan...
Alhamdulillah..Majllis tersebut diakhiri dengan jayanya sekitar jam 1 malam.kehadiran yang begitu memberansangkan sekitar 130 orang yang hadir.


InsyAllah, Berjumpa lagi mesyuarat akan datang

Markas Tarbiyyah PAS Taman Melewar Hari Ini

PAS Bangunkan Untuk Markaz Tarbiyah Kepada Sebuah Kolej Universiti



Tapak markas tarbiyyah PAS di Taman Melewar, Gombak akan dibangunkan semula sebagai institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus bagi memenuhi keperluan industri negara, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub.

Beliau berkata penubuhan “Kolej Universiti Prof Dr Zulkifli Mohamad” itu mendapat persetujuan PAS pusat dan boleh membuat pengambilan pertama pelajar pada pertengahan tahun ini selepas kurikulumnya diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).



Pembinaan institut itu menelan belanja hampir RM2 juta dan ditampung oleh wang sumbangan orang ramai dan dermawan, katanya ketika melawat tapak kolej universiti itu yang sedang giat dibina, hari ini.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad berkata Majlis Pendidikan PAS Pusat kini dalam proses mengemas kini kurikulum institut itu.

“Kita mahukan kursus-kursus yang ditawarkan adalah lebih menjurus kepada kursus-kursus keperluan industri dan bukannya kursus tradisi. Mengenai kelayakan, jika kursus kita menepati syarat-syarat saya rasa tiada masalah,” katanya. — Bernama

Thursday, February 25, 2010

Khas Untuk Muda Mudi

Jom Layann...
"Orang Muda Geng Kite"





Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431 daripada Pemuda Batu Enam

Wednesday, February 24, 2010

Perutusan Sempena Maulidur Rasul 1431


Tegak Sunah Rasulullah S.A.W Sepanjang Hayat

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.


Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.


Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?

Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (Surah Saba’: 28)


Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.


Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.


Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.


Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.


Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.


DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,


PRESIDEN PAS


Monday, February 22, 2010

Tiada Unsur Sabotaj


Tokong Cina Berusia 200 Tahun Terbakar



KUALA TERENGGANU, 23 Feb:
Maklumat dan siasatan awal pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati tiada unsur khianat atau sabotaj dalam insiden kebakaran Tokong Ho Ann Kiong, Kampung Cina di sini, malam tadi.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut ketika bergegas ke tempat kejadian memaklumkan, pihak bomba mengesahkan kejadian tersebut bukan perbuatan khianat mana-mana pihak.

"Saya bimbang takut usur khianat ke, tapi disahkan tadi tidak ada.

"Bomba sendiri sebut tadi, tapi dia masih siasat, cuma dia pesan tadi jangan timbul tuduhan- tuduhan," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam.

Menurut penduduk, asap tebal dilihat mula keluar dari bahagian atas bumbung bangunan tokong tersebut lebih kurang jam 9 malam.

Mereka bagaimanapun tidak dapat masuk ke dalam bangunan tersebut untuk memadam kebakaran kerana pintu tokong berkunci.

Difahamkan, penjaga tokong tersebut keluar untuk makan sewaktu kejadian berlaku.

Ekoran itu, penduduk menghubungi pihak bomba dan dan polis.

Pihak bomba yang tiba sejurus kemudian berjaya mengawal kebakaran kira-kira dua jam kemudian akibat api terlalu kuat.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat.

Tokong tersebut antara yang tertua di negeri ini dengan usia lebih 200 tahun.

Senibinanya juga agak unik dengan kebanyakan barang-barangnya diimport dari luar negara.

www.harakahdaily.net



Sekitar Rehlah Kepimpinan Dan Hari Keluarga Di Lata Belatan Setiu

Rehlah Kepimpinan & Hari Keluarga Lepasan Pelajar Darul Taqwa Batu Enam
Lensa sekitar AKTIVITI LASAK " Pemimpin Cergas, Persatuan Aktif"

warming up dulu....

Kata-kata peransang dari Presiden Persatuan Pelajar Darul Taqwa

Halangan Pertama: Kabbat..jangang dok kabbak..


Halangan 2: ala-ala komando ni..

halangan 3..meniti titian usang (macam lirik lagu ). jangang ghama-ghama ngat duk atah tu..patoh kang

Halangan 3: perigi buruk..

Halangan 4: Tarzan ke apa nih.

Yang ni kena denda sket, kena bawak peluru pepandu.:)

Halangan 5:

Tuan Presiden tak mahu try ke..:)

hermmmm...santai sekejap...

s/p: wokey, yang ni je lensa dapat paparkan. untuk muslimat boleh dapati dari muslimat sendiri. dan untuk yang lebih lanjut lagi, insyaAllah boleh dapati di sini

Sekitar Pesta WAU Pemuda Batu Enam




Pesta WAU Tertutup U.P.U Batu Enam

Acara tahunan bagi PEMUDA BATU ENAM. Tahun ini anjuran WAU berlainan dari tahun sebelumnya. Penyertaan terbuka kepada keseluruhan bagi U.P.U Batu Enam. Tidak kira umur dari 9 tahun hingga 40 tahun yang menyertainya.

Alhamdulillah, 70 WAU telah di pertontonkan walaupaun dalam tempoh 4 hari rancang PESTA WAU ini. Program-program yang banyak memaksakan jawatankuasa membahagi masa dengan baik untuk tidak bertembung dengan mana-mana program yang patut di dahulukan. SYABAS di ucapkan kepada jawatankuasa PEMUDA PAS BATU ENAM.

Jazakallah di ucapkan kepada seluruh DERMAWAN yang tidak putus-putus menyumbang untuk memastikan PEMUDA-PEMUDA terus kehadapan dan moga-moga usaha murni ini mendapat kejayaan samada di dunia dan akhirat.

Tidak lupa juga kepada seluruh petugas-petugas, SYABAS dan TAHNIAH di ucapkan,teruskan usaha musni ini. Semakkan lah di jiwa kita " mewakafkan diri untuk perjuangan ISLAM" dan moga-moga kita menjadi " ANSORULLAH ". dan insya'Allah berjumpa lagi di lain masa.

Johan, Sdra Abdul Halim... YB Dr. Haji Alias menyampaikan kepada pemenangnya bagi WAU naik. Hadiah merupakan 1 ekor ayam kampung jantan dan 2 ekor ayam kampung betina.

Johan bagi WAU cantik. Sdra. Alhafiz Embong dan mendapat sepasang burung merpati

Johan bagi WAU kreatif, Sdra Nor Zala dan juga mendapat sepasang burung merpati

Y.B DR. Haji Alias Bin Razak ( Adun Bukit Tunggal )

Y.Bhg Ustaz Adam Ismail ( Ketua Pemuda DUN Bukit Tunggal )


menarik, antara beberapa WAU kretif

Bersedia untuk menaikkan WAU

fuhh...!!! 6 WAU sekali lawan

Cara pejumlahan markah

YB Dr. Haji Alias melihat sendiri bagaimana cara pejumlahan

Besar dari tuan..

Standbay...............




Bubur kacang pun ada..

Jazakallah kepada Ketua Cawangan, Hj. Mustafa memainkan peranan yang begitu baik

Sesi cabutan bertuah

.............................................................................................................

tangkap ayam tuuu...antara hasil sumbangan orang ramai

Antara ayam-ayam yang nak di buatkan hadiah

...................................................................................................................

Sesi malam sebelum gelanggan di buka
Sekitar Kampung Batu Enam 12mlm ke atas





Nak buat BOM ke ape tuhh...


sekor je dapat ayam ni..esok nok lawan doh..guane ni..
PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates