Saturday, January 24, 2009

Kerajaan Kelantan Pungut RM1.2 Juta Untuk Bantu Rakyat Palestin



KOTA BAHARU, 24 Jan (Bernama) — Tabung Cakna Rakyat Palestin yang dilancarkan kerajaan negeri Kelantan bagi membantu rakyat Palestin di Gaza malam tadi berjaya memungut kira-kira RM1.2 juta.

Sumbangan itu diperolehi dari pelbagai pihak termasuk dari agensi-agensi kerajaan negeri seperti Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang berjumlah RM250,000; Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) RM100,000; Yayasan Islam Kelantan (YIK) 70,000; Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK) 66,000.

Lain-lain penyumbang ialah Tabung Serambi Makkah (RM51,000); Badan Perhubungan PAS negeri (RM70,000) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (RM518,000).

Pelancaran tabung itu disemprnakan oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi dengan pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan majlis, termasuk ucapan dari wakil pelbagai kaum, persembahan pantomin melibatkan 200 pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi, nasyid kumpulan Raihan dan bacaan sajak.

Rakyat Palestin di Gaza ketika ini sedang bergelut untuk membina semula kehidupan mereka selepas Israel mengumumkan gencatan senjata pada 18 Jan lalu, 22 hari selepas tentera kerajaan rejim Zionis itu melancarkan serangan udara dan operasi medan yang menyebabkan lebih daripada 1,300 rakyat Palestin terkorban, 5,300 cedera dan ribuan kediaman musnah.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika berucap merasmikan pelancaran tabung itu berkata, inilah kali pertama dalam sejarah sebuah kerajaan negeri mengadakan majlis pelancaran yang begitu besar bagi membantu rakyat Palestin yang tertindas di bumi sendiri.

Turut berucap pada majlis itu ialah wakil Hamas, Naji Shuri Al-Zaza, yang merupakan adik kepada Timbalan Perdana Menteri kerajaan Hamas.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Naji berkata beliau kagum dengan kehebatan rakyat Malaysia, khasnya Kelantan yang begitu prihatin terhadap nasib penduduk Palestin.

Katanya ia memberi semangat kepada kerajaan Hamas untuk terus berjuang mempertahan kedaulatannya.

http://www.bernama.com

Friday, January 23, 2009

Solat Hajat Perdana Selamatkan Palestin Di Kota Bharu







Saya Memohon Gerak Laporkan Tok Guru Kepada SPRM



Oleh ; Penarik Beca

Saya mengucapkan tahniah kepada bakal Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang bersungguh-sungguh untuk memastikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disiasat dan didakwa kerana mengarahkan pembelian 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak ketika Hari Raya Korban Disember lalu (lihat laporan Malaysiakini "Khir Toyo dakwa ada bukti terhadap MB Selangor").

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) kerana membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Abdul Khalid yang disifatkan oleh gerakan itu telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.

Sehubungan itu saya memohon jasa baik Gerak supaya membuat aduan kepada SPRM terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk membantu mangsa kekejaman rejim haram Israel.

Dana kerajaan negeri ternyata akan digunakan kerana Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Haji Husam Musa berkata, jumlah berkenaan akan dikutip melalui agensi-agensi di bawah kerajaan negeri.

Menurut Husam lagi, sumbangan itu bukan sahaja dari perbendaharaan negeri tetapi juga melalui agensi-agensi milik kerajaan negeri (lihat berita Harakah "Kelantan sumbang RM1 juta bantu rakyat Palestin").

Saya juga memohon jasa baik Gerak supaya membuat aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk memberikan bantuan sejumlah RM1 juta kepada mangsa banjir di Johor pada Januari 2007 lalu (lihat berita Harakah "Banjir di Johor: Kelantan sumbang RM1 juta").

Tok Guru sendiri mengakui, sumbangan dari kerajaan negeri itu dikeluarkan melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk meringankan beban penderitaan mangsa tersebut.

Sebagai Mursyidul Am PAS, Tok Guru ternyata mempunyai kepentingan peribadi kerana ramai rakyat Johor yang menjadi ahli PAS atau sekurang-kurangnya beragama Islam.

Begitu juga mengenai sumbangan kepada rakyat Palestin. Tok Guru ternyata mempunyai kepentingan peribadi kerana majoriti penduduk wilayah Palestin yang ditakluki adalah saudara-maranya. Allah berfirman yang bermaksud "Sesungguhnya (hanyalah) orang-orang mu’min itu bersaudara" (Al-Hujuraat :10).

Saya sangat mengharapkan budi baik dan kesungguhan Gerak untuk menyegerakan aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk tujuan yang beliau mempunyai kepentingan dengannya di mana dana kerajaan negeri yang digunakan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Johor itu pasti akan disumbangkan juga kepada ahli-ahli PAS yang turut menjadi mangsa banjir sedangkan Tok Guru sendiri adalah pemimpin PAS.

Lebih dari itu, dalam penggunaan dana kerajaan negeri sama ada kepada mangsa banjir di Johor atau mangsa keganasan Israel di wilayah Palestin yang ditakluki, Tok Guru juga ternyata mempunyai kepentingan peribadi dan kepentingan bercanggah kerana rakyat Johor dan Palestin yang beragama Islam adalah saudara-maranya.

Penggunaan dana kerajaan negeri untuk membantu saudara-mara sendiri juga melibatkan conflict of interests atau kepentingan bercanggah.

Sekali lagi, budi baik dan kesungguhan Gerak dalam menyegerakan aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru adalah sangat diharapkan. (Permohonan kepada Gerak ini diilhamkan oleh Nur Aflah).

Gerak Dakwa MB Selangor Beli 46 Lembu Guna Dana Kerajaan



22 jan ( mStar ) - SHAH ALAM: Gerak Malaysia hari ini membuat aduan mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu bagi bahagian Parlimen Bandar Tun Razak.

Khalid juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang terletak di Wilayah Persekutuan.

Pengerusi Gerak Malaysia, Mohd. Nazree Mohd. Yunus dengan diiringi setiausaha badan itu, Siti Faridah Abdul Samad dan dua anggota jawatankuasanya membuat aduan di pejabat SPRM negeri di sini semalam.

Aduan itu dibuat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pukul 10.45 pagi semalam.

Mohd. Nazree mendakwa beliau mempunyai bukti yang cukup bagi menunjukkan Khalid, Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor telah menyalahgunakan kuasa beliau.

Beliau mendakwa Menteri Besar telah membeli 46 ekor lembu pada harga RM110,400 sempena sambutan Aidiladha yang lalu bagi bahagian Parlimennya.

Bayaran bagi pembelian lembu berkenaan dijelaskan oleh Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat kerajaan negeri.

"Kami mempunyai invois dan resit rasmi bagi membuktikan pembelian lembu," katanya.

"Kami tidak boleh menerima tindakan sedemikian yang dilakukan oleh seorang ketua kerajaan negeri dan kami menggesa SPRM menyiasat perkara ini," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan memorandum kepada Pengarah SPRM, Moh Samsudin Yusof di pejabatnya di sini.

Menurut Mohd. Nazree, Gerak Malaysia telah menerima beberapa dokumen dan bukti minggu lalu daripada seorang individu, yang memperolehnya daripada syarikat milik kerajaan negeri itu.

Katanya, anak syarikat itu tidak seharusnya berbelanja sedemikian khususnya bagi bahagian yang tidak berada dalam Selangor.

Justeru, Mohd. Nazree menggesa Khalid meletakkan jawatan atau mengambil cuti sementara siasatan dijalankan.

Malah katanya, Gerak Malaysia juga mahu mengadakan pertemuan dengan Sultan Selangor berhubung isu itu.

Moh Samsudin yang menerima memorandum daripada Mohd. Nazree berkata, beliau akan meneliti perkara tersebut.

Politik wang Umno: Naib Ketua Beruas, guru antara 3 didakwa


23 jan ( mStar ) - PETALING JAYA: Tiga orang termasuk Naib Ketua Umno Beruas, Perak dan seorang kontraktor berusia 46 tahun didakwa pagi semalam berhubung politik wang ketika pemilihan Umno Bahagian tahun lalu.


Di KUALA LUMPUR, seorang penolong kanan sekolah rendah di Raub, Pahang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di ibu negara hari ini atas dua pertuduhan memberi rasuah dalam bentuk wang semasa pemilihan Umno Bahagian Raub.

Pertuduhan ini merupakan kes pertama melibatkan "politik wang" sejak penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Junaidi Abdul Hamid, 46, didakwa memberi suapan berbentuk wang tunai kepada dua anggota Umno, Noranizah Abd Hamid dan Adnan Samad masingmasing RM200 sebagai dorongan untuk mengundi Datuk Mustafar Kamal Abdul Hamid sebagai ketua Umno bahagian Raub dan Datuk Abdullah Bakar sebagai Timbalan Ketua Umno bahagian Raub.

PENOLONG Kanan sekolah rendah di Raub Pahang, Junaidi Abdul Hamid (kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan memberi rasuah dalam bentuk wang semasa pemilihan UMNO Bahagian Raub. -fotoBERNAMA

Menurut kertas pertuduhan, dia melakukan keduadua kesalahan tersebut di Coffee House, Tingkat 1, Hotel Grand Season, Kuala Lumpur, pada pukul 8 malam, 13 Sept 2008.

Junaidi menghadapi pertuduhan tersebut di bawah Seksyen 10 (b) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Josendra Abu Senin menawarkan ikat jamin sebanyak RM20,000 untuk keduadua pertuduhan dan memohon agar pasport Junaidi ditahan oleh mahkamah.

Bagaimanapun peguam bela Mohd Harris Abdullah yang mewakili Junaidi membantahnya dan memohon agar ikat jamin tersebut dikurangkan kerana ia terlalu tinggi.

Beliau juga berkata anak guamnya yang merupakan seorang penjawat awam iaitu merupakan penolong kanan di sebuah sekolah rendah Raub tidak mungkin akan melarikan diri kerana dia pasti akan mempertahankan jawatan yang disandangnya.

Hakim Rosbiahanin Arifin kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dan menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Sebagai syarat tambahan Junaidi diperintahkan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Rakan Junaidi membayar jaminan tersebut.

KETUA UMNO BERUAS

Di IPOH, Naib Ketua Umno Bahagian Beruas tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan memberi rasuah wang tunai berjumlah RM300 kepada seorang anggota parti itu pada pemilihan Umno bahagian Oktober lepas.

Tertuduh Azman Noh, 42, yang juga merupakan seorang kontraktor didakwa secara rasuah memberi suapan RM300 kepada Davad @ Daud Parman pada 11 Oktober lepas di sebuah rumah beralamat No.10 A, Kampung Sungai Ramai, Air Tawar dekat sini kira-kira 12 tengah malam.

AZMAN NOH (tengah) berbual dengan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di pekarangan Mahkamah Sesyen Ipoh pagi tadi. -foto The Star oleh SAIFUL BAHRI

Azman yang juga bekas seorang pendidik didakwa melakukan perbuatan itu sebagai dorongan supaya Davad @ Daud melakukan satu perkara iaitu memilihnya bagi jawatan Naib Ketua Umno bahagian itu, Abdul Manaf Hashim bagi jawatan Ketua Umno dan Azhar Ahmad bagi jawatan Timbalan Ketua Umno pada pemilihan bahagian Beruas pada 12 Okt lepas.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM6,000 dengan seorang penjamin walaupun peguam Khairil Azwa yang mewakili tertuduh memohon ia dikurangkan kepada RM5,000.

Sebelum itu pendakwaan yang dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya How May Ling memohon ikat jamin sebanyak RM10,000.

Peguam berkenaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa oleh kerana tertuduh memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan kepada pihak pendakwaan dan jaminan untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah.

"Penduduk tempatan juga tidak mempunyai bukti tertuduh akan boleh melarikan diri dan semenjak disiasat tidak ada bukti tertuduh cuba mengganggu saksi," katanya.

Peguam turut memberitahu mahkamah, tertuduh mula dipanggil untuk membantu siasatan pada 6 November lepas dan pada Selasa lepas tertuduh sekali lagi dipanggil untuk tujuan yang sama dan sejurus selepas memberi keterangan pada hari tersebut tertuduh ditahan.

Azhaniz Teh juga menetapkan 1, 2 dan 3 Jun depan sebagai tarikh perbicaraan.

Azman yang mempunyai lima orang anak berusia dua hingga 16 tahun dan seorang isteri yang berkhidmat sebagai pembantu tadbir di sebuah jabatan kerajaan itu didakwa di bawah Seksyen 10 (b) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

KONTRAKTOR

Di MELAKA, seorang kontraktor juga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan memberi rasuah RM200 kepada seorang wanita semasa pemilihan Ketua Umno Bahagian Alor Gajah pada 1 November lepas.

Johari Ibrahim, 46, dari Kampung Panchor, Durian Tunggal. Alor Gajah, dituduh memberi suapan itu kepada Nadiah Roslan sebagai dorongan untuk mengundi Datuk Abdul Kadir Daud sebagai Ketua Bahagian berkenaan.

KETUA Umno cawangan Kampung Panchor, Johari Ibrahim (kiri) keluar dari Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memberi rasuah RM200 kepada seorang wanita semasa pemilihan Ketua Umno Bahagian Alor Gajah pada 1 Nov lepas. Johari, 46, dituduh mengikut Seksyen 10 (b)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16, Akta yang sama, yang membawa hukuman penjara tidak kurang 14 hari atau tidak lebih 20 tahun serta didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau sehingga RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi. -fotoBERNAMA

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 12 tengah hari di perkarangan dewan Institut Latihan Perindustrian, Selandar.

Johari, yang juga Ketua Umno cawangan Kampung Panchor dan bekas pegawai seranta Perbadanan Ayer Melaka (PAM), dituduh mengikut Seksyen 10 (b) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16, Akta yang sama, yang membawa hukuman penjara tidak kurang 14 hari atau tidak lebih 20 tahun serta didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau sehingga RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Hakim Ahmad Kamar Jamaludin menetapkan empat hari bermula 18 Mei depan sebagai untuk perbicaraan dan membenarkan Johari dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh diwakili peguam bela Shamsul Iskandar Mohd Akin manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wong Poi Yoke, dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.


Ingat kata-kata Tok Guru :-

Beri Salah. Tak Beri Kalah.

BN Serba Salah

Kerajaan lulus konsert Rihanna 13 Feb ini

23 jan ( mStar )- KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan penganjuran konsert Rihanna, yang akan diadakan 13 Februari ini di Stadium Putra Bukit Jalil, walaupun Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membantah konsert itu.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Mohd Shafie Apdal berkata: "Mereka (Dewan Pemuda PAs) boleh bantah tapi keputusan akhir di tangan kementerian."

Beliau berkata, apa yang penting ialah pihak penganjur telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan kementerian.

"Perkara utama yang kami lihat ialah sama ada konsert itu selaras dengan budaya Malaysia, tetapi memandangkan industri hiburan sangat dinamik dan kreatif, kita perlu membenarkan rakyat kita mendapat akses untuk itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Tahun Baru China 2009 di sini, hari ini.

Selasa lepas, Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan menyuarakan rasa kesal terhadap syarikat komunikasi tempatan menganjurkan konsert 'Rihanna Live in Kuala Lumpur'.

Mengenai penyiaran berita wilayah selama 30 minit bermula 1 Feb ini oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), Shafie berkata, perkara itu satu perkembangan yang sihat untuk membolehkan kerajaan memaparkan berita dari negeri khususnya di Sabah dan Sarawak.

"Penyiaran ini membolehkan masyarakat di seluruh negara tahu perkembangan di negeri-negeri ini (Sabah dan Sarawak) kerana kita perlu menghebahkan perkara sebenar yang berlaku di sana," katanya.BERNAMA

Wednesday, January 21, 2009

Pemudawilayah Bantah Konsert Rihanna, Boikot Artis Amerika!!!

Oleh; Hermansamsudeen



Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) hari ini melahirkan rasa kekesalan terhadap tindakan Syarikat Celcom (M) Berhad yang menaja dan akan turut menganjurkan program Xpax ignites Rihanna LIVE in Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 13 Februari 2009 nanti.

Rihanna yang terkenal dengan lagu Bad Girl dan Umbrella sebelum ini dijangka akan mengadakan persembahan lewat pukul 8.30 malam di Stadium Bukit Jalil nanti. Iklan-iklan telah mula disebarkan melalui kaca TV, Surat Khabar, SMS dan ternyata ia adalah suatu usaha yang bersungguh dari Celcom dalam mengaut keuntungan dalam mengorganisasikan konsert ini.

Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty merupakan artis kelahiran Kepulauan Barbados yang menempah nama di Amerika Syarikat. Beliau yang berkecimpung dalam genre R&B, Pop,Pop-Rock, dance dan reggae sering membawakan aksi yang menghairahkan dalam penyampaian lagu-lagunya disamping mengenakan pakaian ketat dan seksi.

Ini sememangnya tidak memenuhi citarasa budaya tempatan, dan tidak secocok dengan celcom yang dilihat sebagai sebuah syarikat tempatan yang sewajarnya mengutamakan budaya ketimuran dan artis-artis tempatan.

Kehadiran Rihanna yang kini sudah menetap di Amerika Syarikat sedikit sebanyak akan membawa keluar wang negara yang akhirnya akan masuk ke Amerika.

Melihat kepada pengaliran wang ini, bukan sahaja membawa kita memahami erti kerugian buat negara tetapi satu penderitaan buat rakyat Palestine dimana Amerika yang menjadi sekutu Israel membekalkan senjata ketika pembunuhan ngeri di Gaza hasil dari sumbangan dan dana cukai yang diberi oleh penduduk Amerika.

Sama ada Rihanna sedar atau tidak kita sememangnya tahu bahawa duit cukai yang dibayar beliau turut menyumbang kepada peperangan di Gaza.

Maka Pemudawilayah menolak kehadiran artis ini di Malaysia atas dasar ketidaksesuaian gaya penyampaian lagu, pakaian dan juga atas sentimen menghormati rakyat Palestine yang tertindas angkara kekejaman Israel dan sekutunya-Amerika yang ditaja oleh kebanyakkan penduduknya.

Sama ada Rihanna terlibat atau tidak, bagi kami beliau juga adalah agen kepada kerosakkan muda-mudi yang ada diseluruh dunia melalui penyampaian lagunya dan juga penyumbang kepada kekuatan dana Israel melalui Amerika yang menjadi tempat beliau menempah nama.

Memanggil Rihanna ke Malaysia umpama menghina adab ketimuran, merendahkan artis tempatan, sengaja merugikan ekonomi negara dan menyokong dasar perang Israel yang disokong Amerika.

Sewajarnya dalam suasana ekonomi yang tidak menentu dan palestine ditindas kini, kita meneruskan kempen boikot barangan Amerika termasuklah artis-artis mereka serta apa sahaja yang dikeluarkan dari negara itu terutama perkara-perkara yang negatif.

Justeru itu Pemudawilayah menyeru organisasi Kerajaan seperti Kementerian Luar Negeri, Imigresesn, Puspal, DBKL, Polis dan yang terlibat dalam mengeluarkan permit Konsert ini untuk menolak permohonan penganjur bagi membawa artis ini.

Organisasi NGOs dan parti-parti Politik serta orang perseorangan juga diseru untuk menolak Konsert ini dan menyatakan bantakan mereka dengan menghantar bantahan kepada Celcom dan organisasi Kerajaan yang terlibat dalam mengeluarkan permit konsert ini.

Pemudawilayah dalam masa terdekat akan mengemukakan surat bantahan bagi memastikan konsert ini dibatalkan. Cukuplah dengan segala macam bencana yang berlaku sekeliling kita, jangan diundang lagi apa yang kita tidak mampu hadapinya dimasa akan datang dengan cara yang sebegini.

Kita sibuk menderma untuk tabung Gaza tapi dalam masa yang sama wajarkah kita menyumbang kepada tabung peperangan Israel melalui konsert Rihanna ini?

Sesungguhnya Pemudawilayah akan terus konsisten menentang konsert-konsert yang tidak mengambarkan akhlak dan nilai ketimuran yang positif serta turut mengundang pelbagai masalah sosial di negara ini. Kami juga akan terus konsisten untuk memboikot apa sahaja produk Amerika yang merugikan negara dan menyumbang kepada peperangan atau kerosakkan di muka bumi ini.

Sekian. Terima Kasih.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan

Oleh; Hermansamsudeen

Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) hari ini melahirkan rasa kekesalan terhadap tindakan Syarikat Celcom (M) Berhad yang menaja dan akan turut menganjurkan program Xpax ignites Rihanna LIVE in Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 13 Februari 2009 nanti.

Rihanna yang terkenal dengan lagu Bad Girl dan Umbrella sebelum ini dijangka akan mengadakan persembahan lewat pukul 8.30 malam di Stadium Bukit Jalil nanti. Iklan-iklan telah mula disebarkan melalui kaca TV, Surat Khabar, SMS dan ternyata ia adalah suatu usaha yang bersungguh dari Celcom dalam mengaut keuntungan dalam mengorganisasikan konsert ini.

Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty merupakan artis kelahiran Kepulauan Barbados yang menempah nama di Amerika Syarikat. Beliau yang berkecimpung dalam genre R&B, Pop,Pop-Rock, dance dan reggae sering membawakan aksi yang menghairahkan dalam penyampaian lagu-lagunya disamping mengenakan pakaian ketat dan seksi.

Ini sememangnya tidak memenuhi citarasa budaya tempatan, dan tidak secocok dengan celcom yang dilihat sebagai sebuah syarikat tempatan yang sewajarnya mengutamakan budaya ketimuran dan artis-artis tempatan.

Kehadiran Rihanna yang kini sudah menetap di Amerika Syarikat sedikit sebanyak akan membawa keluar wang negara yang akhirnya akan masuk ke Amerika.

Melihat kepada pengaliran wang ini, bukan sahaja membawa kita memahami erti kerugian buat negara tetapi satu penderitaan buat rakyat Palestine dimana Amerika yang menjadi sekutu Israel membekalkan senjata ketika pembunuhan ngeri di Gaza hasil dari sumbangan dan dana cukai yang diberi oleh penduduk Amerika.

Sama ada Rihanna sedar atau tidak kita sememangnya tahu bahawa duit cukai yang dibayar beliau turut menyumbang kepada peperangan di Gaza.

Maka Pemudawilayah menolak kehadiran artis ini di Malaysia atas dasar ketidaksesuaian gaya penyampaian lagu, pakaian dan juga atas sentimen menghormati rakyat Palestine yang tertindas angkara kekejaman Israel dan sekutunya-Amerika yang ditaja oleh kebanyakkan penduduknya.

Sama ada Rihanna terlibat atau tidak, bagi kami beliau juga adalah agen kepada kerosakkan muda-mudi yang ada diseluruh dunia melalui penyampaian lagunya dan juga penyumbang kepada kekuatan dana Israel melalui Amerika yang menjadi tempat beliau menempah nama.

Memanggil Rihanna ke Malaysia umpama menghina adab ketimuran, merendahkan artis tempatan, sengaja merugikan ekonomi negara dan menyokong dasar perang Israel yang disokong Amerika.

Sewajarnya dalam suasana ekonomi yang tidak menentu dan palestine ditindas kini, kita meneruskan kempen boikot barangan Amerika termasuklah artis-artis mereka serta apa sahaja yang dikeluarkan dari negara itu terutama perkara-perkara yang negatif.

Justeru itu Pemudawilayah menyeru organisasi Kerajaan seperti Kementerian Luar Negeri, Imigresesn, Puspal, DBKL, Polis dan yang terlibat dalam mengeluarkan permit Konsert ini untuk menolak permohonan penganjur bagi membawa artis ini.

Organisasi NGOs dan parti-parti Politik serta orang perseorangan juga diseru untuk menolak Konsert ini dan menyatakan bantakan mereka dengan menghantar bantahan kepada Celcom dan organisasi Kerajaan yang terlibat dalam mengeluarkan permit konsert ini.

Pemudawilayah dalam masa terdekat akan mengemukakan surat bantahan bagi memastikan konsert ini dibatalkan. Cukuplah dengan segala macam bencana yang berlaku sekeliling kita, jangan diundang lagi apa yang kita tidak mampu hadapinya dimasa akan datang dengan cara yang sebegini.

Kita sibuk menderma untuk tabung Gaza tapi dalam masa yang sama wajarkah kita menyumbang kepada tabung peperangan Israel melalui konsert Rihanna ini?

Sesungguhnya Pemudawilayah akan terus konsisten menentang konsert-konsert yang tidak mengambarkan akhlak dan nilai ketimuran yang positif serta turut mengundang pelbagai masalah sosial di negara ini. Kami juga akan terus konsisten untuk memboikot apa sahaja produk Amerika yang merugikan negara dan menyumbang kepada peperangan atau kerosakkan di muka bumi ini.

Sekian. Terima Kasih.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan

Perhimpunan bantah PPSMI pada 7 Mac

OLEH; Jimadie Shah Othman

21 Jan ( Malaysiakini ) - Perhimpunan anjuran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) membantah pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) akan diadakan pada 7 Mac depan.

Sempena perhimpunan tersebut, GMP juga akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan baginda dalam menyelesai isu tersebut.

Pengerusi jawatankuasa induknya, Datuk Dr Hassan Ahmad berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat gabungan itu malam tadi di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam.

Bagaimanapun, kata beliau yang juga bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), butiran terperinci mengenai perhimpunan belum diputuskan, termasuk tempat dan waktu ia akan diadakan nanti.

Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah mesyuarat malam tadi menimbang cadangannya supaya mengkaji baik-buruk rancangan mengadakan perhimpunan tersebut.

Ketika membentangkan cadangan itu malam tadi, Dr Hassan difaham memaklum kepada mesyuarat bahawa ramai yang belum memahami sepenuhnya tujuan bantahan itu hendak diadakan.

Beliau juga difahamkan mencadangkan supaya diadakan kempen penerangan bagi membolehkan semua pihak benar-benar memahami isu tersebut, sebelum perhimpunan besar itu diadakan.

Bukan anti-kerajaan

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Hassan berkata, setelah cadangannya itu diusulkan dan diperbincangkan, mesyuarat sepakat untuk meneruskan perhimpunan itu pada 7 Mac depan.

Bagaimanpun, katanya, mereka menghadiri mesyuarat tersebut sepakat untuk meneruskan perhimpunan itu mengikut garis panduan yang dipersetujui.

Antaranya, tambah beliau, ialah perhimpunan itu tidak boleh dilihat bercirikan kegasanan dan perkauman.

"Kalau bentuknya macam Hindraf (Barisan Bertindak Hak Hindu), saya tak nak (terlibat)," katanya sekali lagi mengulangi pendirian yang ditegaskannya semalam.

Menjawab soalan, beliau menegaskan perjuangan GMP bukan berasaskan perkauman - untuk bangsa Melayu sahaja.

Sebaliknya, tegas Dr Hassan perjuangan mereka adalah perjuangan kebangsaan dan untuk kebaikan semua kaum.

Beliau juga berharap gabungan itu tidak dilihat sebagai anti-kerajaan dan pro-pembangkang hanya kerana ia turut dianggotai ahli politik pembangkang manakala mesyuarat malam tadi diadakan di bangunan SUK Selangor yang diteraju Pakatan Rakyat.

"Di awal mesyuarat, saya beritahu semua, termasuk, (Timbalan Presiden PAS) Nasaruddin (Mat Isa) sendiri bahawa mereka bukan mewakili mana-mana parti politik tetapi atas dasar sebagai pejuang bahasa," katanya.

Pengundi wanita KT tolak BN


Oleh; Muda Mohd Noor

22 jan (Malaysiakini) - Ketua Wanita Umno Terengganu, Wan Ramlah Wan Ahmad berkata, beliau merasa bimbang kerana ramai pengundi wanita di kawasan Parlimen Kuala Terengganu akan menolak Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang.

Katanya, mereka menyatakan perkara itu secara terbuka kepada perayu undi Wanita Umno sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari lalu.

Menurutnya, lebih mengejutkan lagi kerana mereka adalah penyokong Umno dan mengundi parti itu dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini.

"Saya tidak tahu mengapa mereka berkata demikian, tetapi perayu undi ada memberitahu, mereka kecewa dengan apa yang berlaku dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.

"Mereka mengadu tidak puas hati dengan pemilihan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

"Mereka kata, tiada calon BN lainkah, asyik-asyik anak Datuk Wan Salleh...

"Ini kerana dalam pilihanraya umum lalu, abangnya, Datuk Wan Hisham telah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Hisham tewas kepada calon PAS, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dalam pilihanraya umum lalu.

Wan Ahmad Farid kalah kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi. Beliau mendapat 30,252 undi manakala lawannya itu mendapat 32,883 undi.

Tidak dapat sambutan




Manakala calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya mendapat 193 undi dan sekaligus hilang wang pertaruhan.

Wan Ramlah juga berkata, ramai pengundi wanita juga mengadu mereka tidak senang dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Ramlah mengakui kempen Wanita Umno tidak mendapat sambutan.

"Kami jangka 15 orang hadir tetapi sekadar dua atau tiga orang sahaja.

"Mereka beri alasan masing-masing sibuk dengan tugas harian.

"Saya tidak tahu salah siapa tetapi Wanita Umno bahagian Kuala Terengganu tidak bekerja sebagaimana sepatutnya," katanya.

Kempen jentera Wanita Umno untuk pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu diketuai oleh ketua pergerakan itu, Tan Sri Rafidah Aziz.

Monday, January 19, 2009

KEKALAHAN PELIK, TIDAK MUNASABAH - Zubir


KUALA TERENGGANU, 19 Jan ( sinar ) - Pelik. Itulah sepatah kata bagi menggambarkan penerimaan pemimpin umno di negeri ini terhadap terhadap kekalahan barisan nasional (bn) pada pilihan raya kecil baru2 ini.

Ketua penerangan umno Terengganu, Datuk Zuber Embong ketika diminta menghuraikan kenyataan itu berkata, pihaknya berasa pelik dan tidak munasabah bagaimana penduduk Kuala Terengganu boleh menolak bn sedangkan " kita (kerajaan bn) telah beri dan buat macam-macam untuk mereka selama ini".

Zubir bagaimanapun akur, pengundi sudah pasti ada sebab yang tersendiri untuk menolak bn yang mencalonkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

" Ini semua perlu dikaji secara mendalam sebagai pengajaran pada masa akan datang". - katanya.













" KERJASAMA LANGIT DAN BUMI' BUAHKAN KEJAYAAN "


Oleh Nyza Ayob

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Hrkh) - Pengarah Pusat Reformasi Sistem Pilihan Raya PAS (Ceri), Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif berpandangan ‘kerjasama antara langit dan bumi’ iaitu munajat secara besar-besaran yang dipohon oleh setiap individu rakyat Kuala Terengganu memberi kejayaan besar PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Selain itu katanya, kerjasama mantap antara Pakatan Rakyat yang menggambarkan imej perpaduan telah mencipta satu suasana politik yang menyebabkan seluruh masyarakat di Kuala Terengganu terlibat sama dalam proses pilihan raya yang penting.

Di samping itu katanya, pecahan dalaman BN juga merupakan salah satu faktor parti tersebut ditolak oleh pengundi-pengundi Kuala Terengganu.

“Bermula daripada calon pilihan Menteri Besar Terengganu yang tidak dipilih, sebaliknya Dato’ Wan Farid yang dipilih mewakili parti tersebut. Di situ kita sudah nampak perpecahan dalam BN. Selain itu juga, pesonaliti Wan Farid yang dilihat tidak mesra rakyat menyebabkan beliau sukar diterima rakyat Kuala Terengganu.

“Jelas sekali papan iklan yang dipasang di seluruh Kuala Terengganu yang menunjukkan beliau sama-sama bersimpuh dengan masyarakat, adalah untuk menghakis imej beliau yang tidak mesra rakyat itu. Masyarakat Kuala Terengganu telah tertanam dalam minda mereka tentang sikap Wan Farid yang kurang mesra dan bersifat ‘elitis’,” katanya, sewaktu dihubungi Harakahdaily.

Jelasnya, sikap elit Wan Farid menyebabkan beliau tidak mempunyai kekuatan dengan ‘grass root’ dan ‘hilang sentuhan’ dengan pengundi-pengundi.

Sementara itu, Wan Abdul Rahman turut berpandang salah satu faktor tumpasnya BN di Kuala Terengganu adalah kerana mereka tersilap dalam menyediakan ‘peluru’ yang mana lawannya mungkin disangkakan antara Dr Syed Azman Syed Nawawi dan Wan Mutallib Embong.

“BN tersilap menyediakan ‘peluru’ untuk ‘menembak’ salah seorang individu ini. Rupa-rupanya yang menjadi calon adalah individu yang tidak disangka mereka. BN menjadi keliru dan tidak sempat menyediakan ‘peluru’ untuk ‘menembak’ Abdul Wahid,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai peratusan pengundi muda yang dikatakan agak rendah, berdasarkan pengamatannya yang turut terlibat secara langsung dalam tinjauan sepanjang proses pengundian berlangsung, katanya, pengundi muda yang membuang undi merupakan penyokong PAS.

“Biasanya golongan muda ini anti-establishment. Sepanjang proses pengundian, saya melihat kebanyakan pemuda-pemuda membawa bendera PAS. Hanya sebilangan kecil sahaja yang membawa bendera BN. Di sini kita dapat lihat kecenderungan golongan muda. Tidak semua orang muda tidak mengundi. Tetapi yang mengundi itu pangkah PAS,” katanya. - mns

" JANGAN PUTUS HUBUNGAN DENGAN ALLAH " - Abdul Wahid

Oleh Intan Abdullah

KUALA TERENGGANU, 18 Jan (Hrkh) - Mohd Abdul Wahid Endut yang memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu mengingatkan agar para petugas parti supaya terus menjaga hubungan dengan Allah dalam memastikan keberkatan dalam setiap usaha dijalankan.

Demikian ucapan sulung beliau dalam satu majlis bersama petugas dan penyokong Pakatan Rakyat di markaz PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai selepas majlis pengumuman calon selesai di Stadium negeri, Kuala Terengganu semalam.

“Terdapat banyak syarat yang membolehkan kita mencapai kemenangan dalam pilihan raya ini, dan selepas menang kita perlu terus konsisten menjalankan gerak kerja.

“Jangan putus hubungan dengan Allah,” tegasnya.

Beliau berkata, usaha dan inisiatif yang dibuat oleh PAS Kelantan seperti mengadakan majlis solat hajat, munajat dan sebagainya merupakan contoh terbaik yang diambil bagi memastikan kemenangan yang dicapai terus diberkati Allah.

“Kita belajar daripada Kelantan, yang memperolehi kekuatan dengan cara tarbiyah seperti ini,” katanya.

Adun Wakaf Mempelam itu turut mengingatkan semua pihak bahawa banyak daripada mereka yang mendapat kuasa tidak dapat menahan diri dengan ujian kemenangan

“Sedangkan itu merupakan prasyarat utama agar Allah memberikan kemenangan,”

“Kita berharap agar Allah akan memberikan kemenangan kepada kita untuk menjadi kerajaan di negeri Terengganu ini,” ujarnya sambil disambut lauangan takbir.


Abdul Wahid juga tidak lupa merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk petugas Pakatan Rakyat termasuklah petugas daripada negeri-negeri yang bertungkus lumus dalam menjayakan pilihan raya ini.

Untuk itu katanya, beliau akan turun ke setiap UPU bagi mengadakan majlis kesyukuran bagi meraikan petugas-petugas daripada dalam dan luar Kuala Terengganu.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali dan Timbalannya Ustaz Abu Bakar Chik. - azm

PAS MENANG, ABDUL WAHID LAYAK KE PARLIMEN!


Kemenangan Abdul Wahid dalam persaingan sengit itu menyaksikan Adun Wakaf Mempelam itu mengalahkan BN yang diwakili oleh calon Umno, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon bebas Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan.

Ini bermakna jumlah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertambah menjadi 83 kerusi, sementara jumlah ahli Parlimen BN merosot kepada 137 orang apabila dua ahli Parlimen SAPP turut meninggalkan BN baru-baru ini.

PAS mendapat 32,883 undi manakala BN 30,252, sementara undi calon Bebas adalah 193 undi, di mana PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi.

Perkara itu diumumkan oleh Pengurus Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu sebentar tadi.

Pengumuman kemenangan itu disambut gembira dengan laungan takbir dan sorakan oleh ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang berada di pekarangan stadiaum terbabit.

Abdul Wahid, 51 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun selama lima penggal dan anngota Exco Kerajaan Negeri Terengganu sepanjang tempoh 1999-2004.

Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA)

DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Burok (Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Allahyarham Dato’ Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008 lalu Razali menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos. - azm

Monday, January 12, 2009

JAMUAN MAKAN

Dalam suasana kempen yang kian rangcak, kami petugas2 dari Pulau Kambing, Batu Enam, Pulau Duyong, Bukit Tunggal dan kawasan Bachok (Kelate)mengadakan sedikit jamuan (bakar ayam) bertempat di Flat Awam dalam DUN bandar. Walaupun dalam keadaan hujan renyai2, kehadiran petugas2 dan tetamu2 di sekitar Flat ini sangat memuaskan. Lebih mnyerikan lagi majlis kami dengan kehadiran calon bagi P.036 YB Sdr. Haji Mohd Abdul Wahid bin Endut dan Isterinya. Kehadiran beliu disambut dengan salam-salaman & bertanya khabar. Beliu memng seorang tokoh masyarakat yang perlu di ketengahkan lagi.Semoga YB Haji Abdul Wahid di berikan kesihatan yang baik, dan seterusnya mendapat kemenangan bagi Kawasan P.036 ini insya'Allah.




BAKAR BRO BAKAR..BAKAR SAMPAI MASAK



HAAHH...TU DIA..
AYAM DI SPONSER OLEH PARLIMEN BACHOK. JAZAKALLAH DI UCAPKAN



KEHADIRAN YB HAJI WAHID. KEIKHLASAN BELIAU SANGAT DI RASAI


BERGAMBAR KENANGAN. PETUGAS & TETAMU TIDAK MELEPASKAN PELUANG BERGAMBAR DENGAN BELIAU


SUASANA CUKUP MERIAH DENGAN KEHADIRAN REMAJA, PEMUDA & ORANG2 LAMA YANG SAMA2 MENJAYAKAN MAJLIS INI


WANITA TIDAK KETINGGALAN MENJAYAKAN MAJLIS INI


MAKAN SAMBIL TENGOK TAYANGAN VIDEO

"BERKELLONG ASAP..." SUASANA TEMPAT MEMASAK


* PERTAMA KALI DAPAT MASUK DALAM KAWASAN FLAT SEJAK BERTAHUN2 DULU.
* BERSEBELAHAN DENGAN FLAT POLIS DAN GIANT
* ALHAMDULILLAH, PENERIMAAN YANG BAIK DARI FLAT BERKENAAN
* SORY BEBANYAK SEMUA, PIC KURANG MEMUASKAN. INSYALLAH AKAN DI TINGKATKAN LAGI.


AMANAT SEMPENA PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU

Oleh: TG Hj Abdul Hadi Hj Awang


"Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah SWT. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS"


Firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 1-4; " "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."

Dari ayat di atas, Allah menurunkan ayat ini bermula dengan sebab yang berlaku di kalangan para sahabat r.a sebelum diwajibkan perintah berjihad. Lalu mereka bercakap dgn penuh semangat, "bilalah lagi kita hendak berjihad. Sekiranya Allah mewajibkan jihad, kami akan melibatkan diri untuk buat apa sahaja."

Apabila Allah swt menurunkan ayat mewajibkan jihad, rupa-rupanya jihad ini bukan sahaja satu kewajipan, tetapi ianya penuh dengan cubaan dalam diri seseorang. Samada jihad di medan perang atau jihad di medan pilihanraya, berdakwah, ianya penuh dengn ujian dan cubaan. Merek yang berperang di Gaza, tidak putus-putus dihujani oleh roket dan peluru.

Sehingga kini sudah hampir 400 orang mati syahid dan 1000 orang yang cedere.Setelah mereka dikepung beberapa bulan, mereka hadapai ujian dengan penuh semangat. Ada orang yang tahan dengan ujian kelaparan, kesusahan dan kesakitan. Makin sakit, makin lapar, makin ditentang oleh musuh, maka makin meninggi semangatnya.

Ada yang tidak tahan dengan ujian-ujian ini, lalu mereka berundur. Kadang-kadang, pejuang Islam ini diuji dengan cara menyedapkan, mengembirakan dan ujian perasaan yang ada di dalam hati. Kadangkala ada yang tidak tahan menghadapi ujian di dalam hati ini. Oleh itu, janganlah bercakap besar. Ini kerana akan tersungkur di tengah jalan.

Perjuangan Islam, merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya. Upah dan balasan ini adalah perkara ghaib. Ia janji dari Allah swt. Firman Allah swt, " Kalaulah sekiranya perjalanan perjuangan Islam itu merupakan benda yang dekat, yang boleh dicapai atau diambil dgn mudah, dan perjalanan yang dekat yang diketahui beberapa hari akan menang, nescaya ramailah yg ikutmu wahai Muhammad." Tetapi perjuangn ini jauh dan banyak kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan.

Yang paling sulit ialah tekanan dalam jiwa dan hati yang sering kali di was-waskan oleh syaitan yang ghaib di kalangan jin dan sebagainya yang mengalir dalam darah kita. Dan juga was-was ini datangnya dari syaitan-syaitan di kalangan manusia itu sendiri.

Bisikan ini merupakan bisikan keraguan bukan hanya berlaku dalam solat tetapi juga ketika berjihad dalam perjuangan. Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah swt. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS Tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS.

Presiden mengingatkan kepada orang ramai yang hadir, siapa yang hadir ke cemarah malam ini adalah untuk mendengar nama calon, sama ada menyokong calon atau tidak, ia tidak ada pahala. Tidak ada fadhilat dan kelebihan. Tetapi sekiranya datang ke majlis ceramah itu untuk mendengar arahan dan panduan di dalam perjuangan menegakkan Islam yang bakal diamalkan, maka ia berada di dalam majlis ilmu, dan malaikat bersama-sama. Dan juga mereka ini berada di medan jihad yang ada fadhilat yg besar yang telah dijanjikan oleh Allah.

Oleh kerana perjuangan ini banyak dengan cabaran, bukan hanya berdepan dengan Umno atau Barisan Nasional tetapi berhadapan degan satu kerajaan yang berkuasa di peringkat pusat dan negeri. Dimana kerajaan ini mendapat sokongan dari pelbagai kumpulan yang boleh memberi dan mendapat sumbangan apa sahaja. Jangan sesekali menganggap ini merupakan satu perjuangan yang kecil walaupun ianya pilihanraya kecil, tetapi pada cabarannya sanggat besar.

Oleh itu, ingatlah peringatan yang diberikan oleh Nabi s.a.w kepada golongan Ansar, inilah asas kepada perjuangan Islam yg mesti difahami supaya mendapat fadhilat dan pertolongan dari Allah swt. Mereka yang sanggup memikul tanggungjawab yang disebut di dalam ucapan Rasulullah ini,mereka merupakan orang yang sanggup menyahut seruan Allah dalam Al-Quran " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dalam menghadapi penyakit-penyakit yang ada dalam diri kamu sendiri, dan bersabarlah kamu dalam menghadapi musuh-musuh kamu dan beradalah kamu di tempat dimana kamu ditugaskan dan bertakwa kepada Allah supaya kamu dapat kemenangan.

Ia bukan kemenangan percuma tapi bersyarat

Inilah syarat kemenangan yang diletakkan oleh Allah swt. Ianya bukan kemenangan percuma tetapi kemenangan yang bersyarat."Sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu." Menolong dan bekerja dengan hati yang ikhlas. Bagi menegakkan agama Allah dengan ikhlas ini, maka Nabi s.a.w mengingatkan para sahabat di kalangan Ansar dengan satu perjanjian setia ketika hendak melakukan hijrah.

Hijrah merupakan satu kemenangan yang dberikan oleh Allah yang menjadi titik noktah ,yang merupakan satu perubahan yang besar dalam sejarah manusia. Siapa yang melibatkan diri dengan hijrah dan menunaikan perkara yang di sebut oleh Nabi s.a.w, "Kamu berjanji untuk mentaati perintah aku di masa rajin, dimasa malas.

Berjanji untuk beri belanja semasa senang atau susah. Kamu berjanji menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kamu berjanji untuk bangun mengatakan yang benar dan tidak peduli kepada orang mencela dan berjanji untuk menolong aku yakni Islam. Apabila tiba di madinah, hadapi cabaran-cabarannya sebagaimana kamu pertahankan harta kamu, isteri kamu dan anak kamu. Allah menjanjikan syurga untuk kamu."

Ucapan ini bukan hanya catitan sejara semata-mata, tetapi ia merupakan rukun dan tiang kepada pendokong perjuangan Islam supaya mereka mendapat pertolongan dan keredhaan Allah.

Pertama, Mentaati kepada Allah s.w.t. Mentaati perintah semasa senang dan susah. Dalam setiap keadaan sama ada setuju atau tidak setuju, hendaklah mentaati arahan pimpinan. Bukan melihat kepada siapakah calon yang akan diletakkan nanti. "Kami dengar dan kami taat". Inilah yang Allah hendak membezakan perjuangan yang hak dan batil.

Kedua, sanggup menyumbangkan harta sama ada senang atau susah. Sekiranya tidak ada kewangan, sumbanglah dari segi fikiran, doa dan tenaga. Tidak kira apa sahaja sumbangan. PAS bukan perjuangan yang mengharapkan upah. Allah mengizinkan upah. Tetapi PAS tidak meletakkan upah sebagai matlamat. Tetapi upah untuk menguatkan tenaga dengan makanan demi menjalankan gerak kerja Islam. Sekiranya upah diletakkan satu matlamat, maka tidak ada beza dengan pihak lawan.

Apabila kita meletakkan harga diri kepada keikhlasan, Allah akan tambah pertolongan dari NYA untuk memberi kemenangan kepada PAS. Ia merupakan satu hakikat dimana perjuangan menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran ialah mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah. Calon yang menang menjadi wakil rakyat untuk bersuara di parlimen. Membentuk akhlak dan menegakkan syariat Islam. Jihad yang paling afdhal ialah sanggup bercakap benar di hadapan kerajaan yang zalim. Ini merupakan hadith sohih.

Kerja yang dilakukan dalam pilihanraya dan inginkan kemenangan merupakan satu perkara yang sangat penting. Jangan peduli kepada orang mencela kerana dengan mendapat celaan merupakan satu pahala. "Demi sesungguhnya jika kamu dapat menarik seorang untuk mendapat hidayah Allah bersama Islam, ia merupakan lebih mahal daripada kenderaan yang paling mahal harganya." Pahala akan berpanjangan walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia.

Zaman sekarang seperti berpegang agama ibarat berpegang bara api. Semua amalan ada feqah. Berpolitik pun ada feqahnya yakni faham ajaran Islam yang berkait dengan kerja yang kita buat.

Hadapilah kerja dengan ikhlas supaya kita mendapat pertolongan dan keredhaan Allah. Allah itu Maha Besar, tidak ada yang lebih besar dari Allah s.w.t samada Barisan Nasional atau kuasa-kuasa besar dunia yang lain.- azm

Presiden PAS

Sunday, January 11, 2009

BERSAMA YASIR SAID ( BEKAS JUARA CUP PRIX )


MAT MOTOR, MAT REMPIK...JOM PAKAT PAKOH PAS



PROGRAM ANJURAN AN-NISA' NEGERI. PROGRAM TELAH BERLANSUNG DI DATARAN GONG PAUH ( PASAR BORONG ) K.TERENGGANU



SDR. YASIR SAID MENUNGJUK AJAR CARA PEMANDUAN YANG BETUL


PENGGUNAAN BREK, TOTAL MINYAK SANGAT PENTING UNTUK KESELAMATAN PENGGUNA. CARA PENUNGGAN DUDUK JUGA PERLU DIAMBIL KIRA PERHATIAN


CARA MENUNGGAN MOTOR LAMBAT. HAHH PEMUDA-PEMUDI.!!! JOM LAWAN BRO YASIR


HAA!! TU DIA...SEORANG PENGUNJUNG MENCUBA NASIB. LAWAN BRO LAWAN...





NISA' PUN LAWAN JUGAK TU....
SYABAS NISA'





TAK MAHU MENCUBA NASIB KE..?





* SYABAS AN-NISA' NEGERI DARI KAMI PEMUDA BATU ENAM. SEMOGA KERJA2 YANG SANGAT BAIK INI DAPAT MENDEKATKAN LAGI PEMUDA-PEMUDI KE ARAH YANG LEBIH ISLAMIK.

SUASANA KEMPEN P 0.36 KUALA TERENGGANU

MAJLIS BANDARAYA K. TERENGGANU ( M.B.K.T ) SEDANG MERONDA2 KAWASAN YANG BERTANDING





GIAT MENJALANKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN






TETAMU KHAS, U.NASARUDIN MAT ISA ( TIMB. PRESIDEN PAS ) MELAWAT POS BAGI PETUGAS2 BATU ENAM



MENAIKI BENDERA BESAR DI BUKIT BESAR


B.N TIDAK KETINGGALAN MENAIKKAN BENDERA BESAR MEREKA


SUASANA CUKUP MERIAH DENGAN KEHADIRAN ORANG RAMAI..PETUGAS2 DARI PEMUDA BATU ENAM DAN PEMUDA BUKIT BESAR SEDANG BERTUNGKUS LUMUS MENAIKKAN BENDERA


PEMUDA BATU ENAM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates