Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya : Sekitar Ibadah Korban Pemuda Batu Enam

Salam Eidul Adha : Hari Kedua Ibadah Korban

Alhamdulillah, untuk hari kedua sebanyak 6 ekor lembu dapat dikorbankan. keseluruhannya 14 ekor lembu untuk ibadah korban pada tahun ini.

Alfadhil Ust. Ahmad Roqim membacakan doa, semoga ibadah korban ini memdapatkan keredhaan Allah Ta'ala.


Terima kasih buat pemuda-pemuda ku sekalian, semoga keringat yang saudara berikan mendapat keredhaan Allah Ta'ala.


" Orang Muda Geng Kite "


Semoga Kemeriahan dan hubungan rapat ini dapat berkekalan



Turut menyediakan sarapan untuk peserta ibadah korban dan tenaga kerja

Persiapan akhir, gotong royong membersih kawasan

antara kulit dan bahagian-bahagian lembu untuk dibersihkan

" Orang Muda Geng Kite "

Berehat seketika dan terus bermesyuarat untuk agenda seterusnya. Syabas Pemuda..

Sebahagian Pemuda Batu Enam yang sempat bergambar.

* Jangan lupa 14/12/2009 (jumaat malam sabtu) jamuan pemuda di hadapan pasaraya Si Comel. dijemput semua yang berhampiran untuk memeriahkan hari raya Eid Adha.

* Jazakallah sekali lagi buat PEMUDA-PEMUDA sekalian.

* Insya'Allah, berjumpa lagi pada tahun hadapan untuk ibadah korban seterusnya.

Eidul Adha 1430H, Hari Haji Akbar

Thursday, November 26, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya: Sekitar Ibadah Korban Cawangan Batu Enam

Salam Eidul Adha : Hari Pertama Ibadah Korban

Berdiri gagah. menunggu giliran untuk dikorbankan.

Seramai 8 ekor lembu dikorbankan pada hari pertama.


" Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing " Gandingan mantap antara cawangan, pemuda dan muslimat. semoga kekeluargaan ini terus kekal dan mendapat keredhaan.


bangun semula selapas di sembelih ..antara menarik perhatian orang ramai.


Hah tu die " Orang Muda Geng Kite "



Insya'Allah berjumpa lagi dihari Raya yang ke dua.

Monday, November 23, 2009

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya Aidil Adha ..maaf zahir & batin



Banjir Terengganu : Selamat Bertugas Jentera PAS


EKORAN BANJIR TERBURUK, PETUGAS PAS TURUN SEPENUHNYA


KUALA NERUS – Gelombang kedua banjir yang melanda negeri ini dianggap sebagai banjir yang terburuk sejak beberapa tahun lalu, apabila hampir seluruh daerah di negeri ini dinaikki air akibat hujan lebat yang turun beberapa hari.

Tinjauan Buletinonline ke kawasan Parlimen Marang mendapati kebanyakkan kawasan-kawasan rendah telah ditenggelami air diantara 1 hingga 2 meter. Keadaan yang sama turut melanda Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu sebagaimana dilaporkan akhbar tempatan (catatan dibawah)


Seorang penduduk di Kampung Kubu, DUN Pengakalan Berangan yang ditemui berkata, tidak pernah berlaku banjir seumpamanya, sejak beliau tinggal di kampong tersebut 6 tahun lalu.

Keadaan banjir akan menjadi lebuh teruk apabila Jabatan Meteorologi menjangkakan hujan lebat serta angin kencang dengan kelajuan 70 kilometer sejam (kmsj) dijangka berterusan sehingga hari kedua sambutan Aidiladha, Sabtu ini.

Penolong Ketua Pengarah Pusat Kajicuaca Jabatan berkenaan, Amirzudi Hashim, berkata angin ribut tropika ini menyebabkan ombak di laut bergelora ke paras setinggi 3.5 meter.

"Kesan daripada itu, air laut di sekitar pantai juga naik lebih tinggi iaitu sebanyak 0.5 meter berbanding hari biasa iaitu di paras kosong ," katanya semalam.

Sehubungan itu, semua jentera PAS diminta untuk bersedia memberikan khidmat membantu mangsa banjir di kawasan masing-masing.

Ketua Lajnah Kebajikan PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata unit-unit utama seperti Unit Amal dan Skuad Khidmat diharap dapat turun ke barisan hadapan menghadapi bencana tersebut.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Nerus berkata beberapa kawasan di sini telah pun dilanda banjir terutama kawasan Taman Pusu Tiga yang dimaklumi sebagai kawasan rendah dan mudah dinaiki air.

Sementara itu, Buletinonline dimaklumkan, Pengarah Unit Amal turut turun padang membantu mangsa-mangsa banjir dikawasan berkenaan.

www.buletinonline.net

Ikuti laporan banjir di beberapa daerah, selepas klip video dibawah;







Sunday, November 22, 2009

TAUN di Terengganu


Produk keropok masih selamat dimakan

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Semua produk keropok termasuk keropok lekor yang dipasarkan di negeri ini masih selamat untuk dimakan, namun pengguna perlu memastikan ia dimasak sepe-nuhnya terlebih dahulu dan dimakan semasa masih panas.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Nordiyanah Hassan berkata, pengguna tidak digalakkan memakan keropok yang sudah sejuk walaupun telah digoreng atau direbus di kedai sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak jangkitan penyakit taun.

“Keropok lekor dan keropok keping di negeri ini masih selamat untuk dimakan, tetapi bagi keropok lekor yang dibeli bungkus, sebaik-nya apabila pulang ke rumah, ia hendaklah dimasak semula dan dimakan semasa ia masih panas.

“Ini sebab kita bimbang semasa proses pembungkusan ia juga terdedah dengan pencemaran terutama jangkitan kuman yang menyebabkan taun,” katanya di sini, semalam.

Kata Dr Nordiyanah, pihaknya juga tidak menge-luarkan sebarang arahan melarang atau menarik balik bahan makanan kegemaran ramai itu yang telah diedarkan di pasar kerana ia bukan tidak boleh dimakan, cuma perlu dimasak semula de-ngan sempurna.

Beliau diminta mengulas kebimbangan sesetengah pihak untuk makan keropok terutamanya keropok lekor setelah produk itu dikenal pasti sebagai salah satu punca penularan wabak taun di negeri ini sekarang.

Persatuan Pengguna Terengganu juga dilaporkan menyarankan orang ramai tidak membeli keropok lekor atau keropok berasaskan ikan buat sementara waktu bagi mengelak jangkitan taun.

www.sinarharian.com.my

Thursday, November 19, 2009

tazkirah


Pemuda bakal dibunuh Dajjal sudah lahir?

:Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek


Dalam satu wawancara di youtube, dikatakan seorang bayi di Palestin memberi salam, kemudian memberitahu bahawa dia adalah orang yang akan dibunuh oleh Dajjal. Kemudian tidak ada lagi orang lain yang akan dapat dibunuh oleh Dajjal. Benarkah itu bayi dan bakal pemuda yang dibunuh Dajjal? (Biodata ringkas Dajjal)

Dalam hadis agak panjang tentang Dajjal, diceritakan Dajjal itu akan menemui ramai orang, mengajak semua orang menurutinya, dari satu negeri ke satu negeri. Dalam riwayat Bukhari dan beberapa riwayat lain (Fath al-Bari jilid 13 ms 145 dan selepasnya, no hadis 7132), …

apabila Dajjal hampir sampai ke Madinah dan terus hendak masuk, tiba-tiba didapatinya Malaikat menunggu di pintu masuk/terowong dengan pedang terhunus. Dajjal berhenti di luar Madinah dan keluar kepadanya seorang lelaki pada hari itu dari Madinah. Lelaki itu adalah sebaik-baik lelaki dan sehabis-habis soleh dan bertaqwa kepada Allah.

Apabila ia melihat Dajjal di luar Madinah, ia berkata kepada Dajjal itu: ‘Hei Dajjal! Aku naik saksi bahawa engkau itu Dajjal yang diceritakan kepada kami oleh Rasulullah SAW.’ Dajjal berkata: ‘Hei laki-laki! Kamu mesti taatkan aku atau aku belah engkau menjadi dua.’ Lelaki itu berkata: ‘Wahai sekalian manusia! Inilah dia Dajjal yang pembohong. Bila didengar oleh Dajjal perkataan itu, ia berkata kepada orangnya: ‘Apa pendapat kamu jika aku bunuh orang yang membantah aku ini, kemudian aku hidupkan dia balik, adakah kamu syak tentang dakwaan bahawa aku adalah tuhan?’ Jawab pengikut Dajjal: ‘Kami tidak syak, bahkan kami makin yakin.’

Dajjal membunuh lelaki itu, kemudian dihidupkannya kembali. Inilah yang disabdakan oleh Nabi SAW: ‘…Kemudian Dajjal itu menyeru seorang lelaki yang sangat muda. Disuruh lelaki itu mengaku Dajjal bahawa dia adalah tuhan. Ia enggan, lalu dipancung dengan pedang, dipotong dua hingga mati. Diserunya lelaki yang mati itu supaya bangkit, lalu hidup ketika itu juga. Dipanggilnya datang kepadanya. Maka orang muda itupun datang dengan berseri-seri wajahnya. Dajjal itu berkata kepada lelaki itu: ‘Hei laki-laki! Adakah engkau percayakan aku?’ Jawab lelaki itu. Demi Allah! Tidaklah engkau terlebih pandai dari aku pada hari ini.’ Kemudian dia berkata: ‘Tidak ada lagi seorang pun yang akan terbunuh selepas ku ini. Wahai sekalian mnausia! Inilah Dajjal yang pembohong itu. Sesiapa yang taatkannya, maka ia berkekalan di dalam api neraka, dan sesiapa yang tidak menurutinya, maka ia tinggal berkekalan di dalam syurga.’

Dajjal meninggalkan lelaki itu, dan kemudian ia masuk ke Syam, dalam keadaan Dajjal menyeru manusia menurutinya, ketika itulah Nabi Isa turun…hingga akhir hadis (Bahr al-Mazi j15 ms 196)

Komentar:

1. Lelaki yang dikatakan dibunuh oleh Dajjal sebagai lelaki terakhir itu keluar dari Madinah, bukannya Palestin. Adakah ini bermakna bayi yang baru lahir ini sampai masanya ia akan tinggal atau berada di Madinah? Madinah pula dikatakan sudah mempunyai 7 terowong sebagai jalan masuk seperti dalam beberapa riwayat hadis. Inikah terowong-terowongnya yang disebut hadis itu?

2. Lelaki yang bakal dibunuh Dajjal ini bukan Imam Mahdi. Seingat saya ketika mempelajari hadis akhir zaman daripada arwah Dr Walid al-Aani, pakar hadis berasal dari Iraq yang pernah mengajar di Universiti Yarmouk, Jordan sebelum kematiannya mengatakan Imam Mahdi muncul di Mekah. Orangramai akan berbaiah kepadanya ketika musim haji.

3. Jika benar bayi yang dikatakan bercakap itu lelaki tersebut, bererti kemunculan Dajjal juga begitu hampir. Menurut beberapa riwayat, Dajjal sudah ada di sebuah pulau seperti hadis Tamim ad-Dari semenjak zaman Nabi SAW. Cuma dalam beberapa riwayat Dajjal akan muncul di Isfahan, Iran atau Khurasan. Pengikutnya yang paling ramai pula di kalangan orang Yahudi.

Kata arwah guru saya itu: ‘Orang Yahudi akan beramai-ramai pada akhir zaman nanti berkumpul di Isfahan, Iran.’ Soalnya, polisi luarnegeri Iran sekarang cukup anti-Yahudi. Bilakah sebenarnya peristiwa ini, dan benarkah tentang bayi ini? Wallahua’lam bissawab.

http://www.niknasri.com

Wednesday, November 18, 2009

Jubli Emas PAS Kawasan Kuala Nerus

PENERIMA KELUARGA MITHALI DIDIK 12 ANAK KE MENARA GADING


PEKAN BATU ENAM – Tiada yang lebih menggembirakan bagi seorang bapa, Mohd Omar, 70, selain melihat kesemua anak yang dikasihi berjaya dalam bidang ma-sing-masing.

Mohd Omar merupakan penerima anugerah Keluarga Mithali sempena sambutan Jubli Emas Pas Kawasan Kuala Nerus yang diadakan di Sekolah Darul Taqwa, baru-baru ini.

Bapa kepada 12 cahaya mata itu berkata, dia memberi penekanan pendidikan kepada anak-anaknya kerana menyedari akan kepentingan ilmu pengetahuan jika mahu mendapat lebih peluang dalam segala perkara.

“Sejak dari kecil lagi mereka (anak-anak) telah dilatih untuk sentiasa memberi tumpuan kepada pendidikan, termasuk ilmu agama.

“Sebagai bapa saya inginkan yang terbaik kepada anak-anak walaupun sesusah mana sekalipun, saya akan pastikan semua keperluan mereka dipenuhi agar tumpuan pembelajaran tidak terganggu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada majlis peng-anugerahan berkenaan.

Menurutnya, hampir kesemua anaknya melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi dan masing-masing menyandang jawatan tinggi dalam bidang yang dipelajari.

“Meskipun kebanyakan mereka sudah mempunyai keluarga sendiri, tetapi saya sentiasa ingatkan mereka agar jangan lupa asal-usul dan sentiasa berpegang teguh pada agama,” kata peng-usaha kayu yang berasal dari Teluk Pasu ini.

Mohd Omar berkata, isterinya, Misbah Musa, 59, turut memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak, terutama ketika berada di rumah bagi memastikan pembelajaran mereka sentiasa dipantau.

Menurutnya, dia bersyukur menerima anugerah tersebut, tetapi lebih bangga kerana penghargaan itu disampaikan Presiden Pas, Da-tuk Seri Abdul Hadi Awang.

www.sinarharian.com.my

Sekitar Sambutan Jubli Emas PAS Kawasan Kuala Nerus

Tarikh : 14 Nov 2009
Tempat : Dataran AtTaqwa, Batu 6
( Klik untuk tatapan lebih lanjut )

ASYAHID USTAZ IBRAHIM LIBYA


Ulangtahun Syuhada' MEMALI Kali 24


Ust. Nasrudin Hassan Tantawi

1. Biarpun 24 tahun telah berlalu , tragedi Memali yang menyaksikan kekejaman UMNO dan BN masih segar dalam ingatan ummat Islam khasnya keluarga syuhada' Memali .

2. Insyaallah , saya dan Ustaz Azman Syafawi [ Timbalan Ketua DPPP ] akan menziarahi maqam syuhada' Memali hari ini bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah .

3. Perginya asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan rakan - rakan adalah kehilangan besar buat perjuangan Islam di Malaysia amnya dan Kedah khasnya .

4. Malangnya ada pihak yang cuba untuk mempalit persepsi negatif kononnya perjuangan syuhada' Memali adalah pelampau agama dan lebih jahat apabila syuhada' dikaitkan sebagai ajaran sesat sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo tempohari .

5. Namun saya yakin , firman Allah swt di dalam surah ali Imran ayat : 169 :

dan janganlah engkau menyangka orang yang mati terbunuh di jalan Allah swt itu mati , akan tetapi mereka hidup dan di sisi Allah swt mereka senantiasa mendapat rezeki .

Biarpun 24 tahun telah berlalu , perjuangan mereka masih hidup di hati ummat Islam . Al Faatihah buat semua para syuhada' Memali .

http://episodeperjuangan.blogspot.com

PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates